Ahad, 9 Oktober 2011

Atlet negara beraksi di India?

Terima kasih kepad coach Sahir melalui blog cspelayarannya dapat juga kita tahu atlet kita telah pun beraksi di India. Khabarnya telah tamat pun. setelah diselidiki akhirnya kutemui juga websitenya: http://www.iiregatta.in
termasuk clip video ini didapati dari laman web tersebut. Terdapat dalam klip tersebut sedikit aksi Nabila Natasya.

Tahniah kepada Natasya Nabila dari Kedah atas kejayaannya mengungguli acara Optimist Perempuan pada kejohanan tersebut.

Coach Sahir ada menyatakan "Di fahamkan atlit-atlit ini dipilih berdasarkan Ranking Malaysia pada tahun ini dan pemilihan ini telah dipersetujui oleh Pihak Persatuan Pelayaran Malaysia. (Betullah tu, sebab budget MYA yg kluarkan tak gitu)".

Dan beberapa post yang lepas saya ada memaparkan info awal berkenaan kejohanan ini melalui komen dari tanpa nama yang bertanyakan berkenaan dengan pemilihan ke kejohanan ini. Juga dalam komen balas saya antaranya menyatakan:
  1. Kejohanan ini telah ada dalam program....coach Sahir memberi tajuk postingnya Pelapis Optimist 2014 mungkin bermaksud sudah ada dalam program Optimist 2014 dan juga menyatakan pemilihan berdasarkan ranking Malaysia pada tahun ini...(adakah bermaksud terkini?). Walaupun kita kurang berpuashati (biasalah tu tak pernah puashati..ada aje...isunye) tetapi sekurang-kurangnya adalah juga alasan menjawab keraguan tanpa nama. Jadi persoalannya dan keraguannya apa background Program 2014 ini harap coach Sahir boleh menolong kita memperincikannya berkaitan dengan program penyediaan latihan atlet kebangsaan antaranya:
    1. Kelas-kelas yang terlibat
    2. Antara program anjuran MSN dan MYA atau gabungan keduanya.
    3. Adakah pemilihan atlet telah difinalised atau berdasarkan ranking kebangsaan?
    4. Bagaimana kita nak tahu kedudukan ranking atau hanya hak milik MYA 
    5. Kalau hak milik MYA bermakna hak milik semua atau hak milik eksklusif ahli Jawatankuasanya sahaja?
    6. Sebarang program dan aktiviti yang dirancang untuk sepanjang tahun yang melibatkan perancangan MYA terutama sekali bagi aktiviti tidak melibatkan atlet kebangsaan yang telah tersenarai (maksud den yang berada di Langkawi tu...)
    7. Apakah tiada program-program lain yang dirancang selain daripada menghantar ke kejohanan-kejohanan; seperti mengadakan klinik-klinik secara berkala atau klinik antarabangsa seperti yang dianjurkan oleh Mr GM kita pada tahun-tahun lepaih.
    8. Buat masa sekarang kita ragu-ragu apakah perancangan MYA sebenarnya bagi persediaan 2014 memandangkan tiada apa-apa usaha untuk meningkatkan tahap dan prestasi atlet di peringkat akar umbi ke arah 2014 selepas tumpuan kepada atlet Sukan Sea dan Kelayakan Olimpik.
  2. Jadik kesimpulannya kalau ada-ada apa-ape info tu maklumkanlah kepada semua; manalah tau orang lain pun berpeluang taklah untuk kroni-kroni atau orang yang berada di sekeliling mereka sahaja (infonya berputar dalam zon sekeliling aje). Dulu masa kita buat perancangan depa pancung sekarang ni.....senanglah cerita ambik kau....tau-tau pegi game aje....pass tu abis-abis apa hal otpimist sajelah kelas lain apa dah jadi....mana pembangunan windsurfnya. Come on coach Balok...teruskan....buat gempak ckit. Apakah ada udang disebalik Batu (Batu berapa?) Jangan nanti kondem kelas lain pulak dari nak berkembang terus menguncup. Kelas Int 420 tak ada ape-ape kemajuan..sama aje malah kelas perempuan lagi kacau. 
  3. Apakah sudah sampai masa untuk kita memecahkan kejohanan di negeri-negeri mengikut kelas bot seperti contohnya kelas optimist di 7 negeri. Int 420 di 3 negeri + 3 peringkat kebangsaan +youth dan Laser dengan kejohanannya sendiri di 3 negeri lain sama seperti Int 420; tak ketinggalan untuk kelas windsurfing juga. Mungkin dengan cadangan ini penumpuan kepada pembangunan kelas-kelas lain akan lebih diambil berat oleh pihak berkaitan pembangunan. Atau Pengerusi Pembangunan terlampau banyak beban tugas. Agih-agihkan kepada AJK.Kalau malas nak buat kerja resign sahaja...mudahkan
Apa-apa hal kita kena terus menyokong usaha-usaha pembangunan ini cumanya ketelusan dan memperkemaskan program secara menyeluruh dan mempunyai halatuju dan sasaran matlamat tertinggi adalah menjadi harapan menggunang kita.

3 ulasan:

  1. 1A – Pelapis Optimist 2014 bermaksud, Atlit-atlit ini akan belayar Optimist sehingga 2014 dan di dalam Program Pelapis, sama ada Pelapis Negeri ataupun Pelapis Kebangsaan (untuk diserapkan ke Pelapis Kebangsaan juga ada pemilihannya). Tajuk disitu tidak bermaksud atlit ini secara automatiknya diserapkan terus, Cuma mereka akan melalui tahun ke tahun sehingga 2014 dalam acara Optimist atau kelas yg lain…

    1A – Pemilihan berdasarkan ranking terkini! Jawapannya sudah pasti. Merujuk kepada kerja Jurulatih Pelapis Kebangsaan sebelum ini, beliau memang memilih nama-nama ini melalui Ranking terkini dan analisis beliau, untuk di ajukan kepada Pihak Persatuan Pelayaran Malaysia dan pemilihan dipersetujui oleh semua ahli. (jika berlainan drp yang asal, ianya perlu ada ulasan lain drp pihak yang terlibat) Diharap ianya memberi penjelasan berdasarkan apa yang tersurat.

    BalasPadam
  2. 1. Q - Kelas-kelas yang terlibat
    1A – Program 2014 adalah satu program matlamat jangka panjang daripada saya sendiri tidak termasuk sehingga 2016 iaitu Program menuju ke Olimpik, Rio, Brazil. Tajuk Program 2014 ini adalah bermatlamat untuk menyediakan atlit-atlit yang mampu mengalas cabaran Negara pada Sukan Asia 2014, Incheon, Korea Selatan. Secara umumnya, kelas-kelas yang akan diberi keutamaanya adalah acara-acara yang akan dipertandingkan didalam Sukan Asia 2014 itu nanti. Tanpa memingirkan acara yang sangat berpeluang memenangi Pingat pada Sukan Temasya itu nanti. (seperti bidalan “Guruh dilangit, Air Kopi ditumpahkan pula” )
    2. Q -Antara program anjuran MSN dan MYA atau gabungan keduanya.
    2A – Untuk Program anjuran ini, tidak dikeluarkan lagi. ( Perbincangan program ini sedang dirangka )
    3. Q -Adakah pemilihan atlet telah difinalised atau berdasarkan ranking kebangsaan?
    3A – Pemilihan Program 2014, nama-nama atlit tidak lagi difinalisedkan dan juga, Pemilihan dibuat berdasarkan, Pemerhatian Jurulatih Kebangsaan berdasarkan secara Keseluruhan.
    4. Q -Bagaimana kita nak tahu kedudukan ranking atau hanya hak milik MYA
    4A – Kedudukan ranking keseluruhnya boleh merujuk kepada AJK MYA yang diberi peranan untuk melakukan tugasan ini.
    5. Q -Kalau hak milik MYA bermakna hak milik semua atau hak milik eksklusif ahli Jawatankuasanya sahaja?
    5A – Untuk mengambarkan ia milik eklusif AJK MYA adalah tidak tepat. Untuk, segala keraguan, bolehlah merujuk kepada Pengurus Besar MYA.

    6. Q - Sebarang program dan aktiviti yang dirancang untuk sepanjang tahun yang melibatkan perancangan MYA terutama sekali bagi aktiviti tidak melibatkan atlet kebangsaan yang telah tersenarai (maksud den yang berada di Langkawi tu...)
    6A – (Tiada Ulasan disebabkan persoalan agak kabur)

    7. Q - Apakah tiada program-program lain yang dirancang selain daripada menghantar ke kejohanan-kejohanan; seperti mengadakan klinik-klinik secara berkala atau klinik antarabangsa seperti yang dianjurkan oleh Mr GM kita pada tahun-tahun lepaih.
    7A – (Sebenarnya ada. Cuma …. )
    8. Q - Buat masa sekarang kita ragu-ragu apakah perancangan MYA sebenarnya bagi persediaan 2014 memandangkan tiada apa-apa usaha untuk meningkatkan tahap dan prestasi atlet di peringkat akar umbi ke arah 2014 selepas tumpuan kepada atlet Sukan Sea dan Kelayakan Olimpik.
    8A – (Lebih afdal jika AJK MYA ataupun wakil MYA untuk menjawap persoalan ini)

    BalasPadam
  3. 2. Q - Jadik kesimpulannya kalau ada-ada apa-ape info tu maklumkanlah kepada semua; manalah tau orang lain pun berpeluang taklah untuk kroni-kroni atau orang yang berada di sekeliling mereka sahaja (infonya berputar dalam zon sekeliling aje). Dulu masa kita buat perancangan depa pancung sekarang ni.....senanglah cerita ambik kau....tau-tau pegi game aje....pass tu abis-abis apa hal otpimist sajelah kelas lain apa dah jadi....mana pembangunan windsurfnya. Come on coach Balok...teruskan....buat gempak ckit. Apakah ada udang disebalik Batu (Batu berapa?) Jangan nanti kondem kelas lain pulak dari nak berkembang terus menguncup. Kelas Int 420 tak ada ape-ape kemajuan..sama aje malah kelas perempuan lagi kacau.
    2A – (Penjelasan terlalu rumit dan bersifat S&C, untuk dibentangkan disini. Nanti tak pasal-pasal kena palang )
    3. Q - Apakah sudah sampai masa untuk kita memecahkan kejohanan di negeri-negeri mengikut kelas bot seperti contohnya kelas optimist di 7 negeri. Int 420 di 3 negeri + 3 peringkat kebangsaan +youth dan Laser dengan kejohanannya sendiri di 3 negeri lain sama seperti Int 420; tak ketinggalan untuk kelas windsurfing juga. Mungkin dengan cadangan ini penumpuan kepada pembangunan kelas-kelas lain akan lebih diambil berat oleh pihak berkaitan pembangunan. Atau Pengerusi Pembangunan terlampau banyak beban tugas. Agih-agihkan kepada AJK.Kalau malas nak buat kerja resign sahaja...mudahkan
    3A – Soalan ini tidak ditujukan kepada saya kan? Hehe…
    Apa-apa hal kita kena terus menyokong usaha-usaha pembangunan ini cumanya ketelusan dan memperkemaskan program secara menyeluruh dan mempunyai halatuju dan sasaran matlamat tertinggi adalah menjadi harapan menggunang kita.

    “Coach.Shahir – Sudah Pasti, Sokongan Tuan/Puan amat penting dalam menentukan Hala Tuju Sukan Pelayaran Di Malaysia Ini pada MASA HADAPAN.”

    BalasPadam