Sabtu, 24 Julai 2010

Update Laser Radial World Hari ke 5

Hari yang paling baik di Scotland...... tidak untuk kem Malaysia

Hari yang agak malang dan menghampakan bagi Nizam. Sungguh mengecewakan melihat dari coach boat dah tentu Nizam sendiri merasa lebih kecewa...berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul.

Bermula dari awal pagi langkah sumbang sudah jelas, bermula dengan riak wajah yang tak begitu ceria seolah memikirkan sesuatu atau menanggung beban fikiran, diikuti dengan kemudiannya di kelab Nizam mengadu tidak begitu sedap perut dan ulang ke tandas sebelum turun air. Adakah ini tanda-tanda nervous yang tinggi ataupun over- arousal???

Di Air hari ini pertandingan berjaya dijalankan tepat pada masanya dengan angin agak baik bertiup 12-13kts. Nizam bermula dengan teruk berada pada line paling belakang di quarter starboard side, lambat dan tiada ruang untuk masuk dalam packed of boat. Mengambil masa kira-kira 3-5 minit untuk clear dari bad start. Berpusing pada kira-kira 48/49 di M1, di M2 kira-kira bot ke-26 dari belakang. Tidak berjaya recover banyak semasa run pada kedudukan 42, sekali lagi di upwind mark outer loop ke-30 dari belakang, ketinggalan 2 bot semasa downwind dan sekali lagi semasa last upwind ketinggalan lagi 2 bot. THA yang awalnya di belakang Nizam semasa 1st & 2nd leg berjaya memotong Nizam semasa downwind dan recover dengan begitu banyak semasa 2nd upwind apabila bermain paling ke kiri memotong hampir 15 bot

Race 2 hari ini nampak ok selepas bad race di Race 1, bermula dengan baik di port end side bot kedua most leeward. Mengawal fleet kiri dengan baik malahan upwind lebih baik dari THA. Angin ketika ini bertiup 13-15kts semasa gust. Berpusing di M1 ke-7 dan di M2 ke-5/6. Berpusing di M2 melakukan gybe mula ada masalah dengan vang setting dan berada pada gybe yang salah untuk jangkamasa yang agak lama sebelum gybe semula berada pada gybe yang betul. Downwind yang benar-benar slow terutama apabila sekelompok bot di kanan mendapat gust dan mendahului Nizam dengan agak jauh. THA yang berada di belakang Nizam kira-kira 26/27 semasa di M1 berjaya memintas Nizam dan berada dalam top 15. Nizam berada pada kedudukan ke18 di gate. 2nd upwind beating Nizam tidak begitu baik kerana berada dalam covered position dan tidak mampu (covered) berada diside yang betul lebih awal. Berpusing di 2nd upwind mark M2 Nizam ke-18 dan THA ke 7. Nampak ketara Nizam tidak belayar downwindnya seperti mana ia sepatutnya belayar; banyak kesilapan dilakukan dari segi boat trim, positioning, sail trim, wave riding dan keseluruhannya agak tak memuaskan. Kemungkinan fokus terhadap task in hand Nizam dah hilang bersama dengan confidence level. (Beberapa kali dalam kejohanan perkara yang sama berlaku kepada Nizam semasa bertanding). Tak banyak berlaku perubahan dan tamat pada kedudukan yang lebih kurang sama ke-18.

Sehingga kini jam 1710pm keputusan masih belum keluar dan dijangkakan Nizam akan drop beberapa position dan menunggu untuk 2 pertandingan besok supaya 2 discard boleh dibuat.

1 ulasan:

  1. mmg dari dulu lg pelayar kita mempunyai masalah dalam dwnwind jd x boleh dinafikan la.tetapi apa pun pelayar kita telah cuba yg terbaik.sape yg x mau menang tetapinasib tak menyebelahi.masalah taktikal jg memainkan peranan penting dan juga adaptasi veneu perlu sebelum sesuatu kejohanan.kalau setakat nk pi terus game mungkin ssh nk menang.Pro pun kalah.ape pun saya ucapkan selamat berjuang sehingga penamat.

    BalasPadam