Ahad, 16 Jun 2013

Sebelumnya: ISN Perkuatkan Skuad Pelayaran

Posting terakhir sebelum ini memaparkan berkaitan dengan kenyataan akhbar dari GM MYA berkaiatan dengan kelewatan menerima bantuan kewangan dari MSN negara untuk program yang telah dipersetujui di dalam pelan perancangan MYA-MSN. 
kenyatan balas telah dikeluarkan oleh MSN katanya menerangkan masalah datang dari MYA sendiri yang lewat untuk menghantar laporan aktiviti. Manakala 1 jawapan balas dalam komen yang diterima menyangkal kenyataan ini. Jika benar alasan tersebut susah juga nak hadam dengan jawapan itu.
Ini antara artikel yang menarik dikeluarkan oleh ISN pula sekitar bulan  April lepas. Dengan 3 bulan lebih bersama dengan sukan pelayaran ini kita berharap sesuatu yang positif akan dapat dicapai.. walaupun terlampau tinggi sasaran semua emas tersebut dan ditambah dengan kekangan seperti kenyataan akhbar MYA setidak-tidaknya kita berharap sesuatu yang lebih baik dari pencapaian-pencapaian sebelum ini dengan kejayaan Sea Games Kuala Lumpur 2001 merupakan rekod yang perlu dipadamkan setidak-tidaknya. Dan lagi kita berharap bukan sekadar memberikan pendedahan tetapi sebaliknya ISN sepatutnya mengumpulkan data, merumuskan pencapaian yang diperolehi dan mendapatkan penyelesaian kaedah terbaik yang sepatutnya juga menjadi salah satu yang perlu diprakrikakan secara keseluruhannya di dalam negara kita. 
Sehingga kini kita tidak mendapat apa-apa dapatan yang boleh digunapakai untuk praktikal pasukan secara keseluruhan hasil dari usaha sama bersama unit ISN-MSN ini kecuali beberapa hasil kajian ada dikeluarkan tetapi tidak dijadikan panduan dan rujukan.
Menjelang temasya Sukan Sea 2013 yang akan datang, ISN telah mengsasarkan pingat emas untuk kesemua kategori di dalam sukan pelayaran. Oleh itu ISN mengambil langkah bijak dengan menyediakan latihan awal bermula 12 Mac sehingga 31 Mei 2013.

Latihan yang diberikan di Pulau Langkawi selama 3 bulan akan memastikan atlet diberikan pendedahan yang secukupnya sebelum berlangsungnya Temasya Sukan Sea 2013.  ISN telah menghantar Pegawai Sains Sukan dari  4 bahagian Sains Sukan diantaranya :-
  • Bahagian Psikologi Sukan yang akan memainkan peranan memastikan atlet mempelajari cara mengawal emosi semasa perlawanan.
  • Bahagian Pemakanan Sukan mendedahkan kepada atlet bagaimana cara mengawal pemakanan serta makanan tambahan yang diperlukan oleh atlet.
  • Bahagian Biomekanik membantu mengesan kelemahan atau menganalisis pergerakan menggunakan alat-alat tertentu. 
  • Bahagian Fisiologi Senam akan melaporkan penilaian fisiologi kepada jurulatih dan atlet dengan cadangan bagi mengelakkan kecederaan serta meningkatkan lagi prestasi seseorang atlet.
Dengan bantuan serta kerjasama diantara atlet, jurulatih dan pegawai sukan dari ISN, tidak mustahil atlet pelayaran Malaysia dapat merangkul pingat emas untuk kesemua kategori dalam sukan pelayaran.

1 ulasan:

  1. moga2 atlet sukan perahu layar dapat melakar kejayaan cemerlang di sukan sea nanti, menaikkan nama negara malaysia yang tercinta..

    BalasPadam