Ahad, 11 Disember 2011

Kesimpulan Komen-komen posting Kelayakan Olimpik 1


Saya menerima agak banyak komen melalui posting pertama berkaitan Kejohanan ISAF Sailing World Games yang lepas dan ada komen kurang menarik dengan nada sindir menyindir walaupun dalam menerangkan fakta yang benar tetapi seperti komen balas dari pelayar-pelayar itu sendiri gaya ayat digunakan boleh menjatuhkan semangat dia orang kalau tidak diambil dari sudut positif dan juga sebagai satu cabaran kepada dia orang untuk membuktikan sesuatu. Komen yang diberikan boleh disimpulkan:
  1. Kita sedar dengan keupayaan, masa dan faktor pendedahan latihan yang disediakan dan yang termampu diraih oleh atlet amat sukar untuk beraksi di pertandingan dengan situasi sebagaimana di Perth. Lihat sendiri keputusan atlet Singapura yang dikatakan oleh tanpa nama (komen 1) mempunyai program yang lebih jitu kerana bak kata GM kita dengan grant yang sangat ciput (10% sahaja compare dengan negara tersebut - GM), Singapore pun masih lagi tidak layak dan masih belum berada dalam zon selesa untuk layak pada kelayakan berikutnya setakat ini bagi kelas Int 470 walaupun kelas Laser Radialnya berjaya masuk ke Olimpik. Begitu juga rasanya bagi kelas Laser Standard dan Int 470 Women Singapore jika kita hendak jadikan perbandingan. Tetapi kita akui bahawa ini adalah pentas pendedahan terbaik bagi atlet negara kita bagi beraksi untuk Olimpik 2016.
  2.  Kita juga sedar dari komen yang juga Tanpa Nama (next saya cadang gunakan nama lain seperti Minah Gatal Miang - MGM) dan GM sendiri (juga guna Tanpa Nama) betapa perlunya kepada latihan di bawah profesional coach (terutamanya dengan coach-coach yang pernah terlibat dengan atlet-atlet persediaan Olimpik) dan ianya telah kita lakukan tetapi kualiti, kuantiti serta kekerapan juga harus diperhalusi supaya atlet benar-benar dapat secara berkesan berjaya melakukan penerapan dan adaptasi dengan teknik serta mereka bertanggung jawab memperkembangkannya kepada atlet-atlet lain yang tidak berpeluang mendapatkannya
  3. Keperluan kepada jurulatih tempatan yang mantap bagi setiap kelas yang mengikuti program persediaan Olimpik juga dihighlightkan, MYA dah keluarkan surat tawaran cuma hingga kini tiada maklum balas diterima...Apa cerita dengan tawaran yang dikeluarkan? Ada juga komen mengenai komitmen jurulatih kebangsaan dihighlightkan yang harus diperhalusi oleh MYA - Baca komen Dari GM pada ruangan komen
  4. Selain itu pengurusan kejohanan seperti isu hangat dalam posting sebelum ini juga dibangkitkan bagi membantu meningkatkan mutu kejohanan semuanya dah saya highlightkan dalam posting saya dan juga komen dari GM......cuma saya sedikit x bersetuju sepenuhnya semestinya sailors sahaja yang boleh buat cumanya sailors itu lebih menjiwai kehendak pertandingan itu dan kepuasan dari llitar yang sempurna bermakna orang lain juga boleh tetapi penjiwaan kepada sukan sailing itu sebagai keutamaannya akan membantu.
  5. Kewangan dan peralatan juga dihighlightkan oleh GM. Masalah ini rasanya akan menjadi punca utama kepada masalah pelaksanaan sesuatu program yang telah dirangka baik untuk short term mahupun untuk long term. Hubung kait keduanya sangat rapat tanpa sumber kewangan mana dah dapat peralatan. Selain itu pengurusan peralatan juga memainkan peranan yang melibatkan semua pihak perlu diperkemaskan mahupun atlet, coach, pihak maintenance, stock keeper dan keseluruhan organisasi itu sendiri. Kewangan juga menjadi isu kekangan kepada masalah-masalah di atas.
Bersambung ke posting berikutnya memandangkan isu berikutnya yang dihighlight terutama komen Dari GM agak hangat. Apa-apa pun sebagaimana intro bagi blog ini adalah memuatkan pandangan-pandangan yang agak kritis pengarang, mendapatkan komen-komen dan pendapat tidak lain bukannya untuk menjatuhkan sesiapa atau memalukan atau menjahanamkan sukan pelayaran atau mempunyai apa-apa kepentingan peribadi tetapi atas sifat sayangnya kepada sukan itu dan ingin melihat sukan pelayaran menjadi satu sukan yang tertinggi di negara kita gah mencipta nama seperti mana sukan squash dan juga sukan lumba basikal dari tiada apa-apa kepada tahap yang ada pada mereka sekarang; adalah bertujuan untuk memajukan sukan pelayaran itu sendiri dengan cara melihat dari sudut yang mungkin berbeza dari apa yang sedang berjalan sekarang. Rasanya saya mungkin tidak berseorangan kerana banyak juga isu yang saya highlightkan secara kritisnya terutama kepincangan-kepincangan dan kecacatan pada pandangan saya yang berlaku mendapat response dari orang kuat badan sukan kita sendiri yang rasanya mempunyai visi yang sama.

Cumanya saya berharap kita dapat kawal terutama ketika menyentuh peribadi seseorang dengan cara lebih elok kerana tujuan kita untuk mengelokkan, menegur dan juga memberi semangat kepada semua yang menjalankan tugasan mereka terutama jika melibatkan orang-orang kuat kita AJK MYA atas dasar mereka bekerja secara sukarela, tak kira apa yang ada disebalik penglibatan mereka tersebut.

So Ayuh sumbangkan komen dan pandangan anda bagi mengatasi, memperelokkan berdasarkan kepada kesimpulan-kesimpulam punca masalah di atas mahupun ada pendapat yang lain. Don't worry nampak gayanya blog ini sudah dipantau oleh MYA...so zahirkan pandangan anda supaya dapat dikongsi mungkin dipraktikkan..... hangat....

Bersambung...................

Tiada ulasan:

Catat Ulasan