Rabu, 25 Januari 2012

Kursus Kepegawaian buat Pegawai SUKMA

Kursus pertama pada tahun ini seperti yang terpapar di dalam kalendar MYA ini khabarnya telah tamat dan berjalan dengan dengan lancar.
Kursus telah dikendalikan oleh coach Norhisyam "Balok" Mat Nor dan Mr Hamdan Yahya.
Kehadiran agak memuaskan seramai 30 orang lebih dengan penyertaan yang dihadkan. Kalau tak mungkin lebih lagi akan menyertainya. Kebanyakan peserta terdiri dari anggota navy, MPK, FELDA dan cikgu-cikgu sekitar Pahang. Kebanyakan peserta ini adalah orang baru dan belum pernah terlibat dalam pengajuran kejohanan mahupun terlibat dengan sukan pelayaran.

Latihan teori dan praktikal di darat telah dijalankan. Latihan praktikal di laut tidak dapat dilakukan. Walaupun begitu dikatakan praktikal di darat berjalan dengan lancar, cuma di laut laut belum tahu lancar atau tak?

Bermakna dengan rata-ratanya adalah muka-muka baru dalam sukan pelayaran, mereka ini perlu didedahkan dengan praktis kejohanan sebenar bagi persiapan SUKMA nanti (jika benar 30 orang lebih dah kira besar).
Kejohanan MSSM dan adalah praktikal terbaik mereka setakat ini; dan dengan beberapa latihan di air sebenar boleh membantu mereka. Juga semasa kejohanan Pahang Open nanti biarlah 90% kepegawaian dah hadir sebagai test ground.

Jadi jika dilihatkan kepada jumlah penyertaan mereka ini dan jika boleh digunakan secara berterusan maka adalah langkah baik untuk mengatasi masalah seperti yang berlaku di Perlis dengan terlampau ramai pegawai teknikal dari luar tetapi khabarnya hanya segelintir sahaja yang benar-benar berfungsi menjalankan tugas dari awal hingga abis. Sebahagian lagi khabarnya hanya beraksi semasa nak turun air dan selepas naik hilang.

Tetapi pendedahan kepada pengendalian kepada kejohanan serta pemahaman kepada bagaimana pertandingan dijalankan dan kehendak sukan perahu layar perlulah mereka-mereka yang baru ini fahami dan jiwai. Rasanya untuk ini setiap negeri yang mempunyai pengerusi pembangunan ataupun pengerusi teknikal dalam persatuan haruslah menjalankan peranan mereka bagi mengendalikan kursus pegawai teknikal ini serta merancang aktiviti supaya mereka boleh mengendalikan kejohanan dengan baik.

Jika ini berkesan maka pada pertandingan-pertandingan nanti tak perlu ramai yang hadir dari luar hanya 'key person sahaja' untuk mengetuai bahagian-bahagian penting termasuk atas bot RC juga boleh dilimitkan.


Sedikit kurang enak didengar beberapa peralatan yang disediakan semasa kursus ini tidak menepatii kehendak dan keperluan. Perkara ini perlu diberi perhatian memandangkan mereka akan mengendalikan SUKMA, jangan sampai saat terakhir nanti apa pun tak ada dan belum dalam keadaan benar-benar bersedia, jangan ambik mudah walaupun masih jauh waktu SUKMA checklist dah kena mula buatkan?


Pengerusi Teknikal Kejohanan SUKMA dari MYA hadir tak masa aktiviti ni....? Harusnya mesti ada ini juga sepatutnya menjadi event untuk dia berkenalan dan mengenalpasti pegawai-pegawai yang bakal beraksi dan mula melihat akan kemungkinan masalah-masalah akan timbul dan maslahat yang akan difikirkan perlu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan