Selasa, 22 November 2011

KFC-Terengganu Monsoon Regatta 2011- kritis view

Kejohanan KFC-Terengganu Monsoon Regatta 2011 baru sahaja berakhir. Pada kejohanan ini saya berpeluang untuk mengikuti dengan dekat perkembangan terkini pengurusan kejohanan dari segi teknikalnya dan dalam masa yang sama melihat satu budaya baru dalam perkembangan pengelolaan kejohanan.
Agak terkejut juga maklumlah agak lama cuba untuk menghindari dari melibatkan diri terlampau mendalam dalam hal-hal pengelolaan acara dan teknikal dan lebih suka menumpukan specifik kepada pembangunan prestasi atlet.
Ada 2 isu yang ingin diperhangatkan di sini. Pertamanya berkaitan dengan pegawai teknikal. Pada sesuatu kejohanan selalunya kebiasaan akan terdapat 2 kumpulan pegawai teknikal termasuklah dengan pembantunya sekali. 1 group dari persatuan/negeri yang menganjur. 1 kumpulan lagi bolehlah dikatakan kumpulan profesional yang selalunya kumpulan dari MYA ataupun setidak-tidaknya diiktiraf oleh MYA. Kumpulan pro ini selalunya saya lihat dalam kejohanan-kejohanan tempatan samada melibatkan kumpulan navy di bawah En Bakar dengan groupnya ataupun kumpulan en Halim dan groupnya ataupun kadang-kadang dilihat keduanya bergabung bersama dengan seorang bertindak mungkin sebagai PRO (Principal Race Officer mungkin) atau pun setidak-tidaknya En halim bertindak sebagai Pengerusi Acara atau Pengerusi Teknikal MYA (saya pun  tak pasti sebenarnya atau keduanya sekali). Selain itu mereka ini yang bolehlah kita anggap sebagai agak pro walaupun x sepenuhnya bolehlah maka setiap negeri yang memanggil mereka berharapkan kelancaran pertandingan tanpa sebarang masalah dan satu lagi tujuan MYA dari dengar cakap (hearsays) supaya tidaklah terlampau bias kalau hanya persatuan itu sendiri menganjur semuanya sekali. Dah banyak kali saya mendengar yang kononnya kalau atas RC, race officernya dari satu negeri dan pin endnya dari satu negeri yang sama sering berlaku bias yang sangat ketara terutamanya melibatkan OCS, cerita ini di bawa angin lalu dari personel atas bot RO itu sendiri...dan dari coach-coach negeri..tetapi sehingga kini saya tak ambik pot sangat sehinggalah saya lihat berlaku depan mata...selalunya saya pejamkan mata aje.

Pada kejohanan KFC-Terengganu Monsoon Regatta 2011 ini saya dimaklumkan yang pegawai teknikal dari luar dikendalikan oleh En Halim dan En Bakar bersama dan strengthnya adalah 15 orang. 15 orang ini kalau bagi sayalah kalau kejohanan melibatkan hanya 1 course dan keadaan seperti di venue di depan Riyaz Heritage itu kita tidak akan mempunyai masalah dan dapat satu pengelolaan kejohanan yang akan sagat memuaskan kepada pelayar-pelayar yang mengambil bahagian. Kita susunlah dan kiralah sendiri berapa banyak kekuatan yang benar-benar pro diperlukan. Bagi saya 15 ini sudah terlebih dari cukup apatah lagi kalau digabungkan dengan kumpulan dari pasukan persatuan tuan rumah contohnya kalau mark bot perlukan seorang yang sangat pro takkan kalau 3 orang diperlukan dalam satu bot (katakanlah payah sangat tasknya) bagi saya hanya 1 orang sahaja dan yang lainnya ambil dari local. (Berapa kalikah mark boat di KFC Terengganu Monsoon Regatta mengubah coursenya semasa kejohanan sedang berlangsung apabila angin berubah di veneu?).

Masalah yang dihadapi saya dikhabarkan apabila sampai bab bayaran saya dimaklumkan strengthnya naik mendadak menjadi 24 orang betulkah? Kenapa perkara ini berlaku dalam group kumpulan teknikal pro yang mengendalikan kejohanan hampir di seluruh Malaysia? Hanya mungkin kalau tak di Sabah dan Sarawak sahaja. Bayangkan kalau 1 orang perlu di bayar RM60 sehari dan untuk kejohanan selama 4 hari di Terengganu berapa agaknya jumlah yang perlu dibayar dengan PRO dan RO dibayar dengan RM100 sehari katakan; Ini belum termasuk bayaran untuk juri lagi dan selalunya bayaran untuk juri selalunya sama dengan PRO kan. Bagaimana pula bayaran untuk kumpulan teknikal tempatan yang biasanya bertungkus lumus 2 atau 3 hari sebelum kejohanan dan selepas kejohanan terpaksa pula untuk membuat clearance tempat, penyimpanan peralatan dan sebagai. Bagaimana pula kalau meminjam peralatan dari group teknikal yang datang ni kalaulah pasukan negeri tidak mempunyai peralatan. Bagaimana pula dengan claim pengangkutan 24 orang itu kalau semuanya mengemukakan claim juga. Mahu juga rasanya hampir dekat RM 10K akan dihabiskan kepada group teknikal ini, bagaimana pula dengan penginapan dan makan mereka. Janganlah pula berfikiran yang negeri mendapat RM30, 000.00 kita abiskan sahaja jangan bagi tinggal.Bagi saya semua ini boleh dikatakan sabotaj kecil secara tak disedari kepada pihak penganjur jika berlaku ketidak telusan dalam menguruskan perkara-perkara sebegini. Ada banyak perkara lainnya yang persatuan penganjur perlu handle dan setiap negeri berlainan caranya. Mungkin bagi negeri yang dah terkenal puluhan tahun atau pun taknya belasan tahun menganjurkan kejohanan mereka mempunyai segalanya tetapi tidak bagi negeri yang baru nak merangkak naik. Bukan kita nak cemburu atau mempertikaikan apa yang diperolehi oleh pegawai teknikal  ini tetapi supaya fikirkan cara dan kaedah lain untuk meringankan beban ini.

Dan dalam masa yang sama saya lebih mementingkan dan memikirkan kepada atlet itu sendiri. Sepatutnya kita dah kena mula sedar yang atlet itulah yang lebih penting dilihat semula apa yang mereka perolehi dengan kepayahan yang mereka tempuhi dalam menjuarai sesuatu kejohanan. Bayangkan dengan sukan badminton, bola sepak, squash dan golf apa yang mereka perolehi. Bagi saya mereka inilah yang perlu kita jaga sepenuhnya. Tidak dapat dinafikan tiada pegawai teknikal berkelibar tiadalah satu kejohanan yang bermutu tetapi kalau tiada atlet yang mengambil bahagian tak payahlah ada bagaimana baik penganjurannya takkan ada nilainya. Tahniah kepada beberapa penganjur kejohanan akhir-akhir ini telah mula memberikan cash prize kepada pemenang-pemenang. Bagaimana pula dengan negeri atau pasukan terbaik juga perlukan ransangan untuk memajukan dan menaikan taraf sukan pelayaran kita yang nampaknya berdasarkan pencapai Sukan Sea baru-baru ini agak merosot berbanding dengan negara jiran.

Beberapa keraguan dan cadangan:
  1. Mengapa tiada lagi kursus teknikal dan kepegawaian diadakan dalam program pembangunan MYA sepertinya pada tahun mula MYA mendapatkan peruntukan KFC. Supaya pada masa jangka panjang tak perlu lagi kita dapatkan pegawai teknikal dari luar sebegitu banyak dan kalau perlu hanya PRO, RO dan Juri kebangsaan sahaja.
  2. Adakah ini bermakna MYA telah mencapai jangkaan pegawai teknikal yang disasarkan dan akan menggunakan pegawai-pegawai teknikal ini dalam kejohanan-kejohanan tempatan.
  3. Mengapa perlu ramai sangat bro...lu dah tentu pro agak-agak sudahlah
  4. Kalau perlu begitu ramai saya mencadangkan untuk mengurangkan beban pihak penganjur maka kesemua mereka ini dikendalikan sepenuhnya oleh MYA termasuk kesemua seginya dari elaun, tambang dan pengangkutan, penginapan dan makanan mereka. So ini akan meringankan beban negeri, tetapi jangalah pulak MYA nak potong peruntukan RM30k untuk peruntukan penganjuran tersebut. Barulah kita boleh gunakan peruntukan tersebut menumpukan kepada hadiah dan insentif kewangan kepada atlet dan persatuan-persatuan negeri yang bertungkus lumus sepenuh masa memajukan dan membangunkan sukan pelayaran kebangsaan.
Rasanya cukuplah sudah dengan komen panjang ni dan awal-awal lagi maaf diminta harap En Halim dan En Bakar tak terasa kerana komen ini untuk kemajuan sukan pelayaran itu sendiri terutama untuk jangka masa panjang. Khidmat, kepakaran dan masa yang dikorban amat kita hargai dan sangat diperlukan tetapi seperti mana komen saya di ataslah.

Satu Isu lagi akan saya ulas kalau ada kesempatan dan ruang....

Cayok..

5 ulasan:

  1. betul2...lau semua nk konker payah la.....

    BalasPadam
  2. saya harap perkara ini xkan berlaku lagi pada negeri2 yang akan mengadakan event....hope MYA buka mata atas luahan blog ini...sy menyokong 100% tentang perkatra nie......

    BalasPadam
  3. Salam. Jangan lupa Scorer, trengganu memperkenalkan pertandingan kumpulan, ianya memerlukan 2 scorer. Pandangan pengarang untuk mengurangan staff teknikal luar disokong.kalau dikurangkan,bolehlah saya gunakan staff saya untuk buat kerja di pejabat...tak perlulah pergi jauh-jauh buat kerja macam kuli..tambang semua sendiri...rm60 sehari..sedangkan rata2 gaji mereka rm3K.jadi sehari adalah rm100. Buat kerja weekend pula tu...

    BalasPadam
  4. Ulasan daripada Minah Gatal Miang...

    Assalam, salam 1 malaysia. Pertama saya ingin ucapkan tahniah kerana mula ada orang berani tegur kesalahan-kesalahan yang mungkin berlaku dalam MYA dan penganjuran kejohanan.

    Saya agak hairan dalam kejohanan KFC-Terengganu Monsoon regatta yang hanya melibatkan satu gelanggang terdapat ramai pegawai teknikal. Yang hairannya kebanyakan adalah pegawai-pegawai yang ikut pasukan negeri masing-masing menggunakan peruntukan dari negeri masing-masing kecuali dari TLDM. Mereka ini duduk minum kopi tapi ada dalam senarai elaun. Kerja mereka mengumpat dan menggosip...kata semua dalam MYA tak betul tapi mereka adalah juga AJK MYA . Kata pepatah melayu "ludah ke langit jatuh kemuka sendiri". Buat tuntutan palsu sehingga membebankan penganjur. Dahlah MYA tak salurkan bantuan penuh sehingga persatuan negeri terpaksa meminjam . Malah PRO En halim yang bertindak sebagai Pengerusi Teknikal ( Bukan jawatan Beliau tetapi adalah jawatan EN Zainal Sabah). En. Halim bukan membantu negeri malah membebankan penganjur dengan memasukkan semua pegawai dari Negeri sembilan yang ikut pasukan negeri supaya mereka juga dapat elaun pegawai teknikal.

    Yang hairan mereka gelar diri mereka PRO ("Saya rasa kalau jadi GRO langsung tak laku") gelanggang yang di guna macam tahi... budak sekolah pun boleh buat. Tak ada taraf langsung macam mana atlit kita hendak maju. Macam mana pegawai teknikal yang baru hendak belajar dari mereka. Inilah akibatnya bila bukan pelayar menjadi PRO,RO atau JURY . Kemanakah arah tuju sukan Pelayaran kita. Wahai Jurulatih-jurulatih apa lagi berilah pandangan ...jangan asyik mengatal ikut belakang kita saje....hahaha. Komen-komen jangan tak komen...

    BalasPadam
  5. Dari Meja GM

    Salam kepada semua, terpanggil saya untuk membuat ulasan di ruang ini setelah saya mendengar tentang ada isu hangat dalam blog ini , puas saya buka tak dapat. terpaksalah panggil pakar pakar untuk tolong bukakan blog ini. Maklumlah semasa baru hendak belajar bab blog blog ini guru dan mati. Pertama sekali saya secara langsung terlibat dalam menentukan perjalanan kejohanan KFC lebih lancar ia adalah salah satu KPI saya. Tapi sapalah saya berbanding dengan Semua PRO PRO yang ada walaupun saya merupakan IRO pertama negera yang di iktiraf dan di lantik bagi penggal 2012 hingga 2013 boleh lihat dalam senarai IRO ISAF. Perkara ini saya telah rujuk kepada En Zainal Madi - pengerusi Taknikal biarlah dia ambil tindkaan sewajarnya. Belum pun Kejohanan kebangsaan di perlis bermula penganjur sedah di kejut oleh PRO (Halim) dengan senarai teknikal sebanyak 45 orang dan perlu di sediakan bilik bukan Dom kerana ada yang nak bawa keluarga. Siapa yang lantik dia jadi PRO . lambakan pegawai Taknikal yang selalu di buat oleh PRO ini menyebabkan banyak masalah kewangan pada penganjur di peringkat negeri. Perkara ini juga saya telah maklukman kepada En Zainal Madi.

    Rujuk kepada komen di atas ingin saya maklumkan Saya telah mendapat green light dari ISAF untuk menganjurkan ISAF Race Management Clinic pada 14 - 15 Feb di Langkawi. siapa siapa berminat bolehlah hadir dan di kendalikan oleh Mr Ilker dari Turkey (IJ/IRO) .
    kepada Minah Gatal Miang , janganlah terlalu kasar bahasa , jangan gatal sangat. Nasib baik GM nak kawin....hehehehe jemput makan kenduri. Apayang di utarakan oleh Orang lama ada kebanarannya. sudah lama saya merungut tentang perkara ini. Siapalah kita berbanding dengan Kuasa AJK AJK yang menjadi PRO/IJ/IRO/RO/ITO dan sebagainya..Main layar pun tak tahu....

    BalasPadam