Sabtu, 3 Disember 2011

Review dari Kritis View - Komen Pengurusan Kejohanan

Posting terakhir saya nampaknya mendapat pemerhatian ramai warga pelayaran dan mencatat ranking tertinggi dilayari oleh pembaca mengatasi semua posting saya sebelum ini.

Agak mengejutkan juga kerana saya tak menyangka isu pengurusan pertandingan ini mendapat perhatian. Ini menunjukkan isu yang ditimbulkan menjadi salah satu isu yang perlu diberi tumpuan oleh MYA bagi memperhalusi lagi isu ini, melihat beberapa perkara yang dibangkitkan, cadangan dan usul serta mencari formula dan kaedah bagi memperbaiki kelemahan-kelemahan kecil ini yang kalau dibiarkan akan menjadi barah dan bisa membantutkan perkembangan sukan pelayaran ke tahap tertinggi kerana keberkesanan dan ifisiensi penganjuran akan secara automatik meningkatkan mutu dan skill atlet ke tahap yang seiring dengan apa yang akan berlaku pada kejohanan skala besar seperti kejohanan dunia, Sukan Sea, Sukan Asia dan seterusnya setaraf dengan tahap Olimpik. Setidak-tidaknya seperti apa yang ditunjukkan oleh penganjuran semasa Monsoon Cup segalanya berjalan lancar dan PRO bertindak benar-benar seperti gelarannya seorang PRO.

Komen yang diberikan juga nampaknya ada beberapa isu dan cadangan yang baik walaupun ada di antaranya pada saya agak kasar bahasanya terutama komen dari 'minah gatal' lagi 'miang' (MGM). Ada kebenarannya apa yang dikatakan oleh MGM dan inilah lagi satu isu yang tak sempat saya nak highlightkan iaitu berkenaan dengan isu lebih banyak sekarang ini cakap-cakap di kedai kopi yang menuju kepada memburukan MYA dan kelihatannya kadang-kadang di dominasi oleh AJK/orang kuat MYA itu sendiri. Wahai orang-orang dalam dan orang kuat MYA janganlah nanti sampai nampak MYA itu sendiri menjadi seperti parti politik yang korup pulak. Segala masalah terutama dari segi berlainan pandangan dan kaedah adalah sebenarnya sesuatu yang baik untuk kemajuan tetapi hendaklah sebaik mungkin diatasi secara dalaman sebelum ianya dihebahkan dan gunakanlah kaedah lain selain politik kedai kopi dengan cara yang lebih berkesan dan memberi kemaslahatan kepada MYA dari segi untuk mencapai matlamat dan sasaran.

Kaedah yang digunakan sekarang ini lebih kepada memburukkan orang itu dan orang ini seperti komen MGM rasanya seolah kempen-kempen orang politik dan seterusnya akan timbul kepada faktor mempengaruhi dan dipengaruhi dan hasilnya beberapa perkara yang kurang elok dan kurang manis seperti isu pokok perbincangan ini dan seperti komen dari meja GM berkaitan dengan pengurusan kejohanan di Perlis yang akan kita komen pada posting berikutnya.

Cadangan saya amat mudah dan amat murah. Kenapa tidak perbincangan kedai kopi tadi dijadikan satu perbincangan yang lebih resmi dan berminit. Caranya:
  1. Boleh dikatakan setiap bulan ada pertandingan malahan kadang-kadang dalam 1 bulan 2 pertandingan. Pada setiap pertandingan yang hadir sebagai pegawai pasukan kurang lebih adalah orang yang sama ataupun mungkin bergilir-gilir
  2. Setiap pengerusi/AJK yang ingin mendapatkan pandangan, buah fikiran, memulakan gerak kerja mengadakan sub komitinya sendiri. Dapatkan beberapa pegawai pasukan negeri sebagai ahli sub komitinya atau pun setidak-tidaknya jemput wakil setiap negeri/persatuan negeri dan adakan perbincangan resmi berkaitan dengan peranan dan bidang tugas yang dipikulnya.
  3. Jadi pada masa inilah setiap pengerusi bahagian/AJK dapat menerangkan perkembangan semasa MYA terutama berkaitan dengan bidangnya.
  4. yang penting kehadiran dan cadangan-cadangan di minitkan begitu juga dengan pandangan-pandangan jangan hanya ambik mana yang berkenan dihati sahaja, kalau perlukan adakan undian untuk melihat berapa yang pro dan berapa ramai yang kontra dengan isu yang dibincangkan ataupun yang sedang dilakukan oleh MYA
  5. Seterusnya apa yang diperolehi hasil dari perbincangkan boleh dipanjangkan kepada komiti-komiti MYA yang lain dan mengambil tindakan yang perlu bagi merealisasikan sasaran dan gerak kerja MYA. Apa-apa pun cadangan hendaklah tidak lari dari apa yang telah ditetapkan untuk dicapai melainkan yang dilihat benar-benar perlu sahaja.
  6. Dengan cara ini juga membolehkan kita melihat yang setiap AJK menjalankan peranan mereka dan bukan hanyalah bayang-bayang sahaja.
Satu lagi sifat dan sikap orang politiking yang nampak mula mewarnai kanvas MYA sekarang ini adalah apabila ada orang berebut-rebut untuk menonjolkan diri terutamanya dengan individu dan keperibadian yang dirasakan dapat meletakkan dirinya menjadi orang penting dan diterima juga medan untuk menjatuhkan orang lain. Nampak ianya dah bermula tetapi taklah serius sangat dari apa yang saya nampak tetapi di luar pengetahuan tak tahulah pulak kitakan. Harap inipun tidak menjadi satu budaya kerana selalunya dari sinilah bermulanya bodek membodek, cucuk mencucu, jatuh menjatuh dan seterusnya wujudnyanya budaya kronisma dan juga lebih serius rasuah dan salahurus akan berlaku.

Harus diingat hala tuju kerajaan pada masa panjang adalah untuk tidak lagi menaja acara sukan ini tetapi setiap persatuan bersama dengan rakan penajanya seperti mana yang berlaku kepada MYA dan KFC sekarang..Oleh itu kerajaan menamakan tahun 2011 dan tahun 2012 sebagai tahun industri Sukan....jadi kita yang telah mula berada pada track dan laluan yang betul sehubungan dengan itu kita kena memaksimakan gerak kerja dengan meningkatkan keberkesanan dan keberhasilan dari sumber perolehan dan bekerja dengan smart dalam situasi menang-menang antara MYA dan rakan sukannya. Segala kudis-kudis, panau harus segera di atasi jangan hingga menjadi sopak.
Hingga kini saya tidak melihat rangka keberhasilan utama MYA untuk jangkamasa panjang terutama bagi kami yang pernah mewarnai pentas pertandingan pelayaran untuk melihat kepada pencapaian utama atlet ketahap tertinggi.

Bersambung.....mengulas komen dan cadangan isu ini dan kaitan...

Monsoon Cup dah berakhir...Hari terakhir ada sesi MOU antara MYA dan TBest berkaitan penganjuran Match Racing Cicuit Kebangsaan pada tahun depan...siapa yang ada maklumat berkaitan perkara ini? Apakah yang dipersetujui?  Apakah persatuan-persatuan gabungan sudah mendapat perincian?
Ramai jugak ye pelayar-pelayar negeri bersama pelayar-pelayar muda/anak-anak yang datang semasa Monsoon Cup? Terimakasih yang menaja dan menguruskan acara ini. Adakah terkeberhasilan darinya dan terhasilnya kemana arah tuju? Sekilas ikan di air....jantan ke betinake...masih kusamar-samar kerana keruhnya air bah dan sinar mentari dilitupi mendung awan monsoon cup.  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan