Selasa, 11 Oktober 2011

Pandangan Sisi 1

Post terakhir saya telah mendapat maklum balas dari coach Sahir agak panjang lebar juga. Terima kasih kita ucapkan tetapi seperti biasalah ada beberapa isu yang boleh kita panjangkan lagi....

Sebenarnya posting itu tidaklah semuanya kita turunkan ke atas bahu coach Sahir sahaja untuk menanggungnya/menjawabnya hanya berkaitan dengan bidang tugas dan apa-apa yang ada dalam pengetahuan sahaja terutamanya berkaitan dengan program-program semasa yang boleh dan yang semestinya kita mahu supaya standard pelayaran negara meningkat melalui pengembelingan menyeluruh.

Kita percaya dan berharap tiada kesilapan berlaku apabila sesuatu program itu dijalankan melalui pemilihan yang dicadangkan oleh jurulatih..sama seperti ulasan saya kepada tanpa nama apabila ia memulakan isu pemilihan atlet ke India ini. Orang yang pakar mengenainya telah membuat pemilihan mengikut mungkin kehendak sasaran jangka panjang atau kehendak MYA itu sendiri untuk bersetuju menghantar atlet ke sesuatu kejohanan luar negara. Maksud saya kesilapan kedudukan ranking seperti mengikut perkiraan jurulatih dan mengikut kedudukan ranking mengikut orang yang menyeliakan ranking tersebut:
Isunya disini kenapa keraguan seperti ulasan tanpa nama itu timbul, bagi saya atas beberapa perkara:
  1. Tiada jelas akan apakah program MYA itu kepada keseluruhan sehingga ke bawah (grass root). Jurulatih kebangsaan mungkin telah dan sudah semestinya sudah menyediakan program jangka panjangnya termasuklah program tahunan (tahun 2011lah saya maksudkan). Peranan MYA yang menjadi badan induk untuk melaksanakannya termasuklah memaklumkan melalui persatuan-persatuan negeri mengenai halatuju dan perincian pelaksanaanya. Tup-tup terus jadi aje mana orang tak keliru dan konfius
  2. Seperti yang jelaskan dan tekankan kita meragukannya kerana kedudukan ranking ini seolah-olah benda yang sangat rahsia ataupun tiada orang yang buat...dulu kita dimaklumkan Cikgu Mus yang menyeliakannya..tetapi rasanya tahun lepas dia dah tak melakukannya..tak tahu siapa tetapi saya pasti MYA tahu...dan kalau payah-payah kenapa tak coach Sahir sahaja memaparkan dalam cspelayaran.blogspot. Jadi kalau berlaku sebarang pemilihan yang berlainan dari apa yang kiat expecting cepat-capat kita boleh mendapat maklum balas..Tetapi kalau kita sendiri tak tahu apa yang akan berlaku selepas ini tak ke kacau jiwa ini. Itulah sebab kita nak tau kalau coach Sahir ada plan dan programnya.
  3. Masih terdapat antara kita yang masih tidak faham antara program atlet kebangsaan yang telah dikenalpasti dan mendapat bantuan sepenuhnya dari MSN atas nama atlet tersebut ataupun atas nama kejohanan dengan program-program pembangunan MYA itu sendiri. seperti kejohanan di India yang baru berlalu mengikut coach Sahir adalah atas perbelanjaan MYA itu sendiri. Masalahnya kadang-kadang ada berita dibawa angin lalu itupun hanya hembusan halus sahaja iaitu kita kena bawa sianu itu pelayar....kalau tak dia tak mau sokong aktivit/program yang diadakan ni.
Dari maklumat coach Sahir apakah sebenarnya sailing chart coach  Sahir ke arah 2014 tersebut. Kerana dari maklum coach Sahir kita bersetuju buat masa ini bagi beberapa kelas kita tidak/masih belum mempunyai namanya.
  1. Sebelum itu apakah kelas-kelas bot untuk Asian Games 2014? Ada sebarang tips.
  2. Adakah kita akan sekali lagi bergantung harap kepada kelas Optimist sahaja 
  3. Apakah pelan aktiviti pada tahun ini hanya bergantung kepada memantau kepada prestasi atlet melalui pertandingan-pertadingan dalam negara tanpa ada aktiviti lain seperti yang saya tanyakan
  4. Wujudkah pemantauan sebenar bagi kelas-kelas lain, 
  5. What to do next step in this years?, next year? sebelum line-up teakhir ditentukan menjelang 2014 atau by 2013 seawalnya.
  6. Apa-apa pun biarlah pada tahun ini kita memperbanyakkan dengan aktiviti-aktiviti pembangunan akar umbi supaya mempunyai base yang lebih besar terutama selain kelas Optimist sahaja. Bagi saya kelas Optimist perlu lebih diselenggarakan dengan lebih berkesan melalui program bersepadu sekolah (MSSM) dan persatuan negeri dan MYA.
  7. Bagi mewujudkan persaingan dan pembangunan berterusan yang lebih progresif dan efisien rasanya perlu dinilai semula keberkesanan Ranking Kebangsaan ini. termasuklah kalau perlu dari segi penjenamaan dan insentif kepada negeri-negeri untuk turut serta menggerakkan semua kelas. Apa sebenarkan kemuncak kepada kedudukan ranking ini yang akan diperolehi oleh pelayar dan negeri.
  8. India sudah IODA Asian pun sudah apa lagi selepas ini untuk kelas Optimist? Kejohanan Optimist Asean x ade ke?.
  9. Sukan Sea line-up sape ye?...He  hheeh mungkin saya tidak mengikut perkembangan kot???
LAIN-LAIN JAWAPAN AGAK TERPERINCI DARI COACH SAHIR LU CARILAH SENDIRI DARI POSTING LEPAIH...KALAU RAJIN NANTI GUA TENGOK DARI SISILAH..AH

Tiada ulasan:

Catat Ulasan