Isnin, 16 Januari 2012

Berita baik yang tak begitu baik - Pengambilan atlet kebangsaan baru


Untuk pengetahuan, makluman dan tidakan semua warga yang berminat. Persatuan Pelayaran Malaysia (PPM alias MYA) dengan kerjasama Majlis Sukan Negara Malaysia (MSN) telah bersetuju untuk membuat pengambilan baru atlet kebangsaan. Surat makluman tersebut telah di keluarkan kepada persatuan-persatuan negeri melalui email siang tadi. Kepada yang ingin mengetahuinya dengan lebih terperinci bolehlah mengikutinya di link ini. ataupun seperti biasa di quick download.

Mengikut surat tawaran yang dikeluarkan:
  1. Pemilihan akan diadakan semasa Kejohanan Regatta Perdana Antarabangsa Langkawi (RPAL) dan juga
  2. termasuk pencapaian-pencapaian yang lepas. 
  3. Kelas yang ditawarkan dan juga had limit umur yang ditetapkan;
  4. BIL
    KELAS BOT
    LELAKI
    WANITA
    UMUR
    1
    Optimist
    4 orang
    2 orang
    Berumur bawah dari 13 tahun (Tahun 2012)
    2
    International
    420
    2 orang (Crew)
    1 orang (Helm)
    2 orang (Crew)
    1 orang (Helm)
    Umur bawah 16 tahun (Tahun 2012)
    3
    Laser 4.7

    Tiada
    1 orang
    Umur bawah 16 tahun (Tahun 2012
    4
    Windsurfing
    2 orang
    2 orang
    Umur bawah 14 tahun (Tahun 2012)
  5. Bagi kelas windsurfing masih belum diputuskan sepenuhnya dan masih menunggu kata putus MSN
  6. Juga menyatakan yang pelayar yang hadir pada kejohanan RPAL sahaja dipertimbangkan bermakna yang tak hadir tidak akan dipertimbangkan.
  7. Lain-lain kriteria yang akan diambil kira:
    1. Kedudukan Ranking Kebangsaan terkini
    2. Kesesuaian bentuk badan (Berat dan Tinggi)
    3. Minat dan disiplin
    4. Kesihatan
    5. Kekuatan fizikal
    6. Kekuatan mental
  8. Dan yang terakhir sekali final word datang dari jawatankuasa pemilihan - yang masih ku ragui dan sangsi ketelusannya berdasarkan pemilihan-pemilihan atlet ke sesuatu aktiviti pada masa-masa lepas. 
Komen dan Pendapat. Kenapa saya katakan berita baik tetapi tak berapa baik:
  1. Bagi kelas Optimist rasanya tiada apa-apa komen semuanya dah berjalan secara lancar sejak dari mereka berumur seawal 9-10tahun jadi track record dan pencapaian mereka boleh di nilai tetapi bagi kelas-kelas lain agak rumit rasanya.
  2. Pencapaian apa yang lepas-lepas nak ditengok akan pencapaian mereka bagi kelas-kelas lain. Had limit umur yang ditetapkan adalah pelayar-pelayar yang lepasan Optimist  tahun lepas dan tiada track rekod atlet-atlet ini dalam kelas yang nak dipilih kecuali segelintir atlet sahaja.
  3. Program negeri bukannya base kepada keriteria pemilihan yang ditetapkan oleh MYA/MSN tetapi lebih kepada persediaan SUKMA dan rasanya amat sedikit yang menyediakan atlet seawal umur itu kecuali bagi bekas atlet Optimist kebangsaan yang berada di PLPLK Langkawi.
  4. Jadi makluman yang diberikan agak terlampau lewat diumumkan untuk negeri menyediakan atlet mereka, kalaulah dari hujung tahun dahulu dimaklumkan adalah lebih baik untuk sekurang-kurangnya bolehlah negeri-negeri yang mempunyai atlet-atlet optimist berbakat pada tahun lepas lebih bersedia dan akan mendapatkan persaingan atlet yang lebih hangat.
  5. Selain itu persatuan negeri juga akan mengalami masalah peruntukan untuk menghantar peserta-peserta muda ini bagi negeri yang bergantung sepenuhnya kepada MSN negeri masing-masing yang pada tahun ini kebanyakannya telah menghadkan atlet kepada atlet SUKMA sahaja.
  6. Tetapi setidak-tidaknya bolehlah menyelamatkan bekas atlet Optimist sedia ada untuk mereka meneruskan kecermerlangan mereka dalam kelas-kelas lain selepas itu dengan program latihan sepenuh masa supaya fasa transition berlaku lancar.
  7. Juga tidak dinyatakan bilakah pengambilan akan dilakukan apakah secara terus akan diserapkan atau pun beberapa bulan selepas itu, apakah nak dibuat selepas SUKMA ke?
  8. Bagaimana pulak hendak dinilai akan kriteria-kriteria yang hendak dilihat itu termasuk ranking terkini kalau tiada ranking mereka (kelas lain selain Optimist) bagaimana cara penilaian hendak dilihat terhadap faktor-faktor lain kekuatan fizikal sebagai contohnya dari mana data yang hendak didapatkan?
  9. Pada pandangan saya berdasarkan kepada had limit umur yang ditetapkan maka penambahbaikan diperlukan di dalam memilih atlet-atlet ini berdasarkan kepada keperluan masa mereka akan diserapkan. Contoh yang boleh diguna pakai:
    1. Kalaulah ada atlet yang hadir dalam kejohanan RPAL (saya percaya bagi kelas Optimist tiada masalah) maka ambil sekali ganda dari yang dikehendaki dan adakan dulu kem pemilihan.
    2. Bagi kelas-kelas lain jika tiada maka adakan juga kem pemilihan dengan menawarkan kepada persatuan-persatuan negeri. Tentukan had limit penyertaan 
    3. Dari sini barulah diadakan sesi pemilihan yang sebenarnya dan dapatkan data-data yang diperlukan dari faktor-faktor yang ditetapkan termasuklah mengadakan pemeriksaan kesihatan dan ujian kecergasan.
    4. Ini juga akan memberi sedikit masa dan ruang bagi negeri-negeri menyediakan atlet.
Apamacam....macam-macam....macam mana....macam yang terbaiklah.....itu macamlah kita mau.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan