Isnin, 13 Mei 2013

Catatan ringkas 1: Perjumpaan di Selangor - Kem Windsurfing Kebangsaan

Ulasan Sambutan: Perjumpaan bersama-sama negeri-negeri seperti yang diwar-warkan di dalam fb aurora sailing berkaitan dengan perkara ini. Perjumpaan hanya berkisarkan hal-hal berkaitan dengan peralatan yang tidak mencukupi dan juga peserta klinik serta sedikit berkaitan dengan pengurusan.

Sayangnya sambutan dari negeri sendiri terhadap isu ini tidaklah sepenuhnya, seperti yang dinyatakan sambutan dari negeri-negeri bawah angin agak lemah berbanding negeri atas angin. Mungkin masih belum naik angin kot? Sorry.... gurau aje!!!! Rasanya, mungkin, agaknya lah antara penyebab, (pilihlah yang mana satu pilihan anda) :
  1. Negeri yang wakilnya datang ni tiada maklum langsung berkaitan hal ini.
  2. Ada yang maklum tetapi tiada arahan negeri maka lebih baik tiada ambil maklum
  3. Blog/fb/email sekalipun bukan medium perhubungan bagi mereka apatah lagi kalau ia urusan formal/resmi ataupun, sendiri tertinggal gerabak.
  4. Menunggu surat resmi samada dari MYA ataupun persatuan baru bertindak!
  5. Negeri yang datang coachnya atau pengurusnya bukan pure sailors??? 
  6. Tak minat dengan windsurf? Tak minat dengan perjalanan/engurusan bagi event windsurf?
  7. Aku tiada sailors? Aku tiada peralatan buat apa sibuk-menyibuk?
  8. Aku tiada chance menang sukma lebih baik boikot, untung-untung event ni tak masuk SUKMA
  9. Lebih baik tak yah hadir... just komplain kot belakang... cari saja isu yang banyak nak diisukan
  10. sebab-sebab lain
Setiap pengurusan kadang-kadang banyak protokolnya (beermakna banyak juga birokrasinya kadang-kadang... ) tetapi itulah tanpa ianya diuruskan dengan betul juga kadang-kadang menyebabkan sesuatu yang dirancang tidak dapat berjalan lancar malah terbatalkan dan keputusannya menjadi isu kesahihannya. Sebaliknya pulak kalau nak menunggu yang betul-betul diuruskan dengan sepenuhnya melalui/oleh/pihak yang sebetulnya apa yang kita boleh dapat pulak...(lihat contoh aktiviti program MYA) kerana lebih baik tiada kerana kalau nak berada banyak kerjanya. Jadi kenalah kia ambil peluang yang ditawarkan ini... sebelum akhirnya kita sendiri finally yang rugi dan ketinggalan dan mulai menyalahkan pulak bermula dari diri sendiri yang tak komited.

Tetapi akhirnya sekurang-kurangnya hampir semua negeri yang hadir dalam kejohanan ini memberikan response berkaitan dengan peralatan windsurf yang mereka ada. Walaupun tiada paksaan dalam hal sebegini tetapi ada beberapa sahabat terpaksa kita kelui mereka untuk turut memberi feedback. Kesimpulannya semua negeri mempunyai masalah peralatan jadi sesuatu terpaksalah kita sama-sama kita rancang dan rangka supaya setidak-tidaknya solusi yang kita dapat terhadap program pembangunan windsurf ini dalam masa yang sama dapat setidak-tidaknya kalau tak boleh mengatasi tetapi mengurangkan masalah peralatan ini. Antara masalah paling ketara adalah:
  1. Layar koyak
  2. mast step putus
  3. mast patah
  4. batten patah
  5. skag hilang/patah
  6. kerosakan pada windsurf board

Saya ada menerima 1 komen dari sahabat kita dari Johor untuk tatapan antara cadangan yang beliau kemukakan pada next posting... sat lagi

Bersambung pada catatan berikutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan