Memaparkan catatan dengan label Info - Aktiviti MYA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Info - Aktiviti MYA. Papar semua catatan

Jumaat, 13 Januari 2012

Maklumat acara MYA

Beberapa acara yang terdapat di kalendar MYA telah pun dihebahkan notis aktivitinya (NOR & NOC)
  1. NOR untuk RPAL/LIRP telah pun lama keluar bersama dengan notis
  2. ASC (untuk tindakan negara luar, untuk dalam negara pemilihan adalah semasa kejohanan RPAL jom hangatkan kejohanan pemilihan)
  3. NOC untuk klinik LITC: untuk kelas Optimist dan Laser
  4. NOR untuk Kejohanan PPLNPP-PSC 
  5. NOR Perak Open
Jadi kepada yang belum mendapatkan maklumat terkini bolehlah mendapatkannya.

Kehangatan 2012 akan mula terasa dengan kejohanan pertamanya sedang berlangsung di Langkawi bertempat di RLYC. Walaupun acara ini untuk keel boat tetapi dengan adanya national match racing ranking circuit yang mengikut jadual akan berlangsung pada 06 - 08hb Februari maka kejohanan yang sedang berlangsung ini akan menjadi sebagai pembuka acara/pemanas badan untuk keelboat event. Beberapa isu berkenaan dengan national match racing ini masih menjadi tandatanya dan tiada makluman dan hebahan kepada warga pelayaran.
  1. Format pertandingan yang akan dijalankan
  2. Notis pertandingannya masih lagi tidak kelihatan
  3. Kelas apakah yang akan dipertandingkan di Langkawi nanti
  4. bagaimanakah pendaftran untuk pasukan-pasukan yang akan mengambil bahagian
  5. dan banyak lagi isu-isu yang pernah dibangkitkan dalam blog ini sebelum ini begitu juga dengan komen-komen balas yang pernah diberikan oleh pelayar
  6. ataupun saya terlepas pandang....so bagi sesiapa yang ada maklumat terkini bolehlah kita syer bersama...ade ke?
Begitu juga dengan kejohanan ranking regatta. Semasa di kejohanan kebangsaan 2011 berlaku beberapa perkara/keputusan yang agak mengecewakan kita:
  1. Kenapa hanya acara Optimist sahaja yang dikira ranking pada tahun 2011 dan kelas-kelas lain tidak diambilkira. Ini sungguh mengecewakan bagi kita yang ingin melihat bukan sekadar Optimist sahaja yang menjadi keutamaan pembangunan sukan perahu layar negara, malah kita nak gah secara keseluruhannya terutamanya untuk kelas-kelas selepas Optimist membawa kepada Olympic Class. Mentaliti ini (melihat kepada kelas Optimist semata-mata) perlu diubah segera terutamanya untuk individu yang berada di dalam badan induk.
  2. Sedangkan tahun sebelumnya ranking ada dikeluarkan ini menunjukkan bukan maju ke depan tetapi berundur ke belakang. Siapakah yang bertanggung jawab terhadap ranking kebangsaan? Apakah usaha yang telah dilakukan?
  3. Langkah ini tidak memajukan sukan pelayaran terutama bagi kelas-kelas double handed, windsurf dan juga kelas-kelas Olimpik.
  4. Alasan yang diberikan juga adalah tidak meyakinkan dan alasan lepas tangan seolah tiada apa-apa yang dilakukan oleh MYA untuk mengawal selia ranking kebangsaan ataupun sebenarnya tiada orang yang ambil tahu sedangkan setiap kali kita pergi ke kejohanan banyak orang yang bercakap bagi pihak MYA dengan pelbagai versi.
  5. Semasa kejohanan kebangsaan juga dijanjikan yang kajian semula akan dilakukan terhadap ranking kebangsaan ini, apakah tindakan yang telah dilakukan?
Kejohanan pembuka tirai akan bermula dan sehingga April sahaja sudah ada 3 kejohanan. Kita nak lihat satu perubahan dilakukan kerana kita lihat buat masa sekarang acara bagi kelas-kelas lain hanya dijalankan oleh negeri sahaja itupun atas alasan persediaan SUKMA kalau tak ada SUKMA lagi hancus. Sumbangan MYA kita nak bukan sekadar nak memastikan acara tu ada dalam SUKMA (tu pun sampai kini acara windsurf masih lagi menjadi tanda tanya akan acaranya) tetapi melakukan sesuatu untuk menarik minat persatuan anak negeri bersama-sama memberi komitmen dan merancakkan pembangunan sukan perahu layar secara keseluruhannya bagi mencapai kecemerlangan.


Sabtu, 31 Disember 2011

MYA Sailing & Events Calendar

Posting ini ingin memaklumkan berkenaan dengan MYA Sailing Calendar yang dalam perancangan akhir untuk dikeluarkan. Samada ianya telah putuskan oleh MYA atau belum tidaklah pasti...khabarnya masih menunggu feedback dari negeri-negeri dan beberapa negeri dah memberi responsed balas.
Saya memaparkannya dikiri blog ini sebagai panduan, memastikan pelaksanaannya samada berjaya dilakukan atau tidak dan sebagainya.
Dalam masa yang sama saya sedang usahakan untuk memasukkan NOR dan keputusan bagi setiap kejohanan pada masa yang akan datang insyaallah....baru belajar ma...!
Kalau kita lihat sama seperti tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya kalendar yang dikeluarkan amatlah padat, berguna dan rasanya mampu untuk meningkatkan mutu pelayaran secara sedikit demi sedikit. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini dengan berjayanya beberapa event mendapat ISAF Graded adalah satu langkah lagi kita menapak ke hadapan terutamanya dalam mendapatkan kehadiran-kehadiran beberapa pelayar luar negara bagi meningkatkan mutu dan tahap pelayaran. Pihak pengurusan kejohanan yang mendapat ISAF Graded perlulah berusaha keras untuk mendapatkan penyertaan negara luar (antara peraturan untuk mendapatkan graded event) dan MYA juga hendaklah dalam masa yang sama membantu mereka setakat yang termampu terutamanya dari segi sokongan dan promosi. Rasanya dengan adanya kejohanan ASC di negara kita KFC-RPAL tidak begitu susah untuk mendapatkan penyertaan luar negara, tetapi bagaimana tahun-tahun mendatang?
Komen dan kritiknya:
  1. Kita tidak banyak menghadapi masalah untuk mendapatkan kejohanan-kejohanan negeri seperti yang terdapat dalam kalendar dan kebanyakannya berlangsung dengan baik hanya berlaku perubahan tarikh dan mutu kejohanan sahaja yang boleh kita pertikaikan.
  2. Tetapi yang menjadi masalahnya adalah klinik-klinik yang bakal dianjurkan kalau dilihatkan banyak juga acara yang dirancang pada tahun ini tetapi banyak juga yang tidak menjadi. Terdapat kira-kira 12 acara klinik atau kursus-kursus yang dimasukkan pada tahun depan dan kita paling mengharapkan agar klinik sailing dan coaching course akan benar-benar dapat dijalankan bukan sekadar ada dalam kalendar sahaja. 
  3. Tahniah kepada MYA terutamanya atas usaha keras GM kita dan the geng (ada geng ke atau alone ranger) berjaya merangka untuk menganjurkan beberapa klinik terutamanya bagi kelas-kelas Olimpik seperti Int 470 dan Laser, cuma kalau boleh biarlah mendapat coach-coach yang benar berkesan yang mampu memahami kedudukan kita sekarang ini dan mampu membawa lebih jauh ke depan.
  4. Kejohanan National Match Racing Cicuit masih lagi kabur berkaitan dengan pelaksanaan terutama berkaitan dengan polisi-polisi dan peraturan-peraturan pertandingan adakah ianya akan menjadi seperti ranking kebangsaan...kaburrrr.
  5. Kejohanan Asian Sailing Championship juga agak menggusarkan dengan tahap persediaan negara sekarang sudah berada pada peringkat mana terutama dengan pengurusan-pengurusan untuk menerima pasukan-pasukan luar termasuk peralatan mereka, kedudukan bot-bot yang akan digunakan termasuk dengan bot-bot berenjin untuk kegunaan kejohanan. Pemilihan atlet juga masih lagi tiada ketetapan dan apakah sekali lagi keputusan adhoc akan dilakukan dalam proses pemilihan tanpa ada polisi dikeluarkan seperi mana kejohanan IODA World yang sedang berlangsung sekarang ini. Apa-apa pun surat yang dikeluarkan oleh MYA bolehlah digunapakai walaupun terdapat percanggahan antara kategori-kategori pemilihan dan juga tiada ketetapan yang diputuskan. Juga tiada sumber-sumber untuk kita mengetahui maklumat-maklumat yang boleh diakses mengenai kejohanan ini melalui website oleh semua terutama panduan-panduan untuk negara luar mengenai kejohanan ini termasuk panduan untuk dan keadaan di venue kejohanan Langkawi. Ambik ABG sebagai contohnya sekurang-kurangnya pendaftarannya juga boleh di dapati melalui website kejohanan. Kita??/ siapakah yang dipertanggungjawabkan? mungkin sudah ada cuma kita tak tahu?
  6. LITC Sailing Clinic dan Int Coaching Course yang akan diadakan pada bulan Julai selepas kejohanan SUKMA mungkin tidak sesuai tarikhnya kerana pada masa ini amat sukar untuk mendapatkan peruntukan melainkan kalau acara ini ditaja sepenuhnya oleh MYA. Pada masa ini hanya sesuai diadakan klinik untuk kem bakat bagi Optimist, Laser 4.7 dan Windsurf sahaja. Manakala LITC Sailing Clinic dan International Coaching yang rasanya sangat menarik dan penting itu di bawa ke hujung tahun semasa cuti sekolah mungkin selepas Perlis Open sebelum kejohanan kebangsaan meruapakan masa yang baik dan MYA patut memikirkan untuk memberi subsidi atau bantuan kepada persatuan negeri untuk menyertainya. Ini cuma pandangan ajelah takut nanti hanya menjadi hiasan dalam kalendar sahaja.
  7. Terdapat juga pindaan kepada tarikh kejohanan yang akan ditentukan kemudian samada batal atau tunda tarik belum diputuskan iaitu 4th KFC- Lumut Open. Ini rasanya boleh kita fahami apabila melihat wujudnya 1st KFC Perak Open, bermakna Perak kini menganjurkan sendiri kejohanannya di bawah persatuan negeri bukan lagi melalui RMNYC. Dan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan penganjuran 4th KFC-Lumut dari segi peruntukan kewangan. dalam hal ini saya tak ingin komen banyak sangat cuma berpandangan rasanya sudah sampai masanya MYA dan RMNYC/MAFSA melangkah ke depan dengan mengadakan perbincangan merangka program yang lebih jitu membangunkan kelas-kelas Olimpik iaitu kelas Int 470 dan Laser seperti sebagai contohnya langkah awal menggabungkan kejohanan 4th Match Racing Circuit dengan mengadakan pertandingan kelas Int 470 dan Laser Standard/Radial atau idea-idea yang berkaitan dengan pembangunan kelas ini. Manakala bantuan KFC cadangnya disalurkan melalui MAFSA dan kalau perlu kepada pertandingan KFC-MAFSA yang boleh diadakan bergilir-gilir antara persatuan perkhidmatan ATM ini ataupun sebaliknya putuslah baik-baik melalui perbincangan.
  8. Ada lagi.......hehhe..tunggu...

Ahad, 11 Disember 2011

ISAF Sailing World Championship 2

Selepas berakhirnya 10 pertandingan di Kejohanan Kelayakan Olimpik ISAF Sailing World Championship dengan berbaki hanya medal race yang belum dipertandingkan keputusan negara-negara yang layak ke Olimpik pada kelayakan pertama ini telah pun diketahui. Sedutan berikut adalah dipetik dari laman sesawang kejohanan menceritakan serba ringkas:

After the fleet split 18 nations had guaranteed their Women's RS:X places with 20 of the 28 Olympic spots on offer in Perth, Hungary join them as do Greece after Angeliki Skarlatou took the 19th place.

Twenty five of the 29 Olympic spots available at Perth 2011 in the Laser Radial were decided following the fleet split leaving four available for Silver fleet sailors to fight over. Singapore's Elizabeth Yin, Portugal's Sara Carmo, Japan's Kanako Hiruta and Norway's Marthe Enger Eide all qualified their nation.

St. Lucia's Beth Lygoe came close to qualifying her nation but finished 14 points off the Norwegian. With nine of the further 39 spots available at the Laser World Championship next year, Lygoe, and all the other nations have a second chance to qualify for the London 2012 Olympic Sailing Competition.

Ahead of the final day in the Men's 470 Gold fleet 24 nations were fighting for 19 London 2012 places available in Perth. In the end Argentina, Australia, Austria, Canada, China, Croatia, Spain, Finland, France, Germany, Greece, Israel, Italy, Japan, the Netherlands, New Zealand, Portugal, Sweden and the USA all came through strong to take Olympic spots.

And in the Finn class, Australia, Brazil, Canada, Croatia, Denmark, Spain, Estonia, Finland, France, Greece, Italy, the Netherlands, New Zealand, Russia, Slovenia, Sweden, Ukraine, and the USA took the 18 London 2012 spots up for grabs at Perth 2011.
Find out more on the Olympic Qualification system here.
Story courtesy of ISAF.

Apakah pencapaian yang dicapai oleh pelayar kita bagi kelas Int 470 M dan Laser Radial. Seperti yang semua sedia maklum keadaan angin dan ombak di Australia merupakan halangan utama kepada atlet-atlet negara berdasarkan apa yang kita lihat dari luar akan corak persediaan mereka sepanjang tahun ini disamping sangat mentah dengan pengalaman dalam kelas bot mereka dan dengan usia muda mereka berbanding dengan pelayar-pelayar yang berjaya layak atau pelayar yang berada dalam gold fleet. Usia dan pengalaman yang kurang ini sebenarnya boleh diadun dengan lebih baik supaya mereka boleh pergi lebih jauh sekurang-kurangnya. Kat sini saya terlihat keputusan pelayar dari Hong Kong dalam kelas Int 470. Si Sakai Isamu ini asalnya belayar dengan 420 terjun ke Laser (Radial) dan akhirnya ke kelas Int 470 itu pun hanya sedikit awal berbanding dengan pasangan kita mungkin 1 tahun lebih sedikit. Keputusannya tidak berapa bagus tetapi pencapaian setiap race agak konsisten. Apa yang menarik perhatian saya disini adalah apakah dan bagaimanakah program yang dijalankan oleh pelayar HKG ini? Jangan nak banding dengan pelayar Singapore tak terikut kita...

Akhirnya bagaimanakah kedudukan dan harapan pelayar kita dalam mengejar impian ke Olimpik? Dimanakan slot mereka sekarang? Apakah langkah-langkah proaktif dan progresif yang akan dirangka dan akan diambil? Apakah akan ada kesedaran oleh payung sukan pelayaran kita untuk membuat pergerakan yang lebih besar dan komprehensif....

Apa-apa pun ibarat perang bendera putih belum dinaikkan, kita masih ada Laser Standard dengan Nizam dan Romzi serta pasangan Khairunnisa dan Norashikin untuk kelas Int 470 Women yang belum mengangkat senjata. Mereka berada di perth lebih lama berbanding dengan dengan kawan-kawan mereka, tentunya peluang itu telah dipergunakan sepenuhnya untuk merancang apakah teknik dan strategi terbaik yang akan digunakan...Harap angin juga akan memihak kepada kita setelah bertiup agak kencang sebelum ini. All the best....

Isnin, 5 Disember 2011

ISAF Sailing World Games

ISAF Sailing World Games sedang berlangsung di Perth Australia. Malaysia menghantar beberapa peserta atlet kebangsaan. Senarai atlet Malaysia yang ikut bertanding saya dapat dari blog coach Sahir (CS pelayaran) adalah seperti berikut:
  1.  Mohd Romzi Bin Mohammad– Laser Standard
  2.  Khairulnizam  Bin Mohd Afendy – Laser Standard
  3. Ku Anas  Bin Ku Zamil & Mohd Hafizzudin Bin Mazelan – International 470(Men)
  4. Khairunissa  Bt Mohd Afendy & Nurasyikin bt Mohd Sayed – International 470(Women)
  5. Nur Amirah Bt Hamid – Laser Radial
  6. Khairunneeta  Bt Mohd Afendy – Laser Radial
Apakah yang penting dengan pertandingan ini....mungkin ada antara kita warga pelayaran terutamannya yang tak tahu bahawa pertandingan ini adalah pertandingan kelayakan bagi Sukan Olimpik 2012, ada yang tahu tapi tak mahu ambik tahu. Jangan sampai komiti AJK MYA pun tak tahu...kura-kura dalam perahu....sembunyikan kepala...memang tak tahu.


Jadik bagi sesiapa yang ingin..nak ambik tahu boleh mengikutinya di laman web resmi kejohanan http://www.perth2011.com. Sehingga berita ini dipostkan hanya keputusan bagi kelas Int 470 Men dan Laser Radial Women sahaja yang telah keluar (pertandingan melibatkan atlet kita). Keputusan sehingga kini tidaklah begitu memberangsangkan tetapi kita tunggu sehingga hari-hari berikutnya.


Beberapa soalan bonus kalau anda benar-benar mengikuti perkembangan sukan pelayaran negara:
  1. Berapakah slot untuk setiap kelas bagi acara sukan Olimpik yang melibatkan atlet negara kita?
  2. Berapa negarakah yang akan terpilih melalui kejohanan ini adakah semua slot atau berapa %?
  3. Bagaimana cara-cara pemilihan melalui keputusan kejohanan ini?
  4. Berapa negara yang mengambil bahagian pada kejohanan  ini?
  5. Atlet negara kita berada pada kedudukan ke berapa mengikut bilangan negara? Adakah anda benar-benar mengambil tahu....
  6. Pada pandangan anda adakah peluang atlet kita untuk terpilih ke Sukan Olimpik?
  7. Lihatkan perbezaan atlet negara kita dengan atlet negara asia/asean yang lain dan komen anda
Komen jangan tak komen...Khabarnya GM MYA juga sedang berada Perth jadi mungkin ada komen dan berita 'dari meja GM'.

Ahad, 20 November 2011

Salam..dari Jakarta

Sorry lama tak berposting..macam-macam alasan yang direkacipta:
  1. Terlampau sibuk dengan aktiviti berterusan terutama dengan aktiviti pelayaran di tempat saya..
  2. Lat top sejak kebelakangan ini meragam dan  mogok dah beberapa kali tak boleh on screen blank aje. Ini dah 2 hari berturut-turut baru ok terus ambik peluang.
  3. Kejohanan Johor Open juga telah berlalu tanpa apa-apa posting dan kini Terengganu Open sedang berlangsung dan menuju ke penghujungnya.
  4. dan lain-lain kesibukan demi kesibukan 
  5. dan alasan yang sebenar-benarnya kemalasan yang membaluti diri kebelakangan ini.
Apa-apa pun khabar dari Indonesia di sampaikan di sini. Kejohanan baru sahaja berakhir. Pencapaian kita nampak kurang memberangsangkan, hanya memenangi 1 perak dan 3 gangsa. Saya dimaklumkan yang pasukan mensasarkan 2 emas pada kejohanan kali ini menyamai pencapaian semasa Sukan Sea lepas yang disertai oleh sukan pelayaran di Korat Thailand.


Medal Tally For Sailing
                                                                                  

Country
Emas
Perak
Gangsa
Overall Medal
   Thailand
4
3
1
8

   Singapore
4
1
3
8
   Indonesia
1
2
1
4

   Malaysia
0
1
3
4
   Philippines
0
1
1
2

   Myanmar
0
1
0
1
Grand Total
9
9
9
27

Perak diperolehi melalui Mohd Romzi melalui acara Laser Radial Men
3 Gangsa diperolehi melalui:
  1. Nur Amirah Hamid - Laser Radial Women
  2. Ku Anas Ku Zamil dan Mohamad hafizudin Mazelan melalui acara Int 470 Lelaki dan
  3. Mohd Shukri 'Kiki' Abd Aziz melalui acara Optimist Open
Walaupun tidak mencapai target yang disasarkan, tahniah diucapkan kepada pelyar-pelayar dan keseluruhan pasukan. Komen saya senang sahaja. Anda mendapat setimpal dengan apa yang anda telah usahakan. Kalau kita berkata kita dah bersedia sebaiknya pasukan yang berada di atas kita mungkin berusaha 2 kali lebih dari kita ataupun mungkin triple...Kalau saya ingatkan balik apa ynag dikatakan oleh MYA semasa AGM awal tahun lalu maka layaklah apa anda perolehi????Kalau hendak di buat post mortem jangan menumpukan kepada atlet...dan jurulatih sahaja..lihatlah kepada keseluruhannya...programnya...bandingkan dengan negara lainnya..jangan bandingkan dengan sukan lain jangan bandingkan dengan bola...dengan badminton dengan ski air...
Apa-apa pun kita tunggu komen dari coach-coach kita dari Jakarta..sedang memantau cs.pelayaran nih...belum ada khabar berita.

Khamis, 20 Oktober 2011

National Circuit Match Racing

Berlanjutan posting semalam berikut adalah maklumat berkaitan yang saya katakan diterima dari MYA. Adakah ianya bermakna pada tahun hadapan MYA dalam langkah awal akan mengambil alih penganjuran acara match racing MMRC dan mungkin seterusnya AMRC dan WMRC Monsoon Cup? Ianya bermula dengan kerjasama dari syarikat T-Best yang sebelum ini menjadi penganjur bagi ketiga-tiga acara tersebut.

Juga bermakna tidak lagi seperti tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya maka setiap pasukan yang berhajat untuk mengambil bahagian dalam Malaysian Match Racing Championship (MMRC) bagi kelayakan World Match Racing Championship (WMRC) Monsoon Cup perlulah mengikuti circuit kebangsaan ini kerana hanya 8 pasukan terbaik keputusan 4 ranking tersebut sahaja layak ke MMRC.

Jadi setiap team yang hendak dibentuk perlulah bekerja sekarang memikirkan perihal sponsor, program latihan dan pertandingan serta pelepasan majikan/sekolah/institusi dan juga lain-lainnya. MYA juga perlu memikirkan apakah setiap pasukan yang berdaftar hanyalah nama pasukan atau nama pasukan dan skipper sahaja perlu berdaftar sebagai pasukan pada kesemua circuit atau kesemua ahli pasukan perlu berada pada setiap circuit tanpa boleh ditukar. Memandangkan komitmen untuk menjayakan acara match racing ini agak besar dan ada peserta yang berkemungkinan tidak dapat mengambil bahagian sebagai contohnya kita lihat team Hazim baru-baru ini, tidak dapat menyertai AMRC apabila crewnya tidak mendapat pelepasan cuti.

Berikut saya sertakan suntingan daripada email yang dihantar ke email box saya.

Tarikh : 18 Oktober 2011



Kepada : Semua Setiausaha Kehormat Persatuan Negeri dan Kelab



YBhg.Dato' /Tuan dan Puan yang dihormati,



 KALENDAR SUKAN PERAHU LAYAR TAHUN 2012



Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.



2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pelayaran Malayasia dengan kerja sama Syarikat T-Best Sdn Bhd akan menganjurkan “Circuit Match Racing” pada tahun 2012. Bagi tujuan tersebut Sebanyak Empat kejohanan KFC  Peringkat negeri telah dipilih seperti  berikut:

1.     KFC Langkawi International Regatta Perdana -Kedah
2.     KFC Lumut Open Regatta - TLDM
3.     KFC Selangor Open Regatta - RSYC
4.     KFC Terengganu Open Regatta – Tereangganu


Kesemua 4 kejohanan ini adalah ranking kebangsaan bagi kelayakan ke pertandingan akhir  iaitu  "Malaysia Qualifier". Hanya 8 pasukan terbaik sahaja yang akan layak ke pusingan akhir. Bagi pasukan yang tidak mengikuti circuit ini tidak di benarkan mengambil bahagian dalam Malaysia Qualifier .