Jumaat, 13 Januari 2012

Maklumat acara MYA

Beberapa acara yang terdapat di kalendar MYA telah pun dihebahkan notis aktivitinya (NOR & NOC)
  1. NOR untuk RPAL/LIRP telah pun lama keluar bersama dengan notis
  2. ASC (untuk tindakan negara luar, untuk dalam negara pemilihan adalah semasa kejohanan RPAL jom hangatkan kejohanan pemilihan)
  3. NOC untuk klinik LITC: untuk kelas Optimist dan Laser
  4. NOR untuk Kejohanan PPLNPP-PSC 
  5. NOR Perak Open
Jadi kepada yang belum mendapatkan maklumat terkini bolehlah mendapatkannya.

Kehangatan 2012 akan mula terasa dengan kejohanan pertamanya sedang berlangsung di Langkawi bertempat di RLYC. Walaupun acara ini untuk keel boat tetapi dengan adanya national match racing ranking circuit yang mengikut jadual akan berlangsung pada 06 - 08hb Februari maka kejohanan yang sedang berlangsung ini akan menjadi sebagai pembuka acara/pemanas badan untuk keelboat event. Beberapa isu berkenaan dengan national match racing ini masih menjadi tandatanya dan tiada makluman dan hebahan kepada warga pelayaran.
  1. Format pertandingan yang akan dijalankan
  2. Notis pertandingannya masih lagi tidak kelihatan
  3. Kelas apakah yang akan dipertandingkan di Langkawi nanti
  4. bagaimanakah pendaftran untuk pasukan-pasukan yang akan mengambil bahagian
  5. dan banyak lagi isu-isu yang pernah dibangkitkan dalam blog ini sebelum ini begitu juga dengan komen-komen balas yang pernah diberikan oleh pelayar
  6. ataupun saya terlepas pandang....so bagi sesiapa yang ada maklumat terkini bolehlah kita syer bersama...ade ke?
Begitu juga dengan kejohanan ranking regatta. Semasa di kejohanan kebangsaan 2011 berlaku beberapa perkara/keputusan yang agak mengecewakan kita:
  1. Kenapa hanya acara Optimist sahaja yang dikira ranking pada tahun 2011 dan kelas-kelas lain tidak diambilkira. Ini sungguh mengecewakan bagi kita yang ingin melihat bukan sekadar Optimist sahaja yang menjadi keutamaan pembangunan sukan perahu layar negara, malah kita nak gah secara keseluruhannya terutamanya untuk kelas-kelas selepas Optimist membawa kepada Olympic Class. Mentaliti ini (melihat kepada kelas Optimist semata-mata) perlu diubah segera terutamanya untuk individu yang berada di dalam badan induk.
  2. Sedangkan tahun sebelumnya ranking ada dikeluarkan ini menunjukkan bukan maju ke depan tetapi berundur ke belakang. Siapakah yang bertanggung jawab terhadap ranking kebangsaan? Apakah usaha yang telah dilakukan?
  3. Langkah ini tidak memajukan sukan pelayaran terutama bagi kelas-kelas double handed, windsurf dan juga kelas-kelas Olimpik.
  4. Alasan yang diberikan juga adalah tidak meyakinkan dan alasan lepas tangan seolah tiada apa-apa yang dilakukan oleh MYA untuk mengawal selia ranking kebangsaan ataupun sebenarnya tiada orang yang ambil tahu sedangkan setiap kali kita pergi ke kejohanan banyak orang yang bercakap bagi pihak MYA dengan pelbagai versi.
  5. Semasa kejohanan kebangsaan juga dijanjikan yang kajian semula akan dilakukan terhadap ranking kebangsaan ini, apakah tindakan yang telah dilakukan?
Kejohanan pembuka tirai akan bermula dan sehingga April sahaja sudah ada 3 kejohanan. Kita nak lihat satu perubahan dilakukan kerana kita lihat buat masa sekarang acara bagi kelas-kelas lain hanya dijalankan oleh negeri sahaja itupun atas alasan persediaan SUKMA kalau tak ada SUKMA lagi hancus. Sumbangan MYA kita nak bukan sekadar nak memastikan acara tu ada dalam SUKMA (tu pun sampai kini acara windsurf masih lagi menjadi tanda tanya akan acaranya) tetapi melakukan sesuatu untuk menarik minat persatuan anak negeri bersama-sama memberi komitmen dan merancakkan pembangunan sukan perahu layar secara keseluruhannya bagi mencapai kecemerlangan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan