Isnin, 16 Januari 2012

Berita lanjut berkaitan dengan match racing circuit....


Salam satu malaysia,

Sedikit berita dari dari rakan-rakan di Langkawi menyatakan MYA telah mengadakan satu mesyuarat di Langkawi pada 14hb Januari 2012

Dari khabar yang diterima rupanya terdapat persetujuan bersama dengan pihak MYA dan T-Best untuk menjalankan circuit kebangsaan ini. Dan terkini katanya pihak T-Best tidak dapat/gagal  mematuhi perjanjian...tak tahulah pulak persetujuan apa mungkin mereka (T-Best) yang sepatutnya mengendalikan hal-hal berkaitan dengan penganjuran ini (promosi dan sebagainya??)  tetapi saya rasa pihak T-Best sebagai pihak pengurusan penganjuran profesional yang berorientasikan keuntungan dalam perkara yang mereka lakukan tentulah terdapat perkara-perkara tertentu yang mereka rasakan tidak dipenuhi ataupun bakal tidak mendatangkan faedah keuntungan yang setimpal dengan komitmen yang akan diberikan berdasarkan pengalaman-penaglaman mereka yang lepas menganjurkan World Match Racing Championship (WMRC)  ataupun Malaysian Match Racing Championship MMRC). Itu hanya MYA dan T-Best sahaja yang tau; tetapi kita sebagai warga pelayaran yang akan mendapat kesannya tentulah mengharapkan laba dari aktiviti kejohanan ini dan bukan bala yang akan menanti.

Apa pun saya bersetuju dengan langkah MYA memutuskan yang acara ini akan dikendalikan oleh MYA dan persatuan negeri cumanya kita berharap peruntukan yang telah diluluskan oleh pihak penaja akan berjalan seperti mana yang diputuskan. Siapa dia penaja utama kita KBS ke? berapa dapat bagi setiap penagnjuran? Apakah peruntukan yang sama yang T-Best dapat semasa menganjurkan MMRC dan WMRC akan MYA dapat semasa penganjuran tahun ini dan mampukah MYA menganjurkan dengan sempurna seperti mana yang dilakukan oleh pihak T-Best pada masa-masa lepas. Apakah T-Best hanya akan menaruh minat dalam menganjurkan MMRC dan WMRC sahaja. Okey juga kalau macam tu....tetapi dalam masa yang sama pihak T-Best sepatutnya memberikan khidmat nasihat (sebagai balasan kepada MYA memberikan pihak T-Best mengendalikan MMRC dan WMRC) semasa setiap kejohanan ranking circuit supaya pada masa depan MYA mampu berdiri sendiri.Kalau tak cari syarikat lain. Siapakah orangnya dalam MYA yang mengendalikan circuit kebangsaan ni...orang sama ke??

Apa-apa pun saya dimaklumkan kejohanan tiga hari pada circuit pertama ini menawarkan jumlah hadiah wang tunai RM 10,000.00. Hairan juga kita bagaimana telah berpuluh tahun kita berkecimpung dalam sukan pelayaran ini bagi kelas-kelas lain termasuk kelas-kelas Olimpik tidak ditawarkan hadiah semewah itu. Kalau nak katakan dapat penajaan siapa yang cari MYA jugakan adakah ia jatuh bergolek takkan? Kadang-kadang macam ada diskriminasi dalam hal sebegini. Sekurang-kurangnya semasa final kejohanan ranking kebangsaan atau semasa Kejohanan kebangsaan bagilah hadiah-hadiah yang grand sikit, bagi pencapaian terbaik sepanjang tahun tak dapat 2-3 ribu, 10 ribupun jadilah....hahahhhh. Bukan jealous, dengki tidak sekali baguslah tu saya sokong 100% cuma saja bikin bising...mana tau kalau-kalau dapat tumpang semangkuk....bukan untuk diriku ini tetapi warga pelayaran sepenuhnya. Ayooh seseorang dalam MYA yang peri-hati-n..ya..

Sehingga kini pasukan-pasukan yang telah mengesahkan penyertaan mereka dengan penyertaan yang masih terbuka:



Team Jeremy
Team Permai
Team KFC / MYA
Team RSYC
Team Tiffany
Team Kedah
Navy 1
Navy 2
Team Razman

Jadik kepada pasukan-pasukan lain yang berminat terutama yang memasang impian untuk ke MMRC dan WMRC anda wajib menyertai circuit ini kerana hanya pasukan terbaik ranking layak ke MMRC sebelum layak ke WMRC setelah menjuarai MMRC.

2 ulasan:

  1. Assalam dan salam satu Malaysia...trima kasih buat penulis kerna mbangkitkan hal ini. Minah hny ingin mgulas scara ringkas kerna masa tdk mgizinkan. Untuk Minah, Minah tidak akn letakkan T-Best sbg phak pengurusan yg profesional dlm hal ni kerna mereka asyik mmikirkan keuntungan aja...mncari publisiti utk mmbuat satu acara. Spatutnya kita mghargai MYA..tgk brapa lama MYA berkorban utk dunia pelyaran walaupn tanpa publisiti. Spatutnya kita sbg pelayar atau yg minat dlm sukan pelayaran ni buka mata dan jgn nk salahkan org. Baiki kelemahan diri kita. Mcm dlm komen di dlm fb...sapa ya????tk silap Marfa Fiedah komen tentang ganjaran..tak kiralah ganjaran atau elaun yg dia komen tu. Kita tak bleh lah nk materialistik kalo diri kita ni tk perfect..jd OOD pun suka2 aja..kalut..bawak bot pun tak pandai...lintang pukang. Kalau kita sentiasa mmikirkan keuntungan...Minah rasa sukan pelayaran tak akan ke mana2. Minah ucapkan tahniah buat MYA kerna dpt teruskan MMRC juga tanpa T-Best yg asyik memikirkan duit2 aja...massssyuukkk...

    BalasPadam
  2. Setuju dengan komen minah Gatal Miang...sedikit penambah rencah dalam posting berikutnya.

    BalasPadam