Jumaat, 6 Januari 2012

IODA Worlds keputusan Berpasukan - Singapura Juara


Kejohanan IODA World sudah memasuki fasa kedua. Hari ini pelayar-pelayar melupakan kehangatan dan debar pertandingan (rest day) dan semalam juga bagi negara yang tidak berjaya masuk ke pusingan ke-2. Berakhirnya acara berpasukan dengan menyaksikan pasukan SINGAPURA bergelar juara dunia yang baru bagi tahun 2011 setelah Thailand pada tahun lepas mengungguli acara ini.
Singapura yang tidak pernah tewas dari pusingan awal mendapat bye di separuh akhir menanti pasukan Peru di pertandingan akhir yang telah ditewaskannya semasa di pusingan ke-2 dan menang dengan kemenangan 2-1 (best of 2).
Pasukan Peru menghadapi saingan yang agak sukar setelah tewas kepada Malaysia di pusingan pertama sekali lagi mengalami kekalahan kepada Singapura pada flight ke-2 pusingan ke-2 sebelum selepas itu mara dengan membalas dendam kepada Malaysia diperingkat suku akhir sebelum berjaya kemudiannya mengatasi NED dan pada pusingan separuh akhir mengatasi THA.
Pasukan Thailand terpaksa berpuas hati di tempat ke-3 apabila tewas kepada pasukan Peru di separuh akhir. Berbekalkan 2 kemenangan awal pada flight pusingan ke-2, kalah kepada SIN dan bertemu dengan BRA di pusingan suku akhir sebelum mara ke separuh akhir.
Pasukan negara kita berjaya melepasi 2 halangan awal di pusingan ke-2 keatas SWE dan BRA sebelum tewas kepada THA dan terpaksa kemudiannya sekali lagi bertemu dengan Peru dan gagal mengekal kecemerlangan pada pusingan pertama, kalah kepada Peru yang mana kekalahan ke-2 ini menyingkirkan Malaysia untuk mara ke separuh akhir. Walaupun begitu syabas kepada barisan atlet negara kerana mereka merupakan antara 8 terbaik dunia dalam acara berpasukan ini.
Pelayar akan beraksi lagi besok untuk meneruskan acara individu yang baru 6 pertandingan sahaja dijalankan.

Keputusan Penuh Pusingan Ke-2 dan Final:



Tiada ulasan:

Catat Ulasan