Selasa, 5 November 2013

Mendepani Isu Bertaut: ASC, Pemilihan dan Komen Balas Penjenguk

Isu berkaitan dengan kejohanan dan juga pemilihan bagi kejohanan ASC mendapat beberapa komen dan maklumbalas yang agak menarik untuk diperhalusi. Termasuklah komen yang pertama rasanya datang dari kalangan atlet itu sendiri.
Dalam isu yang saya highlightkan itu beberapa isu diutarakan:
  1. Berkenaan dengan masa pemilihan diletakkan dalam kalendar MYA agak sesak dan padat dengan 2 aktiviti/acara lain dan risiko kesannya.
  2. Masa jumlah hari yang agak lama bagi kem pemilihan dan juga kejohanan RPAL menjejaskan waktu persekolahan bagi atlet bersekolah
  3. Masa kejohanan ASC itu sendiri yang rapat beberapa hari selepas berakhirnya SUKMA, kesan kepada waktu yang dapat dipergunakan bagi menjalani latihan awal di venue Asian Games nanti. 
  4. Kriteria dan polisi pemilihan adakah sudah ditetapkan termasuk atlet yang terpilih ke kem pemilihan dan yang akan terpilih untuk ASC.
  5. Selain itu beberapa cadangan dikemukakan:
    1. Mengadakan selepas kej RPAL supaya tak banyak aktiviti serentak atau
    2. Mengadakan pada waktu lain semasa cuti sekolah bulan Mac atau
    3. Memecahkan pemlihan kepada kelas-kelas berlainan bagi mengurangkan kesan kepada menjejaskan waktu persekolahan/pengajian mengikut kepada pelayar-pelayar yang akan terlibat bagi setiap kelas bot
    4. Mencadangkan penglibatan yang lebih menyeluruh dan holistik dengan program pembangunan bagi kejurulatihan (penglibatan jurulatih luar negara dan jurulatih tempatan) semasa kem.
Dalam masa tersebut beberapa maklumbalas diterima:
  1. Isu masalah kesesakan pelayar, peralatan dan penginapan mendapat ulasan sama. Bagi sesetengah kelas contohnya (Int 420 dan Int 470) diadakan bersama dengan RPAL mungkin boleh mengurangkan masalah bot Int 420 dan Int 470 jika di bawa oleh negeri sama. Jika timbul masalah ketidaksamaan bot negeri dan kebangsaan seperti komenkan boleh diadakan boat rotation bagi semua atlet. Kedua kelas ini juga agak kurang atlet bersekolah mengikut kedudukan keputusan semasa pada masa ini.
  2. Masalah pengurusan kewangan juga dihighlight, 
    1. bagi pasukan negeri rasanya tiada besar masalah untuk menghadiri kem pemilihan jika mengikut apa yang berlaku pada kem lepas di mana atlet terpilih mengikut kedudukan ranking dibiayai sepenuhnya oleh MYA/MSN dari segi penginapan/makan-minum termasuk juga peralatan bot. Hanya peralatan individu dan kos tambang ditanggung sendiri.
    2. Bagi MYA dan jawatankuasa yang akan dilantik haruslah lebih bertanggungjawab dan lebih bersedia dari awal. Pengalaman semasa menganjurkan kejohanan IODA World diikuti dengan kejohanan ASC yang lepas harus dijadikan panduan bukan sekadar pengurusan kewangan malahan keseluruhannya bagi mengelakkan beberapa perkara yang boleh menjejaskan dan memalukan negara seperti yang berlaku semasa ASC. Sudahkah dilantik jawatankuasa bagi kejohanan kelayakan YOG Byte ini?
  3. Manakala komen balas yang rasanya datang dari pelayar itu sendiri agak menyeluruh isu dibangkitkan. saya bersetuju dengan isu dibangkitkan tetapi tidak bersetuju dengan cadangan yang dikemukakan. Pengomen mengutarakan:
    1. Menggunakan kejohanan sehaja sebagai kriteria pemilihan (RPAL atau KFC Penang), bagi mengatasi masalah bot guna bot sendiri dan juga melihat kepada keputusan ranking
    2. Masalah ranking seperti meragukan keputusan ranking tidak memasukkan keputusan semasa atlet kebangsaan beraksi di luar dalam keputusan dan berat sebelah?
    3. Masalah pengterlibatan atlet dalam aktiviti-aktiviti yang diaturkan menjejaskan waktu pengajian mereka terutama bagi Kejohanan Sukan Sea dan beberapa program selepas itu, samalah isunya dengan atlet bersekolah.
    4. Keperluan kepada fizikal fitness kerana kemungkinan atlet terpilih tidak mempunyai kekuatan fizikal mencukupi semasa jangkaan ASC dan kemungkinan kepada atlet hanya boleh terpilih sahaja.
  4. Manakala komen balas dari sahabat yang lain pula mengutarakan isu polisi atau kriteria yang dikeluarkan seolah tidak begitu jelas akan polisi yang dikeluarkan juga tranfrensi yang diragukan? Berbalik kepada isu yang saya highlightkan perlulah lagi diperkemaskan. 
  5. Komen balas rakan seterusnya menekankan kepada rakan-rakan semua untuk sama-sama lebih memberikan yang terbaik dan mungkin kata semangat untuk rakan atlet untuk memberikan yang terbaik. 
Dalam mengulas isu pemilihan ini saya lebih bersikap bersetuju dengan apa yang telah diadakan sebelum ini dengan mengadakan kem pemilihan dengan beberapa penambahbaikan seperti yang dipinta:
  1. Polisi dan kriteria pemilihan yang jelas termasuk jumlah kedudukan ranking yang akan diambil kira supaya semua lebih bersedia.
  2. termasuk semasa kem itu sendiri telah diadakan proses pemilihan tersebut, maksudnya kekuatan fizikal, kesediaan, komitmen dan determinasi dalam semua dapat dilihat
  3. Lain-lain keperluan telah bersedia termasuk kepada keraguan sahabat tadi... tranferansi?
  4. Mengurangkan risiko kepada kesan pengajian atlet IPT dan juga atlet bersekolah.
Rakan atlet kita itu sendiri harus menerima ini sebagai satu cabaran kepada mereka, berdasarkan kepada keputusan pemilihan baru-baru ini melihatkan ada kelompongan bagi segelintir atlet kebangsaan dalam persaingan. Jika alasan kesibukan pelajaran menyebabkan masalah ini berlaku, maknanya samalah juga dengan atlet negeri lain yang mereka juga ada yang terlibat dalam pengajian di IPT mahupun bersekolah. Disini atlet perlu mengasing beza antara mereka dan rakan sepengajian yang lain (non athlete). Pihak pengurusan harus melihat isu ini dengan lebih mendalam kerana kebanyakan atlet sandaran semasa Sukan Asia adalah terdiri dari kalangan pelajar IPT. Dalam memastikan, memaksimakan dan mengoptimakan aktiviti latihan maka hal-hal kebajikan atlet juga harus berada pada tahap yang sama. Buat masa sekarang rasanya atlet elit mendapat insentif-insentif yang agak memuaskan bersama dengan lain-lain perkara seperti biasiswa dan sebagainya. Kerana persediaan intensif yang mencukupi serta berterusan itu selain meningkat dan mengekal prestasi sentiasa pada tahap tertinggi juga boleh mengelakkan kita kepada masalah-masalah lain seperti kecederaan terutamanya.

Masalah kesungguhan atlet terpilih bagi kelas-kelas yang benar-benar kompetitif rasa-rasanya sudah boleh kita ketepikan tetapi bagi kelas-kelas yang tidak kompetitif atau atlet yang jarang-jarang bersaing dalam kejohanan dalam negara tetapi tiada atlet lain mungkin ada kebenarannya. Malahan kalau kita lihat kesungguhan sebilangan kecil atlet negeri kadang-kadang amat saya menghargai dan respek kepada mereka kerana sampai ada yang sanggup menangguh pengajian bagi memastikan mereka berjaya mencapai hasrat dan sasaran mereka. Atlet sebeginilah yang perlu kita lihat, bantu dan bagi bimbingan secukupnya melihat kepada halatuju dan dream goal mereka, bagi memastikan pengorbanan yang mereka lakukan itu tidaklah sia-sia dan terkandas di tengah jalan. Begitulah juga lebih-lebih lagi kita harapkan dengan atlet kebangsaan kita. Mengikut kepada komen atlet tadi rasa-rasanya selepas peperiksaan final Mac nanti, jika perlu mengikut keperluan pelaksanaan program latihan yang diaturkan atlet  perlu menangguh pengajian bagi memastikan hasrat negara dan impian masing-masing akan tercapai. Tetapi jika sekiranya atlet menangguh pengajian mereka haruslah berusaha sepenuhnya dengan bantuan pengurusan juga sepenuhnya bagi memastikan tidaklah sia-sia apa yang dikorbankan oleh atlet.

Masalah ranking selain atlet kebangsaan terjejas semasa beraksi diluar negara rasanya atlet negeri juga ada yang turut terjejas kerana atlet berbakat yang tidak dapat mengikuti semua pertandingan bagi mendapatkan ranking dan tidak dinyatakan sehingga ranking mana bagi memastikan mereka berjaya mendapat mata ranking mencukupi bagi melayakkan mereka terpilih ke kem pemilihan. Tak tahulah berapa kejohanan atlet kita berada di luar tidak mendapat mata ranking, tetapi 1 kejohanan rasanya atlet tak dapat mata adalah Kejohanan di Singapura yang tak dapat dijalankan bertindih dengan Kejohanan Tunku Laxamana. Saya berpendapat pelayar kebangsaan harus mendapat mata walaupun dia orang tak bertanding, mana dia orang nak tahu semasa kejohanan tersebut tak jadi perlumbaan dijalankan kerana masalah jerebu manakala pertandingan di KFC-Tunku Laxamana itu sendiri masih boleh diragui kerana jumlah race yang tidak mencukupi terutamanya untuk kelas Optimist. Atlet dari Terengganu juga tidak mendapat mata ranking pada masa tersebut apabila 4 atletnya turut beraksi pada kejohanan yang sama. Manakala pada kejohanan di Selangor sebelumnya ada beberapa atlet yang baru sahaja sampai kembali ke Malaysia pada masa tersebut tidak mengambl bahagian sementara sebahagian yang lain mengambil bahagian, bagi kejohanan ini rasanya mereka yang tidak mengambil bahagian berhak untuk tidak mendapat mata ranking. Hal ranking ini sudah menjadi masalah beberapa tahun kebelakangan ini dan usaha telah dilakukan untuk mengatasi masalah ini melalui mesuyarat AGM MYA baru-baru ini bagi ranking tahun 2014, kita tunggu dan lihat. Apa pun dalam isu pemilihan atlet kebangsaan tak terjejas untuk terpilih ke kem pemilihan tetapi mungkin keputusan keseluruhan ranking kebangsaan mereka terjejas. Saya beresetuju kena ada lantikan orang tertentu 2 atau 3 orang dalam di bawah jawatankuasa bahagian berkaitan MYA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan