Memaparkan catatan dengan label Aktiviti MYA- MMRC. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Aktiviti MYA- MMRC. Papar semua catatan

Rabu, 18 Januari 2012

Corat-Coret Pelayaran dan MMRC

Komen dari Minah Gatal Miang (MGM) saya bersetuju memang sepatutnya MYA yang menguruskan sepenuhnya...tetapi seperti komen MGM juga kita kena improved tahap dan keupayaan kita dalam mengendalikannya terutama setaraf dengan apa yang dikendalikan semasa Monsoon Cup bukan semata-mata dari segi pengendalian pertandingan di air oleh Race Committee Manegementnya (Jgn lupa MGM....... orang yang sama juga berada dalam RC mereka dengan yang mengendalikan kejohanan tempatan tetapi biasalah ada beberapa lagi PRO's di atas mereka) malahan bagaimana mereka mengurus dan mengendalikan  acara yang dilakukan adalah jauh lebih awal dan teratur, ini kerana saya pernah terserempak beberapa kali dengan mereka semasa mesyuarat bersama dengan pihak kerajaan negeri dan persekutuan serta jabatan-jabatan yang akan terlibat. Bagaimana mereka menggunakan keseluruhan input yang ada semaksima mungkin dan langkah mengawal selianya. Saya ambik contoh bandingkan bagaimana kita mengendalikan kejohanan IODA Asian dan IODA World jauh berbeza dan akan datang ASC lagi beberapa hari sahaja kurang 1 bulan.

Ketiga-tiga acara yang telah dan akan kita kendalikan adalah satu acara yang sangat besar bagi saya dan kita kena dan sepatutnya gunakan sebaik mungkin untuk melakukan lonjakan terhadap sukan pelayaran di negara supaya orang boleh buka mata bukan Monsoon Cup sahaja acara pelayaran di Malaysia. Oleh itu publisiti adalah perlu dilakukan dengan sebaik mungkin sebagaimana T-Best berjaya melakukannya. Itu adalah kepakaran mereka dan seperti saya katakan mereka berorientasikan keuntungan tidak seperti MYA adalah badan/persatuan yang memajukan sukan yang mana rata-rata ahlinya berpaksikan kepada memaju, menaik taraf sukan pelayaran dan tidak semata-mata mau untung sendiri. 

Apa-apa pun kejayaan mereka menggunakan power...power apa?...termasuk power dari pangkat dan individu dalam organisasi mereka,... juga dan paling penting power duit yang diperuntukan kepada mereka. Itulah dalam posting lepas saya mengharapkan yang penajaan yang telah dikemukakan tidak terbantut dengan kegagalan berfungsinya apa yang telah dimeterai jika ada...dan seperti dilihat.

Mahu ataupun tidak kita memerlukan peruntukan kewangan bukan sekadar untuk bayaran kepada komiti-komiti yang mengendalikan... marah betul MGM kat RC kita...saya pun marah juga kadang-kadang...tetapi marah-marah sayang..kita nak tengok dia orang buat kerja yang lebih bermutu....off course...tak pe bagi lagi peluang untuk belajar. Berbalik kepada isu kewangan...diperlukan juga seperti contohnya kos penggunaan bot-bot dari pihak yang terbabit, kos-kos pembaikan, publisiti media massa dan elektonik, lain-lain pengurusan yang membolehkan ianya dijalankan dengan sempurna bukan sahaja kepada atlet tetapi pada mata masyarakat umum sepenuhnya dan barulah kita boleh lihat MYA mampu melakukan lebih baik dari apa yang T-Best lakukan. Tak lupa + pengalaman dan professionalism

Oleh itu seperti komen MGM kerjasama semua untuk menjayakannya amatlah diperlukan mengikut kepakaran masing-masing dan bak kata kawan kita yang sudi memberi pinjam guna bot kepada menjayakan circuit ini; demi maruah negara. Iaitu natijahnya kepada kesemua yang kita lakukan semuanya adalah untuk memartabatkan maruah negara. Tetapi takkan bagi pinjam percuma tentulah ada saguhatinya atau perjanjiannya...kan...kan...tidak semuanya hanya semata-mata kepada bentuk wang ringgit tetapi sesuatu bentuk lain yang boleh dilakukan kepada kawan-kawan mahupun secara bersendirian, jabatan atau persatuan yang menyumbang sebagai langkah menghargai mereka.

cop...

Isnin, 16 Januari 2012

Berita lanjut berkaitan dengan match racing circuit....


Salam satu malaysia,

Sedikit berita dari dari rakan-rakan di Langkawi menyatakan MYA telah mengadakan satu mesyuarat di Langkawi pada 14hb Januari 2012

Dari khabar yang diterima rupanya terdapat persetujuan bersama dengan pihak MYA dan T-Best untuk menjalankan circuit kebangsaan ini. Dan terkini katanya pihak T-Best tidak dapat/gagal  mematuhi perjanjian...tak tahulah pulak persetujuan apa mungkin mereka (T-Best) yang sepatutnya mengendalikan hal-hal berkaitan dengan penganjuran ini (promosi dan sebagainya??)  tetapi saya rasa pihak T-Best sebagai pihak pengurusan penganjuran profesional yang berorientasikan keuntungan dalam perkara yang mereka lakukan tentulah terdapat perkara-perkara tertentu yang mereka rasakan tidak dipenuhi ataupun bakal tidak mendatangkan faedah keuntungan yang setimpal dengan komitmen yang akan diberikan berdasarkan pengalaman-penaglaman mereka yang lepas menganjurkan World Match Racing Championship (WMRC)  ataupun Malaysian Match Racing Championship MMRC). Itu hanya MYA dan T-Best sahaja yang tau; tetapi kita sebagai warga pelayaran yang akan mendapat kesannya tentulah mengharapkan laba dari aktiviti kejohanan ini dan bukan bala yang akan menanti.

Apa pun saya bersetuju dengan langkah MYA memutuskan yang acara ini akan dikendalikan oleh MYA dan persatuan negeri cumanya kita berharap peruntukan yang telah diluluskan oleh pihak penaja akan berjalan seperti mana yang diputuskan. Siapa dia penaja utama kita KBS ke? berapa dapat bagi setiap penagnjuran? Apakah peruntukan yang sama yang T-Best dapat semasa menganjurkan MMRC dan WMRC akan MYA dapat semasa penganjuran tahun ini dan mampukah MYA menganjurkan dengan sempurna seperti mana yang dilakukan oleh pihak T-Best pada masa-masa lepas. Apakah T-Best hanya akan menaruh minat dalam menganjurkan MMRC dan WMRC sahaja. Okey juga kalau macam tu....tetapi dalam masa yang sama pihak T-Best sepatutnya memberikan khidmat nasihat (sebagai balasan kepada MYA memberikan pihak T-Best mengendalikan MMRC dan WMRC) semasa setiap kejohanan ranking circuit supaya pada masa depan MYA mampu berdiri sendiri.Kalau tak cari syarikat lain. Siapakah orangnya dalam MYA yang mengendalikan circuit kebangsaan ni...orang sama ke??

Apa-apa pun saya dimaklumkan kejohanan tiga hari pada circuit pertama ini menawarkan jumlah hadiah wang tunai RM 10,000.00. Hairan juga kita bagaimana telah berpuluh tahun kita berkecimpung dalam sukan pelayaran ini bagi kelas-kelas lain termasuk kelas-kelas Olimpik tidak ditawarkan hadiah semewah itu. Kalau nak katakan dapat penajaan siapa yang cari MYA jugakan adakah ia jatuh bergolek takkan? Kadang-kadang macam ada diskriminasi dalam hal sebegini. Sekurang-kurangnya semasa final kejohanan ranking kebangsaan atau semasa Kejohanan kebangsaan bagilah hadiah-hadiah yang grand sikit, bagi pencapaian terbaik sepanjang tahun tak dapat 2-3 ribu, 10 ribupun jadilah....hahahhhh. Bukan jealous, dengki tidak sekali baguslah tu saya sokong 100% cuma saja bikin bising...mana tau kalau-kalau dapat tumpang semangkuk....bukan untuk diriku ini tetapi warga pelayaran sepenuhnya. Ayooh seseorang dalam MYA yang peri-hati-n..ya..

Sehingga kini pasukan-pasukan yang telah mengesahkan penyertaan mereka dengan penyertaan yang masih terbuka:



Team Jeremy
Team Permai
Team KFC / MYA
Team RSYC
Team Tiffany
Team Kedah
Navy 1
Navy 2
Team Razman

Jadik kepada pasukan-pasukan lain yang berminat terutama yang memasang impian untuk ke MMRC dan WMRC anda wajib menyertai circuit ini kerana hanya pasukan terbaik ranking layak ke MMRC sebelum layak ke WMRC setelah menjuarai MMRC.

Sabtu, 14 Januari 2012

Acara Pertama Match Racing National Circuit 1

Sehubungan dengan posting terakhir saya, akhirnya baru sekejap tadi saya mendapat maklumat dan hebahan berkaitan dengan kejohanan match racing kebangsaan. Secara kebetulannya kebimbangan dan keraguan kita juga menjadi satu perhatian MYA, tetapi seperti banyak kali juga berlaku acara-acara yang dirancang itu kadang-kadang macam tak jadi aje dan ada banyak juga yang tak jadi.

Jadi kepada sesiapa yang ada sebelum ini bertanya bolehlah dengan segera mengambil tindakan yang perlu. Sila click di sini untuk mendapatkan NORnya ataupun di Quicks Download.
Cumanya sepintas lalu saya lihat tiada pendaftaran awal yang perlu dibuat, bermakna semua pasukan yang ingin menghambil bahagian perlu melakukan pendaftaran seperti tercatat di dalam NOR pada 5hb dan 6hb.

Mungkin akan menjadi masalah kepada pasukan-pasukan untuk pertandingan pertama ini bagi mereka yang berhajat untuk mendapatkan penaja bagi pasukan mereka kerana lewatnya keluar NOR ini dan yang lebih penting daripada itu kita masih lagi kabur berkaitan perjalanan match racing ini sebagaimana kaburnya ranking regatta kebangsaan seperti posting lepas. Mungkin semasa kejohanan cicuit pertama nanti kita akan dapat melihat peraturan-peraturan dan dokumen berkaitan dengan perjalanan circuit kebangasan keel boat ini.

Khamis, 8 Disember 2011

Malaysia Match racing Circuit

Salam......

Baru-baru ni ada 2 - 3 orang contact saya dan tanya berkaitan dengan match racing circuit yang kononnya akan diadakan pada tahun hadapan.

Yang bertanya tu teamnya khabarnya dah set-up dan dah ada pun nama dan pengalaman dalam acara match racing ni...tetapi sampai kini mereka tak tahu apa-apa lagi berkaiatan dengan acara ni...sampai kini tak melihat lagi notis pertandingan ni.

Kalau tak silap saya dimaklumkan kejohanan di Langkawi pada bulan Februari merupakan circuit pertama....tinggal lagii berapa hari. kurang lebih tinggal lagi 2 bulan ma.....

MYA dah bersedia ke....betulke nak buat ni....tunggu last minit juga ke baru nak kelam kabut...lepas bergaduh sama sendiri....lu kata gua tak betul...gua kata lu tak betul...
Banyak juga yang bermain dalam kepala kita...isu-isu saya seperti dalam posting saya beberapa bulan lepas juga dapat sambutan posting tu..ramai yang lihat dan ada juga yang bagi komen balas

So fikir-fikirlah sendiri...macam mana pendaftarannya team....boat apa nak guna....cara dan format yang hendak digunakan.....kepegawaiannya.......publisitinya.............point ranking lagi........peraturan tetap pertandingan, sailing instruction......woooo banyak tu... nak kena buat.....banyak juga RM$$$$$$$ terlibat tu

Ahad, 23 Oktober 2011

Circuit Kebangsaan MMRC

Berikut adalah komen dari tanpa nama berkaitan dengan match racing circuit MMRC yang mana rasanya elok kita lihat, perhalusi dan mungkin boleh diperdebatkan dan rasa adakan pro dan ada yang kontra. isu yang dihighlightkan juga adalah antara yang bermain dalam kepala untuk diperbincangkan pada sambungan posting yang terakhir. Sesuatu perkara baru biaslah akan jadi sebegitu ada banyak pro dan kontra dan mungkin perlu kepada MYA mengeluarkan/memberi penjelasan pada masa-masa terdekat. Juga mengambil kira pandangan-pandangan yang dikeluarkan apabila penjelasan telah dibuat. Tidak semuanya betul dan tidaklah pulak semuanya salah. Mungkin ada masa kita terlepas pandang akan sesuatu isu atau satu isu yang kita rasa remeh tetapi tidak bagi pihak lain. Surat yang dikeluarkan amat terlampau ringkas dan banyak yang perlu diperhalusi seperti komen tanpa nama. tetapi saya percaya MYA sudah tentu semestinya dari awal telah mempunyai semua keperluannya untuk menjayakan circuit ini.
 
Tanpa Nama berkata...
cadangan mengadakan mmrc circuit adalah sangat bagus bagi memantapkan lagi pelayar-pelayar malaysia. dapat di lihat dimana aksi MMRC lebih baik dari AMRC menunjukkan pelayar pelayar malaysia mempunyai potensi untuk lebih maju di dalam sukan ini. tetapi :-

-adakah liputan pertandingan seperti mmrc.. sebab takder sponsor yang nak taja kalau buat game setakat melepaskan batuk di tangga.

-adakah mya sudah bersedia? atau sekadar mengaut keuntungan???

-bagaimana dengan penggunaan bot pula? adakah bot bot yang digunakan mempunyai setting/berat/dan layar yang sama?

-Juri (umpire) yang bakal di lantik adakah dari yang berpengalaman? atau hanya diambil dari mereka yang pergi mengikuti kursus juri?. kerana biarpun mereka telah pun mengikuti kursus mereka tidak pernah menjadi salah seorang umpire semasa mana mana kejohanan Match racing.

-Damage deposit untuk kerosakan boat pula bagaimana?

-Adakah cash prize yang dijanjikan akan diterima oleh pemenang. atau akan ditukarkan kepada barang barang pelayaran yang terdapat di MYA?

- Masih banyak lagi persiapan dan perkara yang perlu di bincangkan bagi menjayakan MMRC circuit saya harap, MYA membuat persiapan lebih awal dan memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar dan cemerlang.

-ulasan bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, sekadar mengingatkan bahawa pelayar pelayar juga mempunyai impian juga mempunyai tugas dan tanggungjawab kepada sesebuah organisasi. ada yang sanggup mengobankan cuti bagi menyertai sesebuah kejohanan. biarlah apa yang mereka korbankan berbaloi kepada mereka. 


My comment next...