Sabtu, 13 Oktober 2012

Review Pemilihan Atlet: Isu 1 - berbekas kepada bekas-bekas atlet

Seperti yang dinyatakan dan dijangkakan isu pemilihan atlet adalah sesuatu isu yang agak hangat dan ia masih diperkatakan dalam entry facebook

Disini saya ingin mengambil dan mengulas beberapa isu yang diperkatakan dalam perbincangan fb AURORA SAILING MALAYSIA:
Isu 1yang ditimbulkan: Perihal nasib pelayar-pelayar yang sudah menjangkui umur 21 tahun dan ke atas seolah-olah sudah tiada lagi peluang dalam meneruskan sukan pelayaran melainkan jika ianya menjadi atlet kebangsaan. Ini kerana persatuan  negeri tidak mampu untuk menaja mereka kerana tidak lagi layak sebagai atlet SUKMA. Terdapat beberapa atlet terutama bekas pelayar kebangsaan yang sedang melanjutkan pengajian di universiti masih lagi berminat untuk menyumbangkan kudrat dalam sukan ini yang kebanyakan secara peribadinya sailing sudah menjadi darah daging mereka memandangkan kebanyakan mereka menghabiskan masa alam kanak-kanak sehingga meningkat remaja dan ada yang dah dalam kategori pemuda-pemudi dan belia-wanis menjadikan sailing dan komuniti sailing sebagai rutin kehidupannya  bukan lagi sekadar aktiviti riadah semata-mata.

Juga kenyataan yang boleh kita lihat kebanyakan atlet pelayaran yang berjaya pada peringkat antarabangsa kebanyakannnya berusia 25 tahun dan ke atas, malah beberapa ketika dahulu kebanyakan pemenang emas adalah berusia sekitar 30-an, cuma kebelakangan ini trendnya berubah sedikit seawal 20-an pun sudah ada sebilangan kecil atlet yang sudah mula berjaya berada pada kelompok terbaik.

Jadi apakah yang boleh kita lakukan untuk menolong mereka ini dan dalam masa yang sama negara benar-benar mendapat benefit dari mereka, setidak-tidaknya jika mereka ini memang dah tak mampu menyumbang bagi mewakili negara selalunya atas sebab-sebab keterbatasan kepada mereka untuk menjalani latihan secara berterusan untuk kekal berada terbaik di atas (disini membawa maksud yang lebih intensif dan progresif) atas sebab-sebab lumrah alam kehidupan di Malaysia memang begitu tetapi setidak-tidaknya mereka boleh menjadi penyumbang sebagai sparring supaya fleet pelayar yang bagus akan sentiasa ramai dan secara automatiknya standard pelayaran dalam negara akan sentiasa tinggi dan natijah baik kesudahanmya boleh menjimatkan perbelanjaan keseluruhan kewangan negara (patriotiknye) apabila kita sudah tidak perlu lagi terlalu bergantung kepada latihan luar negara sepenuhnya untuk mendapat kualaiti saingan yang tinggi dari pelayar-pelayar luar malahan negara luar juga akan mula menjadikan Malaysia sebagai port latihan dan pertandingan mereka Insyaallah!

Jadi kita jadikan isu ini sebagai topik perbincangan, seterusnya supaya jadi-jadian yang banyak akan diperolehi menjadi bahan dan kaedah yang akan dijadikan kenyataan dan benar-benar menjadi (berapa banyak jadi yang anda dapati?)

Jadi... sekali lagi jadi saya mulakan dengan kita lihat apa yang saya maksudkan menjadi lumrah kehidupan;
  1. Pelajaran- kebanyakan menyambungkan pengajian ke peringkat tertinggi - sukan perahu layar tidak dapat diteruskan kerana selain sibuk dengan pelajaran (yang sebenarnya tiada masalah pun kerana kebanyakan Olimpian termasuk Kevin Lim adalah doktor...bermakna bak kata gm atas pelayar itu sendiri juga akhirnya) mereka juga tidak mendapat apa-apa bantuan dan sokongan kerana sukan pelayaran tidak terdapat di universiti dan institusi pengajian tinggi yang lain dan ini merupakan isu utama bagi saya untuk saya perlu diberi keutamaan bagi melihat mereka ini terus aktif. Negara-negara lain yang ada Olimpian tuuu mereka selalunya mendapati bahawa sukan pelayaran juga menjadi keutamaan di universiti terutama di negara eropah (great Britain dan Kanada terutamanya) dan juga USA - ini alasan studenkan kan..kan? dan memang betul pun. Dapatan dan pandangan saya yang amat terhad dalam isu ini:
    1. Kini dalam Malaysia seperti kata GM UITM (Arau aje ke?) sahaja satu-satunya universiti yang agak serius dalam membantu dan itupun lebih terarah kepada atlet kebangsaan. Jadi kenapa tak kita kembangkan kepada UITM-UITM lain di seluruh negara untuk sukan pelayaran sebagai sukan teras atau prestasi tinggi.
    2. Terdapat beberapa universiti yang pernah saya dengan seperti UniKL Lumut, Uniszar ada menjadikan sukan perahu layar sebagai salah satu dalam manual kokurikulumnya. Ini juga merupakan permulaan yang baik dan boleh menjadikan mereka ini sebagai pemangkin untuk terus berkembang. Cumanya bagaimana kita boleh meng-arah haluannya bukan mengarah mereka-mereka ini dan sesiapa (siapakah?) yang terlibat supaya mempergiatkannya menjadi lebih baik menuju kepada sukan prestasi tinggi.
    3. Kenapa kita tidak mengusahakan kepada meng-arahkan sukan ini kepada institusi-intitusi pengajian tinggi yang berada berhampiran dengan pusat-pusat pelayaran sedia ada, mengikut konsep sama seperti yang dilakukan bersama dengan Kementerian Pelajaran melalui MSSM. Persatuan juga boleh mendapat impak tambahan publisiti sukan perahu layar persatuan/kelab mereka dan kemungkinan melalui kertas kerja bermutu sudah pastinya dari MYA akan menarik Kementerian Pendidikan Tinggi untuk membeli peralatan-peralatan bagi kemudahan latihan mereka dan buat permulaan dengan persefahaman bersama (MOU) menggunapakai peralatan sedia ada persatuan. Selain itu persatuan juga boleh membantu pelayar-pelayar lepasan SPM/STPM untuk melanjutkan pengajian dengan menempatkan pelayar mereka di institusi pengajian tinggi tersebut. 
    4. Ini sebagai permulaannya sahaja, selepas itu langkah seterusnya haruslah diambil sehinggalah institusi pengajian tinggi tersebut mampu untuk berdiri dengan sendirinya tetapi masih lagi rapat dengan persatuan negeri dan juga kebangsaan MYA secara automatisnya. Apakah langkah yang seharusnya, cadang saya:
      1. bermula dengan modul pelayaran yang standardized yang telah pun ada melalui manual-manual kejurulatihan sedia ada ...cuma manual pelayarannya sahaja yang tidak diterjemahkan dalam satu manual lengkap dan tidak seragam pada semua persatuan. Tiada buku log training yang standard yang sepatutnya dikeluarkan oleh MYA kepada kedua-dua bahagian (kejurulatihan dan helsman proficiency) siapa harus bertanggung jawab dari pengerusi-pengerusi sedia ada...ada tak mereka melihat isu ini.
      2. Latihan berbentuk sepenuh masa atau separa masa secara berkala dengan pelan berjadual tahunan yang lengkap dengan juga seterus;
      3. Mewujudkan pertandingan dalaman antara persatuan dengan universiti
      4. Mewujudkan pertandingan universiti terbabit (UITM sebagai contohnya) antara negeri-negeri secara berkala yang boleh digabung suaikan dengan kejohanan ranking dalam negara supaya pertandingan diadakan secara terkawal selari dengan waktu pengajian, cuti semester dan waktu peperiksaan.
      5. Pertandingan antara universiti jika banyak universiti yang terlibat setakat ni kalau kita lihat UITM, UPM, UniKL (on ke?), Uniszar dan lain-lain sehinggalah baru boleh ke peringkat MAASUM
      6. Seterus atau bersamaan dengan itu MYA harus mengusahakan bersama dengan persatuan kebangsaan negara-negara Asean dan Asia untuk memasukkan sukan pelayaran dalam Asean & Asian University Games.
      7. Dan seterusnya mereka yang didapati memang agak terbaik tetapi tidak berkesempatan/berpeluang sebagai atlet kebangsaan boleh melalui peruntukan pengajian tinggi turut bersama menyaingi atlet kebangsaan dalam beberapa kejohanan yang dipersetujui bersama MYA, Persatuan Negeri (atlet bekerja-jaya) dan pihak universiti untuk beberapa pertandingan kelayakan ataupun pertandingan pemilihan secara bersama
      8. Barulah hajat nak beraksi di Universiade games boleh menjadi kenyataan malahan seterusnya turut sama bersaing untuk peringkat yang lebih tinggi lagi...Olimpik
  2. Lumrah kehidupan berikutnya adalah alam kebertanggung jawaban iaitu selepas alam sekolah setiap orang mula memikirkan perihal mendapatkan pendapatan dalam menguruskan diri dan tanggung jawab iaitu mencari kerja. Ada yang seawal lepas SPM sudah berfikir/merancang kerja termasuk melupakan pengajian seterusnya. Banyak juga bekas pelayar yang keliru dan hanyut dek segan bertanya dan mendapatkan panduan hinggakan memungkinkan mereka membuat keputusan yang tidak tepat sedangkan ada pilihan lain yang lebih baik, tetapi kadang-kadang pilihan yang lebih baik terpaksa berkorban dengan tidak untung semuanya secara tertinggi tetapi sedikit rugi dalam sesuatu perkara. Dalam hal ini niat dan halatuju atlet itu sendiri rasanya akan lebih memberi bekas dalam menentukan pilihan antara kerjaya dan sukan yang sepatutnya kalau selari sailing itu boleh menjanjikan kerjaya kepada mereka.
  3. Perkara ketiga adalah berkaitan dengan sosial, kekeluargaan, teman hidup dan tidak lupa juga alam rumah tangga...x perlu ulas panjang tetapi adat sesuatu tempat dan keadaan sosial persekitaran juga mempengaruhi
APA-APA PUN BAK KATA PEPATAH SEMUANYA AKHIRNYA AKAN HARUSLAH TERPULANG DARI PELAYAR ITU SENDIRI BERMULA DENGAN SELINTAS IMPIAN BERLEGAR-LEGAR DISUDUT KHAYALAN MENJADIKAN REALITI MELALUI USAHA GIGIH TERANCANG  DENGAN AZAM YANG TINGGI BERSAMA DISPLIN, KOMITMEN DAN DETERMINATION YANG TINGGI. CEKAL DALAM MENEMPUH HALANGAN UJIAN DAN RINTANGAN TIDAK PATAH SEPARUH JALAN HANYA DIK TERSADUNG SERANTING KAYU DIJALANAN TERSEPAK SEKETUL BATU BERSERTA DOA DAN AKHIRNYA TAWAKAL KEPADA YANG ESA. BAK KATA GM TEPUK DADA TANYA SELERA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan