Selasa, 14 Mei 2013

Catatan Ringkas 3: Perjumpaan di Selangor - Kem Windsurfing Kebangsaan

Isu berikut yang turut diperbincangkan adalah berkaitan dengan perjalanan dan pengurusan kursus:

GM En Afendy dengan dibantu oleh Zainal "Fred" menerangkan dengan lebih terperinci berkaitan dengan pelaksanaan kem ini.
  1. Klinik ini terbuka kepada semua tahap pelayar dengan kem akan dipecah kepada 2 group atlet norvis dan atlet yang dah boleh berlayar/bertanding.
  2. Jurulatih kursus akan diketuai oleh Zainal "Fred" untuk senior dan Coach Hadri "Acai" untuk junior/norvis.
  3. Jurulatih negeri digalakkan hadir sebagai jurulatih pengiring dan turut belajar dan mengajar serta dalam masa yang sama membantu klinik ini.
  4. Dapati terdapat beberapa kekeliruan berkaitan dengan apa yang terdapat di NOR dengan penerangan.
  5. Seperti dimaklumkan pada posting lepas: negeri-negeri yang ada windsurfing dikehendaki untuk membawa sendiri windsurf mereka. Kos ditanggung sendiri oleh persatuan yang mempunyai windsurf tersebut. 
  6. Kerana kekurangan windsurf maka penggunaan secara bergilir akan dilakukan terutama bagi pelayar norvis
  7. Sementara itu Oxbold (Wilson) akan menaja beberapa windsurf bagi kegunaan klinik. Thank Wilson.
  8. Penginapan dan makan juga adalah tanggungan sendiri.. Walau bagaimanapun usaha masih dilakukan oleh GM untuk membolehkan MYA dan juga pihak lain untuk menaja kalau tidak sepenuhnya mungkin sebahagian dari kos tersebut. 
    1. Penginapan dicadangkan di Tasik Timah tasoh untuk memudahkan pengurusan aktiviti latihan.
    2. Buat masa ini perbincangan dilakukan dengan pihak Timah Tasoh Lake Resorts yang mengenakan bayaran sebanyak RM50 bagi seorang untuk 1 hari termasuk penginapan dan 4 kali makan. 
    3. Bermakna untuk 24hb sehingga 04hb selama 11 malam: RM50 x 11= RM550 seorang.
  9. Had umur penyertaan masih lagi 16 tahun tetapi diberi kelonggaran bagi yang mempunyai windsurf boleh menyertai kem ini dengan syarat membawa windsurf sendiri.  
Sehubungan dengan itu sekali lagi kita mengharapkan setiap negeri membuat confirmation dan pendaftran penyertaan seperti tarikh yang dinyatakan dalam NOR

Tiada ulasan:

Catat Ulasan