Isnin, 5 Disember 2011

ISAF Sailing World Games

ISAF Sailing World Games sedang berlangsung di Perth Australia. Malaysia menghantar beberapa peserta atlet kebangsaan. Senarai atlet Malaysia yang ikut bertanding saya dapat dari blog coach Sahir (CS pelayaran) adalah seperti berikut:
  1.  Mohd Romzi Bin Mohammad– Laser Standard
  2.  Khairulnizam  Bin Mohd Afendy – Laser Standard
  3. Ku Anas  Bin Ku Zamil & Mohd Hafizzudin Bin Mazelan – International 470(Men)
  4. Khairunissa  Bt Mohd Afendy & Nurasyikin bt Mohd Sayed – International 470(Women)
  5. Nur Amirah Bt Hamid – Laser Radial
  6. Khairunneeta  Bt Mohd Afendy – Laser Radial
Apakah yang penting dengan pertandingan ini....mungkin ada antara kita warga pelayaran terutamannya yang tak tahu bahawa pertandingan ini adalah pertandingan kelayakan bagi Sukan Olimpik 2012, ada yang tahu tapi tak mahu ambik tahu. Jangan sampai komiti AJK MYA pun tak tahu...kura-kura dalam perahu....sembunyikan kepala...memang tak tahu.


Jadik bagi sesiapa yang ingin..nak ambik tahu boleh mengikutinya di laman web resmi kejohanan http://www.perth2011.com. Sehingga berita ini dipostkan hanya keputusan bagi kelas Int 470 Men dan Laser Radial Women sahaja yang telah keluar (pertandingan melibatkan atlet kita). Keputusan sehingga kini tidaklah begitu memberangsangkan tetapi kita tunggu sehingga hari-hari berikutnya.


Beberapa soalan bonus kalau anda benar-benar mengikuti perkembangan sukan pelayaran negara:
  1. Berapakah slot untuk setiap kelas bagi acara sukan Olimpik yang melibatkan atlet negara kita?
  2. Berapa negarakah yang akan terpilih melalui kejohanan ini adakah semua slot atau berapa %?
  3. Bagaimana cara-cara pemilihan melalui keputusan kejohanan ini?
  4. Berapa negara yang mengambil bahagian pada kejohanan  ini?
  5. Atlet negara kita berada pada kedudukan ke berapa mengikut bilangan negara? Adakah anda benar-benar mengambil tahu....
  6. Pada pandangan anda adakah peluang atlet kita untuk terpilih ke Sukan Olimpik?
  7. Lihatkan perbezaan atlet negara kita dengan atlet negara asia/asean yang lain dan komen anda
Komen jangan tak komen...Khabarnya GM MYA juga sedang berada Perth jadi mungkin ada komen dan berita 'dari meja GM'.

12 ulasan:

  1. sukan sea pun takleh emas, inikan plak world, kena kitai ngan spore je

    BalasPadam
  2. camner la nk tau sedangkan semua keputusan kebanyakan nye x dikuarkan oleh pihak tertentu,terutama dari pihak kite sendiri...bagi pendapat saya yang x berapa berminat sangt nk bagi pendapat ni la kan..!!!!..adakah atlet yang MYA antar ni betol2 bersedia untuk hadapi OLIMPIK,sedang MYA sendiri pon xde coach untuk altet ni...dan juga atlet ni di pahamkan berlatih sendiri...DAPAT KE DORANG TAU AKAN KELEMAHAN SENDIRI!!!!!!...sedangkan negara....lu pikir la sendiri!!!!!!!

    BalasPadam
  3. So camno kite nak buek untuk mengatasi maslah ni...adakah MYA sama sedar masalh ni...adake yang ada cadangan untuk menjayakan impian Olimpik yang sepatutnya menjadi keutamaan kita dalam progrsam jsngks msds panjang. Dah berapa orang kah ex Opti kita yang berada dalam top 10 dunia. Begitu juga program remaja kita juga agak ok kalau dilihat kepada result ISAF Volvo Youth..(base on result Laser Radial)...ayoh perdebatkan hujah berikan cadangan anda.

    BalasPadam
  4. X yah lah nak down2 kan sailor..... Patut nye korang support....ni lah org mlaysia tahu nk mengkritik tapi x tahu nk membantu...kalau yg komen ni dah pernah pegi olimpik x pe jgk...ni wakil negara pun x lepas lagi kot...... Sudah2 lah ubAh cara pemikiran tu...

    BalasPadam
  5. Yg tukang komen 2 org kat atas skali ni, mesti xpnah wakil negara and sembang lebih. Bayar coach luar negara baru sembang la. Toksah sembang la!!! Lee chong wei pon ade 6 coach dlm ngan luar negara. Lu jadi coach sailor bru sembang ahh. Xda akai punya orang. Klu x pnah sailing jgn ada kaitan dengan sailing la. Malu gua ada olang sma negara yg sailing tp sprit pon psang terbalik. Lu pegi baca buku sailing for dummies la,.lu olang mau ckap klu ada duit x la papa, kasi duit tu sailor pegi training lua negara, ikot europe tour, bayar foreign coach. Lu sembang byk pon org xksah. Ni lu ckap lebih. Mulut lu busuk wehhh. Kasi tutup la.
    Haiyaaaaaa!

    BalasPadam
  6. Coach luar negara byak experience ohhhhh. Kena pkai olang itu baru budak boley jalan maaaa. Ini coach ahhh 1 olang saja sama. Uncle rani. Lu tgok itu 420 cukup la. Dulu 420 manyakkkk trok haiyaaaa. Saya pon takot tgok. Tp sekalang manyakkk baguihhh. Tetapi, mereka sudah tukar pun class. Sekalang kena cari itu coach sama juga la, laser pon sama laaa. Kena cari uncle rani balik. Klu ada coach pun, xda kerja x la gunaaa. Manyakkk susah itu sailor punn. Contohnya pun uncle rani. Haiyaaaaa. Ini olang ahh. Manyak baguiihhh. Sayang la pun tiada bersama itu sailor. Haiyaaaa. Byak susa hati.

    Lu pikir la sendiriiiii ( lu pnah pikir meyh???? Atau lu suruh org pikir. Ini olang x la baguihhhh ohh. Olang mntak comment ini post. Bkan kasi jatuh olang lain. Haiyaaa. Lu pegi terjun lubuk la. Wa kasi tnam sama lu. Manyak teruk punya org. Kaki busuk.)

    BalasPadam
  7. 2 org yg atas 2 xfaham soalan. Org mntak cdangan. Bukan kritik. Ko skola mne hah? Kesian. Sailing pon xpnah hape.

    BalasPadam
  8. Salam Satu malaysia

    Dari GM,

    Maaf kerana tak dapat beri lapuran penuh, pertama jadual terlalu padat, penat dan kerja yang lebih penting banyak. Kerana ruangan ini mendapat perhatian pelayar dan mengganggu fokus mereka di sini maka saya terpaksa buang masa saya sedikit untuk menjawab.

    Sebelum itu harap mereka yang suka menyindir jangan guna blog ini. Beri pandangan dan bantu untuk meningkatkan sukan pelayaran.

    Jawapan bagi soalan yang di usulkan oleh coach Rani, Malah saya akui semua pelayar ini berada di sini atas usaha dan program jangka panjang yang di rangka bersama Coach Rani sebelum meninggalkan pasukan kebangsaan. walaupun bagitu saya masih rujuk dan mendapatkan pandangan dari Coach Rani.

    Jawaban.....

    1. Soalan 1

    Pertama dalam Kelas Laser Standard slot - 49 Hanya 48 di pertandingkan , Buat masa ini Nizam berada di kedudukan 45 negara terbaik... Jadi peluang masih tinggi.Romzi juga dapat membantu pasukan untuk layak , Pada asalnya Nik yang sepatutnya bersama nizam tetapi kerana MSN gugurkan dari Program. Jadi Romzi terpaksa ganti.Dalam kelas ini hanya Dr Kavin yang pernah layak. Kalau dulu kita merayu pada ISAF untuk mendapatkan slot untuk menyetai kejohanan Dunia tapi sekarang kita senang senang dapat dua slot.Pelayar kita juga sangat muda. Jadi inilah masa kita memberi pendedahan di peringakat tertinggi jika hendak jauh ke depan,

    Laser Radial wanita - Slot 39, Hanya 38 di pertandingkan, Pelayar berada dalam 46. Dua pelayar yang kita hantar adalah yang Muda dan mereka perlukan banyak pendedahan dan latihan luar negara. Bukan muda untuk melayakan diri ke kejohanan dunia. nak datang ke Perth pun mesti dalam senarai rangking sebelum di beri Slot. Kalau dulu kita tak dapat sebarang slot dalam kelas ini tapi sekarang ada dua slot jadi kita ada peningkatan. Pencapaian Neeta/Amira di peringkat dunia boleh di banggakan di mana Neeta menamatkan ISAF Volvo youth tempat ke 22 dan tempat ke 4 dalam silver fleet di kejohanan Dunia di France .

    International 470 - Lelaki slot 29, hanya 28 di pertandingkan , pasukan negara berada di tempat 35. Jika di beri perhatian masih ada harapan untuk meningkat kerana mereka terlalu muda, baru 6 bulan tukar kelas.JIka di dedahkan dengan latihan luar negara dan Pertandingan dan di bimbing oleh Jurulatih luar negara mereka ini ada peluang.

    International 470 - Wanita slot 25, hanya 24 di pertandingkan , pasukan negara belum bertanding lagi. Pencapaian nisa di kejohanan Junior world tempat ke 10 membuktikan kita berada pada landasan yang tepat.Jika di beri perhatian masih ada harapan untuk meningkat kerana mereka terlalu muda paling muda dalam senarai peserta , baru 6 bulan tukar kelas.JIka di dedahkan dengan latihan luar negara dan Pertandingan dan di bimbing oleh Jurulatih luar negara mereka ini ada peluang.

    2. Soalan Dua

    Hanya 70 % sahaja yang akan di pilih di sini.
    manakala yang lain Laser di Jermen bulan Mei dan Int 470 Di Barcelona .

    3. Soalan 3

    Hanya satu negara satu pelayar di ambil kira.

    4. Soalan 4

    Laser Radial wanita - 58 Negara
    Laser Standard - belum keluar lagi melebihi 75 negara.
    Int 470 Lelaki - 38 Negara.

    5. Soalan 5

    Tunggu keputusan setelah perlumbaan tamat.

    6. Soalan 6

    Saya hanya yakin Laser Standard, melalui Nizam, Kelas lain jika angin bawah 15 Knot ada harapan, bergantung kepada atlit.

    7. Soalan 7
    Komen dari saya, kalau budget hanya 10% dari pasukan negara lain jangan banding, lagi pun atlit kita muda kita mensasarkan pada tahun 2016 tapi kalau layak kali ini adalah bonus bagi pelayaran. MSN pun tak letak sebarang sasaran pada pelayar negara.
    Bersambung........

    BalasPadam
  9. Dari Meja GM

    Bersambuang

    Masalah dan Perancangan untuk Masa depan.

    Pertama adalah masalah kewangan, Kita hanya bergantung 100% peruntukan MSN, Persatuan bukan sahaja tak nak tambah malah pendahuluan pun tak baleh guna duit MYA.Tahun ini Kita hanya dapat RM700K sahaja berbanding dengan tahun lepas RM1.7 Juta. Kelewatan Peruntukan juga menyebabkan banyak perancangan tergendala.
    Kedua - Peralatan dan alat Ghanti, memang kita terlalu ketinggalan, pasukan lain buka plastik , layar semua baru, kita guan peralatan lama, termasuk layar dah 2 Tahun , Lihatlah apa jadi pada Sukan Sea, jangan salahkan pelayar bila kalah. Lihatlah Myanmar dan Philipine semau peralatan baru , jangan banding dengan Singapore semua berlatih di Australia dan Europe bertahun, mengunakan jurulatih luar negara. Kita tak ada 10 % dari duit yang mereka. Nasib baiklah tahun ini kertas kerja saya pada ISAF dan kelas INT 470 mendapat perhatian dan dapat bantuan, seperti layar baru dan juga boat baru untuk kejohanan Dunia ini secara percuma , manakala boat hanya di bayar EURO 350. dari sewa alas Euro 2500.00 X 2. Banyak pihak tidak sedar apa yang sedang berlaku.
    Ke Tiga - Masalah Jurulatih, memang tak dapat di atasi buat masa ini kerana, MSN/ MYA tak se haluan, manakala AJK dan pengurusan pun tak sehaluan, Manakala jurulatih yang ada masih tak mampu bertanggung jawab dan masih banyak kena belajar. Gaji yang di tawarkan yang terrendah di Dunia, Skim yang di berikan oleh MSN tak masuk akal. Adakah gaji jurulatih jauh lebih rndah dari Jurulatih negeri yang di bayar oleh Persatuan. Lebih baik semua jurulatih berkerja dengan negeri seperti coach Rani dan Coach Hj Yusof lebih selesa di peringkat negeri sentiasa berada bersama keluarga.
    Ke empat- Pertandingan dan latihan dalam negara, tidak banyak membantu malah merosakan pelayaran . Di mana Pegawai teknikal masih berfikiran kolot langsung tak mahu buka minda dan menguruskan pertandingan mengikut standard antarabangsa. Mungkin mereka berfikir ini tidak penting tapi perkara ini sangat mempengaruhi pencapaian atlit. Sebab itu saya sentiasa kekalkan standard Langkawi International Regatta Perdana sehingga ia di Iktiraf oleh ISAF. Pegawai taknikal juga perlu membantu pasukan negara. Oleh kerana ada beberapa PRO yang sebenarnya Perosak sukan pelayaran. Hanya seorang pelayar sahaja yang benar benar akan faham apa yang saya katakan , kalau setakat bidan terjun jadi Coach dan Pegawai Teknikal biar berpuluh kali kita cakap , kita di katakan bodoh.
    Ke lima - Tak ada kerjasama dari semua pihak untuk membangunkan pasukan kebangsaan, malah masing masing berlumba lumba nak tutup Pusat Latihan kebagsaan dan membubarkan pasukan kebangsaan. Masalah dalaman Persatuan sendiri sudah cukup menjahanamkan Pasukan kebangsaan, Bila buat program tak nak bantu bila gagal banyak yang tuding tangan.
    Ke Enam - Dalam MYA sendiri ada satu puak yang hendak membunuh pelayaran . Mereka ini tidak sedar apa yang mereka sedang buat. Kita ada perancang untuk setahun dan calender telah pun di keluarkan hanya perlu di laksanakan. Tetapi bila tiba masa , semua akan tudung jari dan salahkan Pengurusan dengan alasan meraka tak di beri tahu. Keputusan juga boleh di ubah ubah.
    Akhir sekali terima kasih kepada Coach rani kerana terus mengambil berat tentang pasukan kebangsaan. Untuk Pasukan Terangganu , selamat menjalani latihan di langkawi.
    Sekian dari meja GM

    BalasPadam
  10. adoiyai.. melayu melayu, tak habis habis nak jatuhkan sesama sendiri. kalau cam nie punya perangai sampai ke sudah tak kemana-mana jawabnya. prestasi pelayar pelayar kita memang lah masih lemah, kita nak cari penyelesaian bukan nak bertekak sesama sendiri dalam nie.

    BalasPadam
  11. Assalam...salam satu Malaysia. Pertama di sini Minah sokong sgt2 ulasan mr. Bond. Melayu..melayu..tk habis2 nk jatuhkan sama sendiri..sedarlah wahai Melayu dalam masa anda bercakar sesama sendiri kaum lain mengambil peluang!!bertepuk tgn.. Bg komen tnpa nama yg 2 tratas tu...Jadi2lah kutuk kpd pelayar2 kebangsaan kita. Mereka tlh bertungkus lumus buat yg trbaik utk negara. Mereka masih muda..berilah peluang kpd mereka..mcm ulasan dr GM...kalo ada pelayar kebangsaan kita trpilih utk klayakan olimpik ni adalah salah satu bonus utk kita. Jika tk terpilih pun takpa,,mungkin ini pendedahan awal utk mreka...mreka masih trlalu muda nk dbandingkan dgn pelayar2 dr negara lain. Di sini minah malas nk komen panjang2 takut nnt terkeluar kata2 bisa lg pun badan tak brapa sihat....akhirkata...kpd pelayar kebangsaan kita yg sedang berada d Perth...teruskan usaha anda..moga2 anda mmbawa balik kejayaan..buktikan kpd2 mereka bahawa anda sekalian BOLEH. Kepada GM..slamat pengantin baru..pengorbanan GM harus dihargai dan dcontohi..(GM..mood honeymoon lg tu..jgn asyik dok kerja aja...HAHAHA)...Wsalam.

    BalasPadam
  12. Minah gatal miang and abg bon. Tq sbb percaye kat kite org. I lap you lahhh. And komen2 2 org yg atas 2 jatuhkn semngat kiteorg. Tp sbb ade org2 cm abg bond n minah gatal miang ni la yg wt kiteorg brsemngat blik :))

    BalasPadam