Ahad, 11 Disember 2011

ISAF Sailing World Games - Jawapan

Setakat hari ni hanya GM sahaja yang menjawap soalan-soalan berat yang dikemukakan dalam posting ISAF Sailing World Games (ISAF World)

Tahniah kepada GM atas semua jawapan yang betul dan mantop boleh claim hadiah masa kat Timah Tasoh nanti ye....Jawapan dari GM dalam komen yang diberikan saya postkan di bawah

Dari GM,

Maaf kerana tak dapat beri lapuran penuh, pertama jadual terlalu padat, penat dan kerja yang lebih penting banyak. Kerana ruangan ini mendapat perhatian pelayar dan mengganggu fokus mereka di sini maka saya terpaksa buang masa saya sedikit untuk menjawab.

Sebelum itu harap mereka yang suka menyindir jangan guna blog ini. Beri pandangan dan bantu untuk meningkatkan sukan pelayaran.

Jawapan bagi soalan yang di usulkan oleh coach Rani, Malah saya akui semua pelayar ini berada di sini atas usaha dan program jangka panjang yang di rangka bersama Coach Rani sebelum meninggalkan pasukan kebangsaan. walaupun bagitu saya masih rujuk dan mendapatkan pandangan dari Coach Rani.

Jawaban.....

1. Soalan 1
Pertama dalam Kelas Laser Standard slot - 49 Hanya 48 di pertandingkan , Buat masa ini Nizam berada di kedudukan 45 negara terbaik... Jadi peluang masih tinggi.Romzi juga dapat membantu pasukan untuk layak , Pada asalnya Nik yang sepatutnya bersama nizam tetapi kerana MSN gugurkan dari Program. Jadi Romzi terpaksa ganti. Dalam kelas ini hanya Dr Kavin yang pernah layak. Kalau dulu kita merayu pada ISAF untuk mendapatkan slot untuk menyetai kejohanan Dunia tapi sekarang kita senang senang dapat dua slot.Pelayar kita juga sangat muda. Jadi inilah masa kita memberi pendedahan di peringakat tertinggi jika hendak jauh ke depan,

Laser Radial wanita - Slot 39, Hanya 38 di pertandingkan, Pelayar berada dalam 46. Dua pelayar yang kita hantar adalah yang Muda dan mereka perlukan banyak pendedahan dan latihan luar negara. Bukan muda untuk melayakan diri ke kejohanan dunia. nak datang ke Perth pun mesti dalam senarai rangking sebelum di beri Slot. Kalau dulu kita tak dapat sebarang slot dalam kelas ini tapi sekarang ada dua slot jadi kita ada peningkatan. Pencapaian Neeta/Amira di peringkat dunia boleh di banggakan di mana Neeta menamatkan ISAF Volvo youth tempat ke 22 dan tempat ke 4 dalam silver fleet di kejohanan Dunia di France .

International 470 - Lelaki slot 29, hanya 28 di pertandingkan , pasukan negara berada di tempat 35. Jika di beri perhatian masih ada harapan untuk meningkat kerana mereka terlalu muda, baru 6 bulan tukar kelas.JIka di dedahkan dengan latihan luar negara dan Pertandingan dan di bimbing oleh Jurulatih luar negara mereka ini ada peluang.

International 470 - Wanita slot 25, hanya 24 di pertandingkan , pasukan negara belum bertanding lagi. Pencapaian nisa di kejohanan Junior world tempat ke 10 membuktikan kita berada pada landasan yang tepat.Jika di beri perhatian masih ada harapan untuk meningkat kerana mereka terlalu muda paling muda dalam senarai peserta , baru 6 bulan tukar kelas.JIka di dedahkan dengan latihan luar negara dan Pertandingan dan di bimbing oleh Jurulatih luar negara mereka ini ada peluang.

2. Soalan Dua
Hanya 70 % sahaja yang akan di pilih di sini.
manakala yang lain Laser di Jermen bulan Mei dan Int 470 Di Barcelona .

3. Soalan 3
Hanya satu negara satu pelayar di ambil kira.

4. Soalan 4
Laser Radial wanita - 58 Negara
Laser Standard - belum keluar lagi melebihi 75 negara.
Int 470 Lelaki - 38 Negara.

5. Soalan 5
Tunggu keputusan setelah perlumbaan tamat.

6. Soalan 6
Saya hanya yakin Laser Standard, melalui Nizam, Kelas lain jika angin bawah 15 Knot ada harapan, bergantung kepada atlit.

7. Soalan 7
Komen dari saya, kalau budget hanya 10% dari pasukan negara lain jangan banding, lagi pun atlit kita muda kita mensasarkan pada tahun 2016 tapi kalau layak kali ini adalah bonus bagi pelayaran. MSN pun tak letak sebarang sasaran pada pelayar negara.
Bersambung........ 


Selepas ini saya akan membuat kesimpulan dari komen-komen yang diberikan pada posting berikutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan