Khamis, 20 Oktober 2011

National Circuit Match Racing

Berlanjutan posting semalam berikut adalah maklumat berkaitan yang saya katakan diterima dari MYA. Adakah ianya bermakna pada tahun hadapan MYA dalam langkah awal akan mengambil alih penganjuran acara match racing MMRC dan mungkin seterusnya AMRC dan WMRC Monsoon Cup? Ianya bermula dengan kerjasama dari syarikat T-Best yang sebelum ini menjadi penganjur bagi ketiga-tiga acara tersebut.

Juga bermakna tidak lagi seperti tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya maka setiap pasukan yang berhajat untuk mengambil bahagian dalam Malaysian Match Racing Championship (MMRC) bagi kelayakan World Match Racing Championship (WMRC) Monsoon Cup perlulah mengikuti circuit kebangsaan ini kerana hanya 8 pasukan terbaik keputusan 4 ranking tersebut sahaja layak ke MMRC.

Jadi setiap team yang hendak dibentuk perlulah bekerja sekarang memikirkan perihal sponsor, program latihan dan pertandingan serta pelepasan majikan/sekolah/institusi dan juga lain-lainnya. MYA juga perlu memikirkan apakah setiap pasukan yang berdaftar hanyalah nama pasukan atau nama pasukan dan skipper sahaja perlu berdaftar sebagai pasukan pada kesemua circuit atau kesemua ahli pasukan perlu berada pada setiap circuit tanpa boleh ditukar. Memandangkan komitmen untuk menjayakan acara match racing ini agak besar dan ada peserta yang berkemungkinan tidak dapat mengambil bahagian sebagai contohnya kita lihat team Hazim baru-baru ini, tidak dapat menyertai AMRC apabila crewnya tidak mendapat pelepasan cuti.

Berikut saya sertakan suntingan daripada email yang dihantar ke email box saya.

Tarikh : 18 Oktober 2011



Kepada : Semua Setiausaha Kehormat Persatuan Negeri dan Kelab



YBhg.Dato' /Tuan dan Puan yang dihormati,



 KALENDAR SUKAN PERAHU LAYAR TAHUN 2012



Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.



2.  Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pelayaran Malayasia dengan kerja sama Syarikat T-Best Sdn Bhd akan menganjurkan “Circuit Match Racing” pada tahun 2012. Bagi tujuan tersebut Sebanyak Empat kejohanan KFC  Peringkat negeri telah dipilih seperti  berikut:

1.     KFC Langkawi International Regatta Perdana -Kedah
2.     KFC Lumut Open Regatta - TLDM
3.     KFC Selangor Open Regatta - RSYC
4.     KFC Terengganu Open Regatta – Tereangganu


Kesemua 4 kejohanan ini adalah ranking kebangsaan bagi kelayakan ke pertandingan akhir  iaitu  "Malaysia Qualifier". Hanya 8 pasukan terbaik sahaja yang akan layak ke pusingan akhir. Bagi pasukan yang tidak mengikuti circuit ini tidak di benarkan mengambil bahagian dalam Malaysia Qualifier .

4 ulasan:

  1. cadangan mengadakan mmrc circuit adalah sangat bagus bagi memantapkan lagi pelayar-pelayar malaysia. dapat di lihat dimana aksi MMRC lebih baik dari AMRC menunjukkan pelayar pelayar malaysia mempunyai potensi untuk lebih maju di dalam sukan ini. tetapi :-

    -adakah liputan pertandingan seperti mmrc.. sebab takder sponsor yang nak taja kalau buat game setakat melepaskan batuk di tangga.

    -adakah mya sudah bersedia? atau sekadar mengaut keuntungan???

    -bagaimana dengan penggunaan bot pula? adakah bot bot yang digunakan mempunyai setting/berat/dan layar yang sama?

    -Juri (umpire) yang bakal di lantik adakah dari yang berpengalaman? atau hanya diambil dari mereka yang pergi mengikuti kursus juri?. kerana biarpun mereka telah pun mengikuti kursus mereka tidak pernah menjadi salah seorang umpire semasa mana mana kejohanan Match racing.

    -Damage deposit untuk kerosakan boat pula bagaimana?

    -Adakah cash prize yang dijanjikan akan diterima oleh pemenang. atau akan ditukarkan kepada barang barang pelayaran yang terdapat di MYA?

    - Masih banyak lagi persiapan dan perkara yang perlu di bincangkan bagi menjayakan MMRC circuit saya harap, MYA membuat persiapan lebih awal dan memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar dan cemerlang.

    -ulasan bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, sekadar mengingatkan bahawa pelayar pelayar juga mempunyai impian juga mempunyai tugas dan tanggungjawab kepada sesebuah organisasi. ada yang sanggup mengobankan cuti bagi menyertai sesebuah kejohanan. biarlah apa yang mereka korbankan berbaloi kepada mereka.

    BalasPadam
  2. Satu komen dan pandangan yang amat baik dan bernas. Saya percaya tanpa nama adalah sekurang-kurang pelayar atau bekas pelayar yang pernah mengambil bahagian dalam acara match race, atau setidak-tidaknya adalah pegawai perlumbaan yang pernah terlbat menganjurkan MMRC dan AMRC tapi dari gaya cakap ni macam pernah dengar aje ayat tu baru-baru ni

    Saya bercadang untuk memasukkan komen tanpa nama pada postakan datang memandangkan point-point dan isu yang dihighlight adalah isu yang sama yang juga nak saya sambung pada post-post mendatang.

    Okkan? Boleh tak? Saya tunggu sampai 5 min. take 5

    BalasPadam
  3. terima ksaih kepada Arbi
    pelayar pelayar yang berada dibawah MSN hanya dibayar elaun rm 500 sebulan dan bergantung pada pencapaian. pada usia 25 tahun, pelayar juga ingin berkeluarga, memiliki kenderaan dan harta sendiri. berbaloikah pelayar menjadikan sukan ini sebagai karier? sama sama kita fikirkan dan usahakan penyelesaian bagi mereka.
    siapapun saya, saya ingin sukan ini terus maju, dan menjadi lebih baik.

    BalasPadam
  4. Kesemua 4 kejohanan ini adalah ranking kebangsaan bagi kelayakan ke pertandingan akhir iaitu "Malaysia Qualifier". Hanya 8 pasukan terbaik sahaja yang akan layak ke pusingan akhir. Bagi pasukan yang tidak mengikuti circuit ini tidak di benarkan mengambil bahagian dalam Malaysia Qualifier .

    di Terengganu tiada sambutan, nor last minit, apa pun tarak
    harap coach rani sorang nak run the show. takde duit tak nak buat.

    BalasPadam