Selasa, 2 Oktober 2012

Perjumpaan/Perbincangan Semasa

Salam

Akhirnya berjaya juga satu perjumpaan tidak resmi diadakan diantara coach-coach/pengurus/pelaksana program latihan bagi negeri-negeri bersama dengan jawatankuasa MYA. Saya sudah lama membayangkan perkara ini boleh kerap berlaku pada setiap kali kejohanan dalam negara diadakan yang mana ini akan banyak memberi faedah kepada semua samada kepada negeri-negeri ahli kepada persatuan kebangsaan mahupun kepada MYA sendiri. Dari sini kita akan dapat:
  1. Mengetahui apakah perkembangan semasa MYA
  2. Perancangan masa depan MYA
  3. Apakah benefit-benefit yang sedang dan akan disediakan/diperolehi untuk negeri-negeri ataupun pelayar negeri
  4. Apakah cadangan penambahbaikan dan buah fikiran dari negeri
  5. Apakah cadangan-cadangan dari coach/wakil negeri terutama bagi personal yang kerap pada kebanyakan masa mewakili negeri di kejohanan-kejohanan, terutama untuk menambahbaik mana-mana program semasa MYA yang belum terlaksana, sedang dalam pelaksanaan ataupun cetusan idea baru yang tiada dalam perancangan MYA.
  6. Setiap pengerusi jawatankuasa dapat membentangkan perancangan dan pelaksanaan aktiviti yang di bawah bidangkuasa masing-masing dan dalam masa yang sama dari sini bagi yang belum mempunyai jawatankuasa kecil (setiap jawatankuasa dah ada sub komitinya kah??--hehhh-hehh) boleh melantik antara yang hadir sebagai ahli jawatankuasanya dan boleh kerap berbincang pada masa hadapan semasa berjumpa di kejohanan-kejohanan ranking.
Perjumpaan semasa di Kejohanan KFC-Felda Johor baru-baru ini membincangkan berkenaan dengan kedudukan Ranking kebangsaan dan didapati sangat menarik dengan pandangan-pandangan dan input yang diberikan. terimakasih kepada semua terutama coach-coach negeri yang sangat mendalam minat dan fokus masing-masing terhadap ranking ini ; walaupun ada beberapa yang dilihat sangap/menguap apabila masuk ke jam pertama perbincangan (sayang tak sempat snap..) Terimakasih juga kepada En Afendy dan cikgu Halim yang memberikan respon yang sangat baik terhadap cadangan perbincangan ini dan membolehkan perbincangan ini mempunyai nilai yang tinggi dan penting dengan wakil MYA mempengerusi dan mencatat minit perbincangan. Cumanya perbincnagan ini mungkin memakan masa yang agak lama mungkin kerana intro dan buah fikiran dari pengerusi berlari hingga ketopik-topik lain yang juga amat penting tetapi patut rasanya perlu dibincangkan pada masa-masa akan datang...walaupun begitu terimakasih GM atas maklumat-maklumat tersebut. So pada masa-masa akan datang jika ada yang ingin mempengerusi perbincangan rasanya eloklah bersedia terlebiih dahulu supaya perbincangan hanya mengambil masa 1-1j 30min sahaja dan maksima 2j.

Apa-apa pun harus diingat beberapa perkara berkaitan dengan perbincangan ini
  1. Perbincangan ini adalah tidak resmi jadi pelaksanaan kepada apa-apa hasil yang diterima tidak boleh semestinya akan digunapakai ataupun dilaksanakan 100% ataupun mungkin tidak akan dilaksanakan mengikut apa yang dipersetujui.
  2. Wakil-wakil perbincangan tidak mewakili negeri masing-masing melainkan jika MYA terlebih dahulu (maksud saya pengerusi Jawatankuasa MYA) memaklumkan kepada persatuan negeri yang beliau akan mengadakan mesyuarat.
  3. Juga perbincangan ini juga tidak mewakili jawatankuasa-jawatankuasa kecil (sub komiti) setiap pengerusi jawatankuasa sekira tidak terlebih dahulu dilantik dan dimaklumi secara resmi oleh MYA.
  4. Kesimpulannya perbincangan ini hanyalah untuk menerangkan, memberi input dan proses awal dalam menolong untuk memudahkan MYA melaksanakan apa-apa yang telah dipersetujui ataupun yang telah berjalan tetapi tidak begitu efiisien dan lancar.
  5. Walaupun begitu kita berharap apa yang telah dipersetujui akan dipanjangkan oleh pengerusi-pengerusi perbincangan kepada pihak atasan MYA sebagai inilah apa yang dilihat oleh akar umbi dan juga oleh pelaksana apa-apa dasar yang dijalankan oleh MYA.
Sehubungan dengan itu pada sesiapa yang masih mempunyai cetusan idea berkaitan dengan ranking bersegeralah membari komen anda sebelum ianya diperhalusi dan dibentangkan oleh cikgu Halim semasa kejohanan Terengganu Monsoon pada awal November nanti..tak gitu cikgu Halim...? mengikut apa yang dipersetujui dan akan dikuatkuasakan pada tahun hadapan, tetapi apa-apa yang berkaitan perlu dan akan dilaksanakan pada tahun ini terutamanya untuk memasukkan kelas-kelas lain dalam ranking kebangsaan.

Sekian..menendurkan diri dulu....SEBELUM TU RASANYA NOR KEJOHANAN KEBANGSAAN 2012 DI SELANGOR NANTI RASANYA MACAM ADA YANG TAK KENA AJE....BETULKAH DAH FINALISED NI...?


1 ulasan:

  1. Antara yang dibincangkan adalah:
    1. Antara kegunaan ranking untuk hantar atlet ke luar negara selari dengan program atlet kebangsaan untuk penilaian dan proses pemilihan (eg. Sukan Sea)
    2. Hadiah-hadiah: untuk atlet dan juga negeri
    3. Cara kiraan ranking
    4. Discard: cadangan hanya 2 dengan Sabah adalah mandatory
    5. Kelas-kelas bot
    6. dll
    Jadi dialu-alukan jika ada cadangan-cadangan dari warga pelayaran

    BalasPadam