Sabtu, 31 Disember 2011

MYA Sailing & Events Calendar

Posting ini ingin memaklumkan berkenaan dengan MYA Sailing Calendar yang dalam perancangan akhir untuk dikeluarkan. Samada ianya telah putuskan oleh MYA atau belum tidaklah pasti...khabarnya masih menunggu feedback dari negeri-negeri dan beberapa negeri dah memberi responsed balas.
Saya memaparkannya dikiri blog ini sebagai panduan, memastikan pelaksanaannya samada berjaya dilakukan atau tidak dan sebagainya.
Dalam masa yang sama saya sedang usahakan untuk memasukkan NOR dan keputusan bagi setiap kejohanan pada masa yang akan datang insyaallah....baru belajar ma...!
Kalau kita lihat sama seperti tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya kalendar yang dikeluarkan amatlah padat, berguna dan rasanya mampu untuk meningkatkan mutu pelayaran secara sedikit demi sedikit. Seperti yang saya maklumkan sebelum ini dengan berjayanya beberapa event mendapat ISAF Graded adalah satu langkah lagi kita menapak ke hadapan terutamanya dalam mendapatkan kehadiran-kehadiran beberapa pelayar luar negara bagi meningkatkan mutu dan tahap pelayaran. Pihak pengurusan kejohanan yang mendapat ISAF Graded perlulah berusaha keras untuk mendapatkan penyertaan negara luar (antara peraturan untuk mendapatkan graded event) dan MYA juga hendaklah dalam masa yang sama membantu mereka setakat yang termampu terutamanya dari segi sokongan dan promosi. Rasanya dengan adanya kejohanan ASC di negara kita KFC-RPAL tidak begitu susah untuk mendapatkan penyertaan luar negara, tetapi bagaimana tahun-tahun mendatang?
Komen dan kritiknya:
  1. Kita tidak banyak menghadapi masalah untuk mendapatkan kejohanan-kejohanan negeri seperti yang terdapat dalam kalendar dan kebanyakannya berlangsung dengan baik hanya berlaku perubahan tarikh dan mutu kejohanan sahaja yang boleh kita pertikaikan.
  2. Tetapi yang menjadi masalahnya adalah klinik-klinik yang bakal dianjurkan kalau dilihatkan banyak juga acara yang dirancang pada tahun ini tetapi banyak juga yang tidak menjadi. Terdapat kira-kira 12 acara klinik atau kursus-kursus yang dimasukkan pada tahun depan dan kita paling mengharapkan agar klinik sailing dan coaching course akan benar-benar dapat dijalankan bukan sekadar ada dalam kalendar sahaja. 
  3. Tahniah kepada MYA terutamanya atas usaha keras GM kita dan the geng (ada geng ke atau alone ranger) berjaya merangka untuk menganjurkan beberapa klinik terutamanya bagi kelas-kelas Olimpik seperti Int 470 dan Laser, cuma kalau boleh biarlah mendapat coach-coach yang benar berkesan yang mampu memahami kedudukan kita sekarang ini dan mampu membawa lebih jauh ke depan.
  4. Kejohanan National Match Racing Cicuit masih lagi kabur berkaitan dengan pelaksanaan terutama berkaitan dengan polisi-polisi dan peraturan-peraturan pertandingan adakah ianya akan menjadi seperti ranking kebangsaan...kaburrrr.
  5. Kejohanan Asian Sailing Championship juga agak menggusarkan dengan tahap persediaan negara sekarang sudah berada pada peringkat mana terutama dengan pengurusan-pengurusan untuk menerima pasukan-pasukan luar termasuk peralatan mereka, kedudukan bot-bot yang akan digunakan termasuk dengan bot-bot berenjin untuk kegunaan kejohanan. Pemilihan atlet juga masih lagi tiada ketetapan dan apakah sekali lagi keputusan adhoc akan dilakukan dalam proses pemilihan tanpa ada polisi dikeluarkan seperi mana kejohanan IODA World yang sedang berlangsung sekarang ini. Apa-apa pun surat yang dikeluarkan oleh MYA bolehlah digunapakai walaupun terdapat percanggahan antara kategori-kategori pemilihan dan juga tiada ketetapan yang diputuskan. Juga tiada sumber-sumber untuk kita mengetahui maklumat-maklumat yang boleh diakses mengenai kejohanan ini melalui website oleh semua terutama panduan-panduan untuk negara luar mengenai kejohanan ini termasuk panduan untuk dan keadaan di venue kejohanan Langkawi. Ambik ABG sebagai contohnya sekurang-kurangnya pendaftarannya juga boleh di dapati melalui website kejohanan. Kita??/ siapakah yang dipertanggungjawabkan? mungkin sudah ada cuma kita tak tahu?
  6. LITC Sailing Clinic dan Int Coaching Course yang akan diadakan pada bulan Julai selepas kejohanan SUKMA mungkin tidak sesuai tarikhnya kerana pada masa ini amat sukar untuk mendapatkan peruntukan melainkan kalau acara ini ditaja sepenuhnya oleh MYA. Pada masa ini hanya sesuai diadakan klinik untuk kem bakat bagi Optimist, Laser 4.7 dan Windsurf sahaja. Manakala LITC Sailing Clinic dan International Coaching yang rasanya sangat menarik dan penting itu di bawa ke hujung tahun semasa cuti sekolah mungkin selepas Perlis Open sebelum kejohanan kebangsaan meruapakan masa yang baik dan MYA patut memikirkan untuk memberi subsidi atau bantuan kepada persatuan negeri untuk menyertainya. Ini cuma pandangan ajelah takut nanti hanya menjadi hiasan dalam kalendar sahaja.
  7. Terdapat juga pindaan kepada tarikh kejohanan yang akan ditentukan kemudian samada batal atau tunda tarik belum diputuskan iaitu 4th KFC- Lumut Open. Ini rasanya boleh kita fahami apabila melihat wujudnya 1st KFC Perak Open, bermakna Perak kini menganjurkan sendiri kejohanannya di bawah persatuan negeri bukan lagi melalui RMNYC. Dan ini sedikit sebanyak akan menjejaskan penganjuran 4th KFC-Lumut dari segi peruntukan kewangan. dalam hal ini saya tak ingin komen banyak sangat cuma berpandangan rasanya sudah sampai masanya MYA dan RMNYC/MAFSA melangkah ke depan dengan mengadakan perbincangan merangka program yang lebih jitu membangunkan kelas-kelas Olimpik iaitu kelas Int 470 dan Laser seperti sebagai contohnya langkah awal menggabungkan kejohanan 4th Match Racing Circuit dengan mengadakan pertandingan kelas Int 470 dan Laser Standard/Radial atau idea-idea yang berkaitan dengan pembangunan kelas ini. Manakala bantuan KFC cadangnya disalurkan melalui MAFSA dan kalau perlu kepada pertandingan KFC-MAFSA yang boleh diadakan bergilir-gilir antara persatuan perkhidmatan ATM ini ataupun sebaliknya putuslah baik-baik melalui perbincangan.
  8. Ada lagi.......hehhe..tunggu...

1 ulasan:

  1. Komen yang menarik.....surat telah dihantar ke MYA...tapi tiada jawapan dari MYA samada setuju atau tidak MAFSA anjur regatta pd 6-8 Apr..ntah kenapa senyap..kalau dah masuk bulan 1, agaknya dah lewat..

    BalasPadam