Ahad, 14 Oktober 2012

Sedikit Coretan untuk Perbincangan-Sahutan1 kepada FORCE BASIC

Kejohanan KFC-Felda Johor hampir masuk ke minggu ke-tiga tamat dan hampir sudah berlalu ditiup bayu selatan menuju ke utara pantai timur. Bau ayam goreng KFC sudah mulai terhidu sikit demi sedikit ke Pantai Terengganu bercampur hamis-hamis dari Pasar Payang.

Ada terdengar keluhan-keluhan dan rungutan kecil di Johor baik dari pihak tuanrumah mahupun pihak peserta berkenaan perjalanan kejohanan tersebut dan sesuatu yang boleh kita perhalusi dalam membantu memeriahkan lagi suasana sesuatu acara kejohanan disamping meningkat prestasi atlet melalui persaingan yang sihat.

Pihak tuan rumah tampak SEDIKIT TERKILAN dengan jumlah kekawan peserta dari luar  hadir pada kejohanan Johor ini. Ini saya terdengar sendiri dari pihak atasan mahupun terbaca keluhan coach Zack di FORCE BASIC. Dengarnya dari sumber-sumber yang boleh dipercayai penajaan mencecah ratusan ribu (300-400 taklah pasti sangat - tak gitu?) tetapi sedikit kurang sambutan. Sedangkan bagi saya Johor adalah negeri yang paling kerap menyertai kejohanan-kejohanan dalam negara-setuju dengan coach Zack. Apa tidaknya saya juga mempunyai perasaan sebegitu dengan hanya kelas Optimist sahaja yang tetap memberangsangkan tetapi bagi kelas-kelas lain sungguh menyedihkan.

Intro coach Zack dalam coretannya menyatakan 130 peserta bagi saya adalah satu jumah yang boleh dibanggakan sebenarnya kerana itu sudah dikira ramai tetapi kalau diperhalusi seperti yang dinyatakan ya bagi kelas Optimist dengan 78 penyertaan adalah baik tetapi kelas-kelas lain;
  1. Kelas Windsurfing Bic Techno 293 terpaksa dibatalkan
  2. Kelas Laser Standard terpaksa dibatalkan
  3. Kelas Laser Radial Perempuan hanya 2 orang dan total Radial 8 orang (normal dlm kejohanan dalam negara tetapi perlu digiatkan lagi)
  4. Kelas Laser 4.7 agak baik (sikit tetapi kurang lebih sama dengan kejohanan tempat lain) 4 lelaki dan 4 perempuan.
  5. Kelas Int 420 perempuan hanya 1 bot dan lelaki 3 bot (total 4 bot dan ini juga adalah normal.....)
Jadi totalnya adalah kira-kira 102 peserta maka selebihnya saya rasakan datang dari Match Racelah

Disini saya lihat jika benar dengan peruntukan yang besar seharusnya Johor kena melihat kepada aspek kumpulan sasaran-peserta (penyertaan pasukan negeri) sama tidak semata-mata melihat kepada standard dan kelicinan penganjuran (apa yang nak dibuat supaya acara nampak hebat pada pandangan awam) yang pada mata hati orang-orang yang datang (komuniti pelayaran) mungkin tidak begitu tinggi nilainya (Maaf ini hanyalah pandangan sahaja tak semestinya benar). Kejohanan yang simple tetapi pengurusan di air yang terbaik, mutu pertandingan dengan jumlah perlumbaan dan masa yang munasabah bagi menghabiskan pertandingan, hadiah-hadiah lumayan, kreativiti menambah hadiah kemenangan, layanan dan kemudahan akses-akses mungkin akan diambilkira oleh mereka. Memang ini perkara pokok yang sukar untuk direalitikan sepenuhnya kerana kebanyakannya di luar kawalan kita tetapi beberapa isu pokok tersebut adalah boleh diurusbaikkan dan kita kena terima pakai LAIN PADANG LAIN BELALANG mungkin sesetengah tempat tak dapat dielakkan masalah-masalah ini.

Kita tidak boleh menidakkan Johor mungkin mempunyai agenda sasarannya sendiri dengan mengadakan majlis penutup yang grand dengan kehadiran orang-orang besar negeri demi kepentingan pembangunan sukan perahu layar negeri dan di sini kita sokong mungkin satu hari nanti Johor mempunyai akedeminya sendiri yang mudah untuk anak negeri mempergunakannya tanpa halangan/kekangan besar terutama melibatkan kewangan yang mungkin menjadi isu beban bukan kepada pelayar sahaja tetapi juga akhirnya dilambakkan kepada persatuan dan akhirnya kepada negeri. Tetapi kalau perkara yang melibat keutamaan sesuatu acara itu diadakana iaitu terus orang yang perlu diraikan itu tidak ditambah baik/tambah nilai dalam keadaan dan situasi yang ada termasuk nak dapatkan coach bot pun susah kita khuatir tahun mendatang akan menjadi lebih kurang sambutan.

Mengadakan secara serentak acara Match Racing juga saya tak pasti samada lebih mememeriahkan ataupun menyebabkan acara Fleet racing di Johor seolah kurang sambutan dan seperti terpinggir setidak-tidaknya beberapa pelayar yang boleh bersaing dalam fleet race lari ke Match Race untuk merebut peluang yang lebih besar ditawarkan sedangkan dalam fleet race mereka tak dapat- seperti ganjaran wang tunai dan sebagainya. Disini adakah saling membantu atau siapa tolong siapa dan siapa guna siapa. APA YANG NYATA HINGGA KINI SAYA TIDAK LIHAT SEKURANGNYA COVERAGE UNTUK ACARA FLEET RACE...Juga ini melibatkan peranan siap dalam hal ini, juga adakah telah dikuasai....dan kalau kita lihat faktor menguasai datangnya dari sumber $$$$. Tetapi mungkin saya terlepas pandang maklum kurang sikit baca-baca paper nih..

Kesimpulannya:
  1. Jika benar sekali lagi dengan peruntukan dan penajaan yang besar tetapi jika tidak dipergunakan dengan beberapa perkara terlepas pandang maka agak rugi kepada penganjur itu sendiri dan juga kepada komuniti pelayaran.
  2. Setuju dengan coach Zack MYA dan persatuan negeri kena memainkan peranan tetapi peranan itu seharusnya bermula dari diri kita sendiri...Ayoh semua sama-sama menyumbang.

SEMUA JANGAN MARE YE...SAYA HANYA MENYYAMBUT SERUAN COACH ZACK. BERSAMBUNG KE ISU PERBINCANGAN BERIKUTNYA MENYAMBUT SAHUTAN FORCE BASIC. APA PULA KELUHAN DARI PESERTA???

Tiada ulasan:

Catat Ulasan