Rabu, 1 Mei 2013

Rentetan Isu Wiindsurfers Lagi...

Melihat kepada komen dari kekawan berkaitan permasalahan pembangunan kelas windsurf di negerinya saya ingin mengimbas kembali.



Bagi saya ini adalah antara rentetetan pembangunan bagi kelas yang tidak mendapat sambutan dari persatuan negeri, kadang-kadang bukaN sekadar berlaku kepada kelas windsurf sahaja tetapi juga kepada kelas-kelas lain bagi sesetengah negeri.

Apa yang saya boleh lihat pada persepsi saya adalah halatuju pemikiran (mindset) kita. Ada kemungkinan kelas ini baru dibangunkan berbanding dengan kelas-kelas lain terutamanya Optimist, maka pemikiran bekenaan dengan kelas tersebut menjadi negatif dan mengarah kepada tidak.... dengan pelbagai masalah dan alasan yang mana isu permasalahan itu ada kebenarannya tetapi bukannya terlalu besar atau tiada jalan penyelesaian..

Untuk mengenalkankan sukan ini sahaja (yang sebenarnya memang dah dikenalipun) tatkala Mr Afendy mula-mula mengusulkan kelas ini dahulu kepada MYA telah terlihat tentangan dari kalangan tertentu dalam dalaman MYA itu sendiri. Hanya apabila Mr leong Soon setuju untuk menaja beberapa windsurf barulah ianya dipermudahkan dan akhirnya masuklah kelas ini ke dalam pembangunan MYA. Kadang-kadang saya merasakan benar seperti apa yang pernah diperkatakan oleh Mr GM En Afendy yang ada tangan-tangan hitam tertentu dalam MYA seperti ingin menghalang dan menggagalkan kelas dari diketengahkan dalam program pembangunan MYA.Why? ....mindset!!!?

Contohnya lagi setelah diperkenalkan dan semasa acara ini hendak dimasukkan ke dalam acara SUKMA pada edisi yang lepas (2012)... ada orang-orang MYA sendiri awal-awal mengatakan yang acara ini tak jadi. Lepas tu setelah dikatakan On.. jadi, sekali lagi rasanya Mr GM kita terpaksa meyakinkan MSN ianya dimasukkan tetapi pecahan kelas masih lagi kabur samada Open atau pecah Lelaki dan Perempuan dan terpecah dua sumber dalaman MYA satu kata Terbuka dan satu kata pecah (1 emas kepada 2 emas). ini salah satu sebab kenapa acara bagi kategori Perempuan semasa SUKMA sangat kurang sambutan kerana semuanya diutuskan pada saat-saat terakhir dimana tiada lagi masa untuk negeri-negeri untuk menyediakan atlet masing-masing, disamping rentetan masalah lain dalam membangunkan kelas itu sendiri. 

Penubuhan Malaysia Windsurfing Sailing Association (MWSA)  juga tidak banyak dapat membantu. Sedikit sebanyak kelemahan dan slownya program bagi kelas ini adalah atas kegagalannya WMSA itu sendiri berfungsi sebagai badan yang berkemampuan untuk membangunkan kelas ini. 

  • Selepas ianya secara resmi ditubuhkan rasanya pada penghujung tahun 2011 semasa Kejohanan Kebangsaan di Perlis dan juga selepasa lantikan AJK termasuk wakil bagi setiap negeri, berapa kalikah AJK-AJK ini berkumpul, berbincang, merumus dan mengambil ketetapan untuk melakukan gerakkerja pembanguna.
  • Entahkan ada wakil negeri atau AJK sudahpun lupa yang ia adalah AJK atau wakil negeri untuk MWSA
  • Rasanya mesyuarat AGM bagi tahun 2012 juga diadakan dalam keadaan yang sangat tidak formal dan terlampau santai, di mana adakah wakil-wakil negeri dijemput atau sekadar kepada sesiapa yang hadir semasa juga Kejohanan di Perlis.
  • Untuk itu MWSA perlu memperkemaskan gerak kerja mereka dalam membangunkan kelas windsurfing selari dengan kelas-kelas lain dalam pembangunan sukan negara dan mempunyai haluan dan laluan yang sama dengan kelas-kelas  lain. Ini adalah perkara utama untuk melihat kelas ini dapat membangun.
SETERUSNYA SAMA-SAMALAH KITA MEMIKIRKAN MEMERAH IDEA MENCARI JALAN  BAGAIMANA UNTUK MENJAYAKAN ACARA WINDSURF INI SEIRING DENGAN KELAS-KELAS LAIN.... KALAU TAK DIPECAHKAN RUYUNG GIMANA NAK DAPATKAN SAGUNYA.!!!


3 ulasan:

  1. Saya nak komen pun tak boleh sebab saya bukan siapa2 pun, cuma anak saya atlet windsurf, yang pasti saya respect atas kesungguhan pihak tuan untuk memajukan sukan ini, tahniah..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tidak kira siap kita... semuanya sebenarnya sama-sama menyumbang ke arah pembentukan seseorang itu... Sebagai parent... tuan/puan telah menyumbang dengan membenarkan, memberi galakan, sokongan moral dan material juga kepada pembentukan siasah diri anak anda.
      Juga tuan/puan juga boleh membeeri idea-buah fikiran yang mana kadang-kadang sebagai pelaksana aktiviti sukan pelayaran ini kami terlupa dari sudut keibu-bapaan atau lain-lain hal melibatkan siasah dan sosial atlet.
      Saya sendiri bukanlah windsurfer tetapi kerana minat yang begitu mendalam dalam sukan pelayaran ini sudah menjiwai sejak dari alam remaja hinggalah kini, maka sama-sama mengambil tanggungjawab untuk menaikkan tahap sukan pelayaran di Malaysia kekal sebagai sukan pilihan utama termasuk ke arah persediaan Sukan Olimpik dan juga kalau boleh sukan pelayaran ni nak jadi macam sukan bola sepak atau badmintan dan hoki menjadi salah satu sukan rakyat/massa.

      Padam
  2. Untuk makluman.
    Saya hanya jurulatih sukarela untuk JYA jadi apa rancangan JYA untuk Windsurf saya pun tak tahu. Untuk Kem Windsurf di Perlis kali ni, saya sudah berbincang dengan pihak JYA dan kesimpulannya kami TIDAK menghantar peserta atas alasan.

    1. Perjalanan adalah amat jauh.
    2. Tiada pengiring.
    3. Peralatan Techno sedang dibaiki.
    4. Peralatan windsurf lain diperlukan untuk latihan kami.

    Saya disini juga menjalankan latihan windsurf hampir setiap hujung minggu. Sepertimana yang telah dinyatakan sebelum ini, kami kini mempunyai 4 Lelaki yang boleh windsurf tapi hanya seorang yang kompetitif, seorang dalam latihan dan dua sudah bertukar ke kelas 420
    dan laser. Baru baru ini 4 perempuan dan 3 lelaki muka muka baru sedang diajar dalam acara windurf. Hampir semua peralatan (Kecuali Techno) adalah milik saya sendiri.

    Ketidak hadiran peserta Johor selalunya atas sebab
    1. Barang Techno selalu rosak (sail & fin) dan susah diperolehi.
    2. Memberi peluang peserta (kelas lain) baru pergi ke Regatta. (van tak muat).

    Bagi regatta di Selangor, Johor akan menghantar seorang peserta bagi acara windsurf tapi diketegori Phantom.

    Saya buat apa yang saya mampu untuk menghidupkan windsurf terutama di Johor ini. Kini coach Zaidi ada bersama kami dan boleh melatih mereka dari aspek taktikal dan racing. Saya juga amat berterima kasih pada Coach Aziz dan anaknya Coach Epit atas segala support yang telah diberi.

    Mungkin boleh dicadangkan agar kem windsurf berikutnya boleh diadakan di Johor. Tapi GM atau pihak pihak Negeri perlu tujukan pada JYA terus.

    BalasPadam