Jumaat, 9 Julai 2010

ISAF Volvo Youth: Laporan Harian

08.07.10: seperti yang dimaklumkan hari pertama bermula dengan keadaan angin yang begitu baik, mengamcam dan terancam hingga pihak pengelola memaklum tiada latihan dibenarkan pada hari ini.

Merupakan hari yang agak sibuk terutamanya bagi GM dari awal pagi hingga ke malam.

Bermula seawal jam 0700am atlet melakukan latihan fizikal ringan disertai stretching dan latihan; larian di sekeliling perkampungan atlet di sekeliling kelab mewah Atakoy Marina Yacht Club memang agak besar kawasan ini dengan banyak bot-bot mewah dan hotel ini bersambungan dengan Hotel Sheraton mungkin di bawah satu management.....mungkin!!.... Kawasan boat parknya walaupun tidak secanggih mana tetapi agak luas kawasannya.

0930am -1500pm: Pendaftaran dilakukan sebaik selesai sarapan pagi sekitar jam 0930am. Sudah agak ramai melakukan pendaftaran dengan kehadiran kira-kira 65 negara menjadikan kaunter pendaftaran agak sibuk dan jam 1130am baru selesai melakukan pendaftaran dan baru dapat bot. International 420 dari Nautivella boat builder dan Laser seperti biasa dari Boat Performance UK. Laser dengan pantas menyiapkan boat preparation cuma International 420 mengambil masa yang agak lama untuk menyiapkan bot hingga jam 1500pm.

Perancangan atlet untuk turun menjalani latihan seperti dimaklumkan terpaksa dibatalkan apabila pada lewat tengahari pihak penganjur memaklumkan bot-bot tidak dibenarkan menjalani latihan di air kerana keadaan angin melebihi 30kts di kawasan gelanggang luar dan tiada rescue boat disediakan. Manakala pada jam 1500pm GM teah menghadiri mensyuarat pengurus pasukan yang memakan masa hingga jam 1700pm. Pelayar menyiapkan persediaan bot, melakukan rigging dan lain-lain persediaan yang perlu....ready for sail....but not today.....

1645pm: Mendapat maklumat dari GM bahawa ribut akan melanda kawasan pertandingan dan boat park pada lewat malam ini, sekali lagi pelayar turun ke boat park dan mengemaskini ikatan pada bot bagi mengelakkan bot dari mengalami masalah dan kerosakan.

2030mlm: Semua pelayar menghadiri taklimat undang-undang RRS 42 yang diberikan oleh International Juri. Sesi penerangan yang ringkas dan berkesan berkenaan dengan bagaimana dan perana juri bagi pengutakuasaan RRS 42. Apakah tindakan yang perlu dilakukan oleh atlet dan menerangkan dengan lebih detail berkenaan tindakan-tindakan yang dilarang daripada pandangan pihak juri.

Sekian Ringkasan harian....Maaf atas kelewatan membuat laporan semasa atas masalah untuk mendapatkan connection internet.

3 ulasan:

  1. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  2. setiap kejayaan yang akan dicapai pasti ada halangan yg kita belum ketahui..ala bru 30 knot..kat putrajaya ni 3 knot pun tak sampai..hehehe..
    di putrajaya penyertaan seramai 93 sailor..ramai tu..apa bila ditolak di campur di bahagi kelas optimist seramai 47 org..
    untuk hari pertama mya/msn mengusai perlumbaan bgai acara penaja..Byte CII mengunguli acara kelas dinghy dan optimist hanya aishah yang berada di tempat ketiga..
    walaupapapun take care n good luck untuk nama malaysia di turky..

    BalasPadam
  3. Selamat maju jaya kepada pasukan di Putrajaya sentiasa dengan jayanya...berjaya mengadakan race dalam 3 kts juga dikira kejayaan dengan jayanya. Berjayalah semua di Putrajaya. Kejayaan semua adalah kejayaan 1 Malaysia. Malaysia Maju Jaya. Kalau ada laporan Putrajaya hantarlah kepada saya..untuk saya menjayakan ke dalam blog saya. Sekian salam maju jaya kepada teman-teman di Putrajaya.......
    Soalan teka-teki cuba kira ada berapa jaya di Putrajaya...

    BalasPadam