Selasa, 14 Mei 2013

Catatan Ringkas Lewat malam: Perjumpaan antara jurulatih USPTN negeri, SDO negeri bersama Ketua Unit Pelapis Negeri

Semasa kejohanan KFC-Selangor juga telah diadakan perjumpaan antara jurulatih-jurulatih USPTN negeri, SDO bersama dengan Ketua Unit Cawangan Pelapis Negeri yang baru.

Puan Nur Ihsan Bte Hasan baru sahaja mengetuai Cawangan Pelapis Negeri mulai bulan April yang lepas dan peluang sempena kejohanan KFC-Selangor yang merupakan salah satu kejohanan yang dipilih oleh unit USPTN di dalam takwim kejoahnan tahunan untuk bertemu dengan jurulatih-jurulatih negeri bersama dengan Pegawai Pembangunan Sukan selain untuk berkenal-kenalan juga mendengar perkembangan dan permasalahan bagi setiap negeri.

Antara isu terhangat adalah berkisarkan masalah peralatan bot yang dihadapi oleh boleh dikatakan semua negeri jika tidak bot adalah masalah alat-ganti. Juga berkenaan kenapa ada sesetengah negeri mendapat 4 kejohanan dan sesetengah mendapat kurang.

Sedekit sebanyak adalah seperti berikut:
  1. Semua negeri membentangkan tentang kedudukan peralatan serta masalah:
    1. Alat ganti bot diperlukan terutamanya layar/spars/folis dan fitting serta gear
    2. Tali-menali (sheets) untuk kegunaan semua jenis dan tempat.
    3. Masalah negeri yang tidak mempunyai kemudahan coach boat
    4. Alat keselamtan seperti buoyancy bag dan lifejacket dan sebagainya
    5. Negeri memohon peruntukan untuk pembaikan dan penggatian peralatan yang rosak
  2. Dicadangkan bagi semua peralatan negeri-negeri dibeli senditi oleh MSNegara dan diedarkan terus kepada negeri-negeri tanpa meluluskan peruntukan kewangan kepada negeri kerana dikuatiri ianya tidak sampai sepenuhnya seperti yang dipohon.
  3. GM menekankan kepada segala peruntukan-peruntukan yang hendak diberikan hendaklah disalurkan kepada persatuan negeri bukannnya individu tetapi selepas itu kedengaran pula beberapa permasalahan negeri yang ada persatuan yang tidak aktif berperanan sebagai persatuan malah ada persatuan yang membuat pengakuan tidak mahu bekerjasama dengan unit USPTN maka keputusannya ianya adalah berjalan secara tersendiri mengikut keadaan negeri.
  4. Mengenai dengan negeri yang mendapat kurang kelulusan penyertaan tahunan dari 4 kepada 3, 2 atau 1 adalah kerana menggunakan sistem ranking yang telah dilakukan terhadap unit USPTN negeri berdasarkan pencapaian/laporan-laporan jurulatih berdasarkan kepada semua sukan yang termasuk ke dalam program.
    1. Walaupun begitu persatuan boleh memohon untuk menggunakan peruntukan yang tidak digunakan oleh sukan lain tetapi tidak boleh memohon penambahan.
  5. Negeri-negeri juga telah diberi peruntukan minyak bot jurulatih mulai tahun ini dan bagi negeri yang masih belum mendapat bantuan peruntukan minyak bolehlah memohon. Halangan kepada negeri yang tidak mendapat peruntukan minyak kononnya kerana sistem mata ranking yang tidak memuaskan dan juga kelemahan jurulatih untuk menghantar laporan.
  6. Ada negeri memohon penambahan jurulatih samada 
    1. dari jurulatih sambilan kepada jurulatih sepenuh masa ataupun penambahan jurulatih sambilan dari yang sedia ada.
    2. Penambahan jurulatih difikirkan amat perlu dengan penumpuan utama kepada 4 kategori kelas yang utama (Optimist/Single handed dinghy-Lasers/Double Handed Dinghy-Int 420 & Windsurfing
    3. Sasaran sekurang-kurangnya setiap negeri mempunyai 1 Jurulatih Sepenuh Masa (JPM) dan 2 Jurulatih Sambilan/Separuh Masa(JSM).
  7. Antara hal--hal lain yang diperbincangkan adalah: 
    1. Kursus meningkatkan kemahiran kepada jurulatih-jurulatih
    2. Jurulatih perlu menghadiri dan memiliki Sijil Menyelamat
    3. Jurulatih perlu memiliki lesen kejurulatihan
    4. Jurulatih juga perlu menghadiri dan memiliki sijil pengendalian bot jurulatih dan bot penyelamat
    5. Perlu mengadakan perjumpaan-perjumpaan yang lebih kerap seperti ini.
      1. GM mencadang dan memutuskan perjumpaan berikutnya adalah pada 30hb November semasa Kejohanan Kebangsaan di Langkawi
      2. Dalam pada masa tersebut masih akan diadakan perjumpaan kecil bagi membincangkan isu-isu semasa.
      3. Persatuan kebangsaan sepatutnya menganjurkan seminar/bengkel kejurulatihan kebangsaan bagi membincangkan halatuju sukan perahu layar dan mengadakan percambahan fikiran bagi memaju dan menaikkan sukan perahu layar malah disarankan untuk melihat model yang diadakan oleh sukan memanah yang telah meningkat dengan begitu pesat sehingga ke tahap dunia dan sukan Olimpik.
    6. Ada negeri memohon traktor kecil untuk menarik/menaikkan dan menurunkan bot terutamanya bot jurulatih.
    7. Ada yang mempersoalkan berkaitan dengan bagaimana negeri-negeri dipilih dan terpilih untuk pertandingan yang terdapat di dalam kalendar (takwim) USPTN
      1. Tahun 2013 ada 5 pertandingan dan kena pilih 4 antaranya
        1. KFC-Perlis
        2. KFC-P.Pinang
        3. KFC-Selangor
        4. KFC-Merdeka Day
        5. KFC-Kejohanan Kebangsaan
      2.  Pemilihan negeri-negeri ini ditentukan semasa mesyuarat Jawatankuasa Kerja (JKK) antara persatuan sukan kebangsaan (MYA) dan juga MSNegara.
      3. Cadangan adalah secara pusingan (rotation) tetapi juga berdasarkan kepada pencapaian negeri dalam menganjurkan kejohanan termasuk jumlah peyertaan/ perjalanan  kejohanan yang lancar dan tiada msalaha besar timbul serta persatuan dapat memajukan laporan kejohanan yang lengkap dalam masa yang ditetapkan.
      4. Negeri yang terpilih sepeti senarai di atas juga boleh memohon peruntukan untuk penganjuran kejohanan.
    8. Negeri-negeri memohon T-Shirt uniform Pelapis kepada atlet dan jurulatih

3 ulasan:

  1. Terima kasih,

    Tak payah nak tulis copy page sahaja. Senang kerja kalau ramai macam Rani. Bolehlah saya buat kerja lain. terima kasih........

    BalasPadam
  2. Hahhaaa... minit mesyuarat tak resmi...rojak... harap kalau ada isu tertinggal bolehlah dihighlightkan

    BalasPadam