Khamis, 2 Mei 2013

Hari Ucapan Selamat

Sempena hari pekerja pada 1 hb Mei semalam x terlewat kiranya ingin mengucapkan selamat menyambut hari pekerja kepada sesiapa-sesiapa yang bekerja.

Hari bagi memperingati dan menghargai jasa-jasa pekerja dan memberi pengiktirafan di atas segala usaha, penat lelah dan pengorbanan mereka..si pekerja. Anda seorang yang hebat tak kiralah siapa pun anda dan di mana sekalipun hiraki kedudukan anda dalam organisasi pekerjaan anda, walau malas ataupun rajinnya anda kerana tanpa anda semua tiadalah majikan anda. Walaupun begitu saya ingin mengingat sesama kita dan mengajak untuk kita sekelian agar mencari rezeki yang halalan toyyiban. Halal apa yang didapatkan dengan cara yang halal dan halal untuk apa yang anda dapatkan ke atas diri anda.... barulah membawa keberkatan dunia dan akhirat......Mencapai apa yang disasarkan oleh anda mahupun oleh organisasi anda.... Insyaallah

Saya juga ingin mengucapkan selamt berjaya kepada atlet-atlet yang sedang berjuang di luar negara, khabarnya group elit kebangsaan kelas Laser sedang berada di Europe dan Group dinghy akan ke Thailand... Semuga kalian semua suksess selalu dan juga mencapai sasaran matlamat yang disasarkan...Bulan Mei hingga hingga Ogos adalah musim kemuncak pertandingan-pertandingan penting di Europe dan juga mungkin merupakan pertandingan puncak ataupun setidak-tidaknya pertandingan yang menghampiri puncak yang akan dinilai tahap prestasi anda berbanding atlet handalan dunia dalam lauan anda menuju ke Rio (RTR) dan juga setidak-tidaknya Sukan Asia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan