Selasa, 7 Mei 2013

NOR National Windsurfing Clinic 2013 oleh MYA

NOR Clinic windsurf akhirnya telah keluar dan boleh di dapati melalui persatuan negeri masing-masing. Juga boleh mendapatkannya melalui Quick Download pada side kanan blog ini juga dilink ini: https://docs.google.com/file/d/1P8qLjhFc3p88lImC_U2O2dMYTNbMnp_K9t4BoRh9y6JTk5UNDvkC1D8eu1bo/edit?usp=sharing

Secara Ringkasnya adalah seperti berikut:

Date: 24hb Mei hingga 04hb June 2013

ELIGIBILITY: The clinic is open to all amateur sailors, both novice as well as experienced sailors (1997 born and later) terbuka kepada pelayar berusia 16tahun ke atas. Lt Kdr Chin (ATM) ada bertanyakan berkenaan dengan penyertaan peserta ATM... saya merasakan kalau jumlahnya kecil dan antara yang terbaik mungkin mereka juga dapat membantu klinik. 

REGISTRATION: Tiada yuran pendaftaran dikenakan. Terimakasih kepada MYA kerana menyediakan dan menanggung klinik ini. Walaupun tidak menyatakannya kita percaya ianya  termasuk makan dan minum sepanjang klinik ini juga adalah ditanggung sepenuhnya oleh MYA. Oleh itu kita kenalah menggunakan sepenuhnya peluang ini bagi menyediakan atlet mengikut kehendak sasaran yang telah berkali saya highlightkan dalam posting sebelum ini berkenaan kurang dan dingainnya sambutan kelas Bic techno terutama bagi pembangunan dan persiapan SUKMA. 

Pendaftaran hendaklah dilakukan melalui persatuan negeri yang mana mempunyai cop negeri padanya. Jadi bagi pelayar yang tiada peruntukan negeri dan ingin mengikuti klinik ini secara sendiri maka adalah masih perlu melalui persatuan negerinya. Jadi bagi negeri yang persatuannya nampak liat untuk membantu bolehlah download NOR ini. print-out borang pendaftaran dan dapatkan pengesahan dan persetujuan negeri masing-masing.

Juga diingatkan tarikh tutup pendaftaran adalah pada 18hb Mei ini. Memandangkan kita sedia maklum banyak negeri mempunyai masalah untuk mendapatkan atletnya maka adalah disyorkan untuk bersedia lebih awal.

TRAVELLING, BOARD  AND LODGING + EQUIPMENT 
Pergerakan pergi-balik adalah tanggung jawab sendiri.

Penginapan dan board windsurf disediakan. Tetapi memandangkan limitnya board windsurf yang dimiliki oleh MYA maka beberapa negeri yang mendapat kemudahan windsurf dikehendaki untuk membawa wndsurf tersebut semasa klinik ini. Ketetapan mengenai perkara ini dicadangakan untuk dibincang dan diputuskan pada hujung minggu ini semasa kejohanan KFC-Selangor Open termasuklah dengan masalah peralatan yang dihadapi oleh negeri-negeri. Oleh itu kehadiran semasa perjumpaan di Selangor agak penting bagi pihak pengurusan untuk mengetahui kedudukan dan masalah peralatan untuk dibawa termasuklah masalah untuk pengangkutan windsurf tersebut.

PROGRAMME: Programnya hariannya agak padat dan akan diubahsuai mengikut keperluan


07:45
Meeting
07:50
Fitness training
08:50
Breakfast
10:00
Rigging
10:30
Briefing
11:45
Ramp open / launching / snack
12:00
Start of training / lunch on water
18:00
Back to beach
19:00
Dinner
20:00
Debriefing




 CONTACT: Bagi sesipa yang mempunyai pertanyaan dan kemusykilan bolehlah menghubungi sendiri En Afendy samada melalui emailnya: afendymya5858@gmail.com
atau di talian MYA TEL : +6049663099,FAX : +6049661099 ataupun H/PHONE : +60192296316 – Afendy

 

2 ulasan:

  1. Saya ada satu cadangan untuk meningkatkan pelayar Windsurf di Malaysia.
    -Setakat apa yang saya lihat 2-3 tahun ini, tidak ramai pelayar windsurf yang mencapai tahap "racing level"
    -bilangan atlet yang boleh mencapai tahap ini adalah rendah.
    -Pencarian atlet baru adalah terhad dari segi pemilihan (TID).(Natural talent amat sedikit)
    -Tempoh matang untuk atlet mencapai tahap "racing level" adalah panjang (kecuali individu yg ada Natural Talent atau progress level yg tinggi). Selalunya Novice ini perlu berehat dari training kerana tahun mereka menduduki PMR atau SPM.

    Oleh yang demikian, saya mempunyai cadangan untuk diketengahkan ke pihak yang sewajarnya untuk dibincangkan dengan lebih lanjut.
    Mungkin cadangan ini juga boleh digunapakai oleh kelas kelas sailing lain.

    Cadangan -
    Buat 2 kelas bagi kategori windsurf.

    1 - (OPEN) Untuk yang Elit (Negeri/MYA) dan terbuka kpd awam. Samada menggunakan "one design" seperti Phantom atau Raceboard mahupun techno.
    2 - (CLOSED) Untuk mereka yang baru baru belajar (Novice). Mungkin boleh guna course untuk optimist?

    Ini kerana yang elit saya lihat hanya beberapa orang saja. Lin, Catherine, Daniel, Mus, Arep, Husin dan 2-3 orang lagi.
    Mereka ni akan meninggalkan yang Novice dengan jarak yang agak besar (selalunya sampai DNF) dan ini sedikit sebanyak menjatuhkan moral Novice (dan satu sebab Negeri2 tak nak hantar peserta mungkin?).

    Equipment untuk yang Elit tidak menjadi masalah sepertimana boleh menggunakan "one design" seperti diatas. Apabila kita mempunyai Elit yang ramai bolehlah kita progress ke RS:One atau kelas Olympic RS:X.

    Bagi yang Novice ni dicadang mengguna Board Techno dan sail yang kecil dari 6.5m tanpa camber inducer (perlu dibincang). Ini kerana Novice tidak dapat menggunakan sail Techno 7.8 terus dari awal. Oleh itu sail sail training (Take Off 5.5) yang pernah diberi (Oleh Leong Soon jika tak silap) boleh digunakan.

    Bagi Novice yang telah memenangi beberapa tempat pertama (3-4 kali ke) bolehlah dinaiktaraf ke Elit.

    Mungkin dengan cara ini dapat digunapakai untuk menambahkan bilangan peserta di Regatta negeri2 yang sedia ada. Boleh juga digunapakai bagi kelas kelas lain seperti Int 420 dsb.

    Begitulah cadangan saya. Jika ada cadangan lain akan saya ketengahkan dan boleh direnungkan demi masa depan sukan kita ini.

    Sekian terima kasih.
    Nazar.

    BalasPadam
  2. Komen dan cadangan anda telah saya mamsukkan ke dalam posting terbaru saya dan terimakasih atas cadangan usul akan diperhangatkan di fb aurora sailing untuk response dan maklum balas serta cadangan balas warga pelayaran.

    BalasPadam