Ahad, 23 Jun 2013

BERITA YANG TERSEMBUNYI TETAPI TERBUKA KEPADA SEMUA... DIMANAKAH TAKAT PENGAMBITAHUAN ANDA?

Berita yang satu ini saya dapat dari orang kuat MYA..... Saya yang tidak begitu percaya...macam tak percaya... sangat-sangat nak percaya... tetapi boleh percaya ke ni?..
Kenapa saya berkata begitu? Tiada angin bertiup tiba-tiba BOLEH jadi...

APA BERITANYA...SIAPA TAHU... ADAKAH ANDA PEDULI... AATAU NAK AMBIL PEDULI TETAPI SETAHU SAYA TIADA SESIAPA PUN YANG PERNAH CUBA MENGKHABARKANNYA... SECARA RESMILAH.


Adakah secara resminya telah diumumkan dan bagaimana pula kita telah terpilih... Acara sebegini sepatutnya diwar-warkan tetapi di dalam media cetak mahupun media elektronik.. Berapa bulankah lagi ianya akan berlangsung? Apakah tarikh sebenarnya.

Jika sekiranya acara ini benar-benar jadi maka satu lagi kejayaan Malaysia dalam menganjurkan satu acara yang tidak kurang pentingnya selepas kejayaan menganjurkan Optimist Asian dan diikuti dengan IODA World dan juga ASC.

Cuba juga cari di dalam website tetapi masih belum juga berjumpa...

Siapa tahu?

10 ulasan:

  1. Acara yang di maksudkan adalah Isaf byre C II YOG quqlificatin yang akan di adakan mulai 06 Feb hingga 12 Feb 2014. Berita conform tunggu ISAf keluarkan notice rasmi....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Yes you are right.... ni macam kenal aje Tanpa Nama... Finally I found the confirmation on ISAF EC reports.

      Cumanya 2 isu: 2014 Qualifier dan 2015 ISAF Youth World vs komitmen dan kerjasama dengan MSN seolah longgar, bagaimana komimen KBS?

      Kenapa seolah tiada apa-apa persediaan dari Malaysia... Sudahkah komitinya dibentuk untuk mmenganjurkan acara sebesar itu... Sponsorship?... perlu dilantik Jawatankuasa Tugas-tugas Khas bagi mengendalikan 2 acara ini terutamanya dari segi sponsoring (mengikut kemahuan ISAF) media juga perlu terutama untuk mengenengahkan acara yang akan dianjur menjadi salah satu acara utama penganjuran sukan di Malaysia.

      Seterusnya peluang ini diambil untuk meyakinkan MSN menaruh lebih banyak tumpuan kepada acara Byte buka seperti yang da sekarang... Satu peruntukan khas perlu dicadangkan bersama dengan persetujuan untuk pemilihan Malaysia sebagai kelayakan Asia. Kelayakan Kejohanan dunia pada tahunj ini juga perlu disertai untuk pelayar menimba pengalaman kerana tiada aoa-apa untuk mereka terus nak masuk kelayakan asia sahaja... Kena buat 1 x latihan luar negara seperti atlet elit buat dengan attachment training bersama pelayar handalan dunia kenalpasti selepas world bersama dengan jurulatih mereka combined dengan coach kita... masa masih ada, YOG di China kat tasik kan? dah buat kajian bagaimana anginnya? berapa besar tasiknya? adakah angin macam kat Timah tasoh yang tricky...kalau macam tu peluang terbuka kepada semua tak seperti di Singapura... tak cukup Timah tasoh, tasik kenyir kita sediakan... Kertas cadangan yang betul-betul komprehensif perlu disediakan kepada MSN... AYUH.

      Padam
  2. Setuju, dengan coach rani, Yang penting AGM ini kita angkat Coach Rani rampas jawatan pengerusi pembangungan yang dah tidur 2 tahun, Cakap tapi tak ada kerja. Kira juga perlu beberapa AJK baru bagi memantapkan Persatuan MYA, Sudah sampai masa buang yang pandai cakap ganti dengan yang pandai kerja. Kita tahu GM boleh bawa banyak event ke Malaysia tapi kita perlu bantu dan jayakan program . Kita perlu team work bukan hanya sabotaj dan jadi orang popular dengan mengkritik segala kepincangan selepas kejohanan. Bantu GM dari awal. Coach juga perlu belajar dari Coach Rani yang banyak mencari maklumat sesuatu kejohanan. Yang pasti Gm sudah pun meneliti keadaan tasik di China. saya mendapat maklumat keadaan di sana tak sama , sejuk dan angin sederhana. Masih boleh gunakan Tasik Timah tasoh..Harap ramai pelayar 4.7 Malaysia sertai kejohanan Byte CII nanti....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju sangat MYA ada banyak pegawai yang MEMATIKAN. Jawatan yang dipegang hanya untuk mencari nama

      Padam
  3. saya juga bersetuju dengan apa yang dinyatakan kesemua di atas..

    masalah utama yang kita hadapi adalah sumber kewangan serta hubungan komunikasi di antara semua pihak kbs,msn mya dan sebagainya begitu lemah , pada pandangan saya sekiranya sesuatu event besar seperti ini dianjurkan kesemua pihak harus duduk semeja dan berbincang tentang isu-isu berkaitan serta melakukan tindakan awal bukan sekadar tangkap muat yang masih menjadi tabiaat sesetengah masyarakat di malaysia seperti sebelum ini. selain itu penganjuran ini melibatkan imej negara kita dari kaca mata negara luar . jika benar menjadi penganjur persiapan haruslah bermula sekarang. hah 1 laagi , saya cuma harap orang-orang yang dalam persatuan pelayaran malaysia merupakan bekas pelayar atau orang2 yang mahir tentang pelayaran.
    ( no money no talk)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Seperti yang nyatakan cadangan supaya dilantik seseorang untuk mengetuai jawatankuasa samada berfunggsi sebagai event manager atau pun salah seorang AJK sebagai pengerusi Jawatankuasa Tugas-tugas Khas bagi memastikan semuanya berjalan dengan lancar... tetapi setuju yang dilantik adalah orang yang berpengalaman luas dalam mengendalikan kejohanan terutamanya berkaitan dengan kejohanan-kejoahnan antarabangsa supaya menepati standard kehendak ISAF.
      Juga orang yang mempunyai capability untuk berurusan dengan MSN/KBS dan berpengalaman untuk berurusan dengan pihak penaja media dan sebagainya.
      Jangan tangkap muat sahaja atau nama sahaja dilantik tetapi orang lain yang buat kerja atau seperti komen di atas tunggu last minutes baru bekerja.
      Juga atas pengalaman saya sendiri (berlaku depan mata) sabotaj dan memburukkan sesama sendiri untuk menonjolkan diri sendiri perlu dielakkan. Orang-orang yang berjawatan dalam MYA harus bekerja sama sebagai 1 unit yang padu.
      Ini dapat dielakkan apabila masing-masing tahu peranan dan tugas masing-masing melalui apa yang telah diputuskan oleh jawatankuasa.

      Padam
  4. setuju semua diatas tp yang ada dalam persatuan xnk lepas kan jawatan mereka.semua ada kepentingan masing-masing n agenda masing-masing.saya suka mengambil kata-kata dari Dato Misbun semasa pemberita menanya beliau"saya bukan la pandai sangat,saya adalah bekas atlet sahaja tp biar la orang yang ada dalam persatuan yang benar2 tau dalam sukan itu.Sama-sama la kita fikirkan.

    BalasPadam
  5. nk komen sikit.hehehehe.
    Mari la sama2 kita mertabatkan sukan ini.Anjakan pradigma selari dengan arus masa sepatut nya dh lama difikirkan.Bukan nya apa.kalau dilihat saya rasa,orang yang sama jea yang pegang jawatan dalam persatuan.Kalau bertukar pun jawatan sahaja tp orang tu masih ada.So kita patut n berani membuat perubahan tak kira siapa dalam Persatuan.Dan kita boleh lihat selepas perubahan ini samada berjaya atau tidak.Kalau dilihat setiap kali AGM tiada pun perubahan dan tindakan diambil.Tindakan diambil hanya setakat internal sahaja.

    BalasPadam
  6. Saya bersetuju dengan pandangan (Tanpa Nama) yang terakhir berkaitan dengan anjakan yang perlu dilakukan...
    1) tetapi kita harus melihat jika ingin melihat kepada perubahan yang ketara adalah perlu menukar apa? Kedudukan siapa?. Siapa (maksudnya posisi apa?) yang berada di dalam persatuan yang boleh memandu semua AJK lain untuk bekerja mengikut acuan apa yang dirancang? Kerana memilih satu posisi yang boleh memandu/ mempunyai kuasa dan kaliber mungkin boleh membantu.
    2) Selain itu apa yang dirancang selari dengan misi dan visi MYA harus diterjemahkan dalam satu bentuk kerja yang diletakkan sasaran yang perlu dicapai... ala-ala KPI begitu... tetapi siapa yang akan menentukan matlamat sasaran tadi yang mewakili suara hati semua peringkat dari akarumbi(kita semua) sehinggalah kepada tahap tertinggi...pernah satu masa saya mengemukakan cadangan/proposal semasa AGM tetapi sehingga ke AGM tahun hadapannya tiada apa-apa feedback atau tindakan susulan atas cadangan tersebut... terus sunyi sepi..sape yang ingat? malahan saya dimaklumkan ada AJK mengatakan cadangan tersebut ada kepentingan peribadi..bayangkan kita cadangkan untuk bawa sukan ini supaya terus berdaya saing dengan sukan-sukan lain terutama beberapa sukan lama yang diberi wajah baru yang tengah naik seperti sukan basikal dan memanah juga boling padang dsb.
    3)Kita boleh tukar semuanya tetapi kita kena pastikan yang dipilih nanti boleh dan mampu melakukan tugas...Jangan nanti wal hasil balik asal... itulah saya lebih pentingkan 2 isu di atas terdahulu.

    BalasPadam
  7. Antara posting yang menerima komen yang sedikit baik antara banyak-banyak posting... tetapi nampaknya semuanya menggunakan Tanpa Nama jadi agak konfius bila nak balas komen balik, dan kadang-kadang ada yang mengomen tu adalah Tanpa nama yang sama... Ayuh.... beranikan diri sikit... sikit-sikit dulu pakailah nama lain... senang kita berbicara.... ada berani?

    BalasPadam