Ahad, 8 Januari 2012

IODA World.....semakin mendebarkan peluang juara agak terbuka

Kejohanan Optimist IODA World semakin menuju ke penghujungnya dan besok adalah hari terakhir pertandingan dengan berbaki 4 pertandingan yang perlu dipertandingkan dan juga dengan 4 pertandingan maksima dapat dijalankan. Tiada kepastian dapat diberikan samada dapat dilengkapkan sebelum jam 1500 besok memandangkan kejohanan ini sentiasa sahaja tidak menentu dari tiada angin kepada keadaan PRO's terpaksa membatalkan jadual pertandingan kerana angin terlampau kuat.
Apa pun sehingga hari ini 11 pertandingan dapat dijalankan dan hanya 1 discard dilakukan menyaksikan peserta Singapura (Kimberly) berada di hadapan tetapi tidaklah begitu selesa. Tempat ke-2 peserta NED agak konsisten sepanjang kejohanan ini sentiasa berada di top-5. Tempat ke-3 seorang lagi peserta Singapura Ryan Lo yang juga sentiasa konsisten, Ke-4 peserta Peru dan ke-5 peserta Chile.
Peserta kita Ahmad Syukri beraksi kurang menarik pada 1 pertandingan pada hari ini menyaksikan ia jatuh dari tempat ke-2 semalam ke tempat ke-6. Pada 2 baki pertandingan terakhirnya lebih baik dengan 6 dan 3.
Walaupun begitu Syukri masih lagi berpeluang untuk menjadi juara jika beraksi cemerlang pada baki pertandingan besok. Jika dibuang discard lagi 1 race terburuk lagi para peserta 7 peserta berpeluang menjadi juara dunia (Ryan Lo-SIN, Kimberly-SIN, Syukri-MAS, Bart Lambriex -NED, Wade Waddel-USA,  Francisco Ducasse-Chile dan Javier Arrabas - PER). Dengan Ryan Lo agak cerah untuk menjadi juara dunia dengan 43 mata selepas 2 discard diikuti Kimberly, Syukri dan Bart Lambriex; tetapi seperti yang saya katakan 4 pertandingan berbaki besok kesemua mereka perlu konsisten berada pada top 10 atau lebih cerah berada pada top 5 dan mengelak dari mendapat lebih dari tempat ke-10 akan mencerahkan peluang mereka.

Kita berharap Syukri dapat lebih cool dan dapat beraksi dengan lebih cemerlang esok.
Manakala itu apa pula dah jadi dengan lain-lain pelayar Malaysia yang lain? Nampaknya peluang Isan untuk berada sekurang-kurangnya dalam 15 terbaik dunia agak samar dan mungkin boleh berada antara 25 terbaik sahaja.

Amirul Idham agak hanyut dipertengahan fleet sekarang di tempat ke 123. Efiezal pula disuku terakhir fleet  ke-168 dan pelayar program 2014 kita (Dhiauddin) di tempat 194 dari 210 peserta. Keputusannya pada hari ini seperti tidak menghabis atau tidak turun beraksi dalam keadaaan angin yang kuat bertiup pada hari ini.

So kita tunggu....esok.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan