Isnin, 13 Mei 2013

Komen Cadangan bagi pembangunan kelas windsurf

Komen dari sahabat yang perlu diketengahkan dan diperbincangkan:

Saya ada satu cadangan untuk meningkatkan pelayar Windsurf di Malaysia.
-Setakat apa yang saya lihat 2-3 tahun ini, tidak ramai pelayar windsurf yang mencapai tahap "racing level"
-bilangan atlet yang boleh mencapai tahap ini adalah rendah.
-Pencarian atlet baru adalah terhad dari segi pemilihan (TID).(Natural talent amat sedikit)
-Tempoh matang untuk atlet mencapai tahap "racing level" adalah panjang (kecuali individu yg ada Natural Talent atau progress level yg tinggi). Selalunya Novice ini perlu berehat dari training kerana tahun mereka menduduki PMR atau SPM.

Oleh yang demikian, saya mempunyai cadangan untuk diketengahkan ke pihak yang sewajarnya untuk dibincangkan dengan lebih lanjut.
Mungkin cadangan ini juga boleh digunapakai oleh kelas kelas sailing lain.

Cadangan -
Buat 2 kelas bagi kategori windsurf.

1 - (OPEN) Untuk yang Elit (Negeri/MYA) dan terbuka kpd awam. Samada menggunakan "one design" seperti Phantom atau Raceboard mahupun techno.
2 - (CLOSED) Untuk mereka yang baru baru belajar (Novice). Mungkin boleh guna course untuk optimist?

Ini kerana yang elit saya lihat hanya beberapa orang saja. Lin, Catherine, Daniel, Mus, Arep, Husin dan 2-3 orang lagi.
Mereka ni akan meninggalkan yang Novice dengan jarak yang agak besar (selalunya sampai DNF) dan ini sedikit sebanyak menjatuhkan moral Novice (dan satu sebab Negeri2 tak nak hantar peserta mungkin?).

Equipment untuk yang Elit tidak menjadi masalah sepertimana boleh menggunakan "one design" seperti diatas. Apabila kita mempunyai Elit yang ramai bolehlah kita progress ke RS:One atau kelas Olympic RS:X.

Bagi yang Novice ni dicadang mengguna Board Techno dan sail yang kecil dari 6.5m tanpa camber inducer (perlu dibincang). Ini kerana Novice tidak dapat menggunakan sail Techno 7.8 terus dari awal. Oleh itu sail sail training (Take Off 5.5) yang pernah diberi (Oleh Leong Soon jika tak silap) boleh digunakan.

Bagi Novice yang telah memenangi beberapa tempat pertama (3-4 kali ke) bolehlah dinaiktaraf ke Elit.

Mungkin dengan cara ini dapat digunapakai untuk menambahkan bilangan peserta di Regatta negeri2 yang sedia ada. Boleh juga digunapakai bagi kelas kelas lain seperti Int 420 dsb.

Begitulah cadangan saya. Jika ada cadangan lain akan saya ketengahkan dan boleh direnungkan demi masa depan sukan kita ini.

Sekian terima kasih.
Nazar. 


Untuk Tatapan dan maklum balas kwkawan semua

Tiada ulasan:

Catat Ulasan