Rabu, 4 Januari 2012

IODA World semakin hangat...Masam-masam manis

Baru sahaja berkesempatan melayari tanpa layar website kejohanan optimist world. Ada beberapa isu masam manis pada keputusan setakat ini.

Manis:
  1. Kejohanan IODA World 2011 memasuki hari ke-4 setelah semalam hari ke-3 hanya 1 race sahaja dapat dijalankan. Seperti yang saya katakan Syukri yang berjaya belayar dengan baik pada pertandingan ke 5 melonjak ke tempat ke-8 overall setelah discard DSQnya.
  2. Dan hari ini pertandingan berpasukan dijalankan dengan Malaysia berada pada ranking ke-17, berdasarkan result pelayar-pelayar kita beraksi dengan cemerlang:
    1. berjaya mengatasi Mexico (Rank ke 32 yo..yo Mexxxiico) dan 
    2. pada pusingan berikutnya mengatasi Crotia yang berada pada rank ke-8.
    3. Setelah itu menang ke atas Peru team rank ke-5...
    4. Dan akhirnya Malaysia antara 16 negara yang layak ke pusingan berikutnya dengan diiringi oleh Singapore, Thailand dan China dari negara asia
  3. Video yang dimuat turun dari webresmi kejohanan:


Masam-masam bacin:
  1. Berdasarkan result team berbanding keputusan individu setakat ini kesimpulannya berkemungkinan pelayar-pelayar Malaysia kecuali Syukri bermasalah dengan big fleet race. Inilah kelemahan yang mula nampak apabila Optimist dikeluarkan dari program MSN yang mana program MYA tidak mampu untuk menyediakan program berterusan dalam membina keyakinan atlet (pada dasarnya skill atlet adalah tinggi). Ini boleh diambil pengajaran dari bekas beberapa pelayar Optimist yang handal seperti Haidir dan Hafizan black. Walaupun begitu saya bersetuju dengan langkah MSN menarik diri dari menaja program Optimist...cumanya bagaimana langkah MYA mengatasi masalah ini. Harap-harap pencapaian dalam acara berpasukan ini akan menaikkan keyakinan atlet dan boleh beraksi cemerlang pada perlumbaan seterusnya kata orang lambat panas sooo buang buroklah dulu....heeehhee marah GM dengan ayat ni.
  2. Keputusan DSQ oleh Syukri pada pertandingan pertamanya adalah kerana tidak membuat penalti yang complete atas kesalahan penalti RRS 42 dan pelayar seorang lagi juga mendapat penalti atas kesalahan yang sama pada juga race 1. Keduanya ditangkap oleh juri yang sama dan atas kesalahan yang sama di garisan permulaan. Ini rasanya semasa isyarat mula diberikan dan rasanyua keduanya tidak begitu menyedari bukan (dengan niat) akan kesalahan yang dilakukan kerana ianya sudah menjadi style yang dilakukan. Lebih malang Efiezal ditangkap kali kedua yang ia tamat di tempat terbaiknya tempat ke-5 dan hasilnya ia terpaksa menerima DNE juga kesalahan di garisan permulaan. 
    1. Kesimpulan yang ingin saya highlightkan di sini adalah kesalahan di garisan permulaan adalah satu kesalahan yang paling kerap berlaku dalam kejohanan-kejohanan dalam negara dan akibatkannya pelayar membentuk karektor-karektor yang boleh melanggar peraturan seperti pelanggaran RRS 42. pelanggaran bot yang tidak siapa ambil peduli untuk membuat penalti. 
    2. Pernah beberapa tahun dahulu apabila IJ dari luar negara datang ia membuat protest terhadap banyak bot dan Bryan Willis juga pernah menimbulkan isu ini.... dan nampak senyap kejap.
    3. Kebelakangan ini perkara ini timbul kembali mewarnai pertandingan ranking dalam negara
    4. Apakah jalan penambahbaikan yang boleh kita lakukan memandangkan kejohanan ranking kita yang kebanyakannya sekarang dalam lingkungan 50 bot dan lebih, melibatkan pelayar senior dan pelayar baru yang boleh dikatakan kadang-kadang kesalahan dengan sengaja dilakukan oleh kedua-kedua belah pihak...satu tidak tahu undang-undang dan satu lagi tak ambil kisah budak baru dia takkan protest punya... Apakah perlu kepada pecahan fleet antara senior dan novis.
    5. Apakah Efiezal sedar ketika ia kena tangkap atas kesalahan RRS 42 untuk kali kedua dan apakah tindakan yang ia perlu lakukan? Atau ada perkara/hal lain yang berlaku ketika itu.
Apa-apa pun kepada pelayar-pelayar tahniah atas kecermerlangan yang telah anda capai...teruskan usaha dalam mencapai keputusan terbaik dalam acara berpasukan dan baki pertandingan individu yang ada. Pencapaian anda akan memberikan impak kepada program pembangunan perahu layar negara terutama bagi persediaan Sukan Asia 2014. Ayuuuooooh



4 ulasan:

  1. (Betulkan saya jika salah)
    Sistem yang digunakan oleh Jury dalam IODA WORLD NZL 2011 ini adalah sama sekali digunakan untuk acara-acara lain dalam acara yang berbeza, cuma pendekatan sistem ini tidak menjadi praktikal dalam semua kejohanan dalam Malaysia. Kita masih menggunakan Appendix P' didalam memberi pengajaran kepada pelayar-pelayar di Malaysia. Apa yang berlaku digunakan di dalam Kejohanan IODA WORLD ini adalah sesuatu yang normal untuk tahap Kejohanan Dunia seperti ini, Iaitu Pihak Jury diberi peranan untuk menangkap kesalahan-kesalahan pelanggaran bot semasa di Starting Line walaupun ianya tidak disengajakan.
    Sistem ini juga telah digunakan pada IODA WORLD tahun lepas iaitu di Malaysia, dan kita masih tidak sedar ataupun sedar sebenarnya ianya bukanlah sistem yang baru diperkenalkan.
    Saya cukup berharap sistem pihak Juri memberi penalti semasa di Starting Line di atas kesalahan undang2 Part 2 dapat digunakan di Kejohanan Malaysia bukan sahaja kepada Acara Optimist tetapi untuk acara-acara yang lain juga.

    Sekian,

    TanpaNama...

    "belajar tanpa berfikir tidak ada gunanya, berfikir tanpa belajar adalah berbahaya"

    BalasPadam
  2. Kurang faham dengan apa yang dikatakan oleh Tanpa Nama. Dalam kes yang berlaku di IODA World terhadap atlet negara kita terutamanya adalah masih sama di dalam tindakan juri di bawah Appendix P cumanya DSQ yang diperolehi oleh Syukri adalah termaktub dalam undang-undang Lampiran P klaus P2.1 iaiatu "ianya di Disqualfied tanpa hearing kerana tidak membuat penalti yang pertama disini apabila ianya membuat 1 pusingan sahaja sebagai contoh bermakna ianya tidak melakukan penalti seperti yang dikehendaki.
    Manakala bagi seorang lagi pelayar kita ianya mendapat DNE tanpa hearing kerana tidak membuat penalti bagi kesalahan kali kedua iaitu keluar dari perlumbaan tersebut di bawah klaus Appendix P2.2.
    Manakala untuk pihak juri memberi penalti di atas starting line untuk kesalahan undang-undang part2 saya tidak terlibat sepenuhnya semasa kejohanan IODA World di Malaysia jadi saya tidak boleh memberi response terhadap pelaksanaan undang-undang tersebut.
    Ianya bagi saya boleh dilakukan hanyalah apabila pindaan undang-undang RRS berkaiatan perkara tersebut dinyatakan di dalam SI dan ianya rasanya tidak termasuk di dalam undang-undang yang tidak boleh dipinda oleh Sailing Instruction (jika benar ianya telah digunakan).

    BalasPadam
  3. Harap pelayar yang mengambil bahagian dalam regatta perdana tidak mengamalman permainan kotor ini, Amaran...... Semua jury adalah IJ yang di bawa masuk, olehkerana Regatta Perdana adalah ISAF Grade 3 maka peraturan juga di perketatkan , jangan cuba nak tipu buruk padanya.

    BalasPadam