Sabtu, 6 Oktober 2012

Lagi Berita Pemilihan Atlet Perahu Layar

Untuk pengetahuan semua warga pelayaran; persatuan pelayaran Malaysia (MYA) akan mengadakan satu kem pemilihan atlet berserentak dengan latihan pusat untuk beberapa kelas bot mungkin bagi persiapan ke Sukan Sea dan juga mungkin sebagai sparring pelayar kebangsaan sedia ada.

Beberapa minggu lepas blog ini ada memaparkan perihal yang sama tetapi untuk kelas Optimist. Surat yang dikeluarkan untuk kelas Optimist yang saya komen dulu agak kabur dan penjelasan yang diberikan semasa kejohanan di Johor juga tak banyak menghuraikan kekaburan. Sehubungan dengan itu juga telah dikeluarkan surat baru oleh MYA yang menerangkan dengan lebih detail berkenaan pemilihan atlet pelapis kebangsaan kelas Optimist; dengan sedikit perubahan dimana surat panggilan latihan awal akan bermula pada 15hb Oktober hingga bulan Disember. Manakala surat perlantikan resmi sebagai atlet pelapis kebangsaan akan dikeluarkan oleh MSN Negara dalam masa terdekat???. Juga surat ini mengandungi salinan kepada MSN negeri unit USPTN-Pelapis Negeri untuk makluman tidak seperti sebelum ini dan ini akan sedikit sebanyak akan memudahkan tindakan persatuan negeri sekurang-kurangnya.


Jadi kem pemilihan dan latihan pusat di entry ini adalah untuk kelas-kelas lain seperti yang tercatat di dalam salinan surat tawaran yang dikeluarkan tersebut:


PANGGILAN  UNTUK  KEM  PEMILIHAN  ATLET  DAN  LATIHAN  UNTUK  SEMUA KELAS PADA 13-21 NOVEMBER 2012 BERTEMPAT DI PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN, LANGKAWI


Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.

2.       Sukacita   dimaklumkan   bahawa   Persatuan   Pelayaran   Malaysia   akan Mengadakan  Kem  Pemilihan  Atlet  dan  Latihan  bagi  pelayar-pelayar  yang terbaik bagi setiap kelas. Kem tersebut akan diadakan pada tarikh dan tempat berikut:

Tempoh Latihan:13-21 November 2012

Tempat: Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan, Lot 3662 Pokok Asam, Kuah, 07000 Langkawi,Kedah Darul Aman

Syarat bagi kelas: (i) Laser Standard (Lelaki sahaja)- (berumur 17 tahun dan  ke atas)

                             (ii) Laser Radial (Wanita sahaja)- (open)

                             (iii)    Laser 4.7 (berumur 15 tahun dan ke bawah)
                            
                             (iv)    International 420 - (berumur 16 tahun ke bawah)
                            
                          (v)     International 470 - (open)
  
(vi)    Windsurfing- (berumur 15 tahun ke bawah) (peralatan sendiri)


3.       Untuk makluman pihak YBhg Tuan, setiap Persatuan Negeri hanya boleh menghantar  satu  (1)  orang  pelayar  yang  terbaik  sahaja  bagi  setiap  kelas. Manakala bagi kelas International 420 dan International 470 satu (1) pasangan yang terbaik sahaja boleh dihantar.

4.       Semua kos perjalanan pergi dan balik, makan, minum dan penginapan atlet akan dibiayai oleh Persatuan Pelayaran Malaysia. Sila hantarkan senarai nama atlet-atlet tersebut sebelum atau pada 25 Oktober 2012 kepada pihak pengurusan melalui email: vprieya.sailmalaysia2@gmail.com

Jadi kepada sesiapa yang berhajat silalah maklumkan kepada persatuan negeri anda; mungkin persatuan negeri tidak ternampak bakat anda yang terbaik bagi antara kelas-kelas yang dinyatakan.

Juga tidak lupa sebelum itu pada 15hb-19hb Oktober ini akan diadakan Kursus Pengenalan Race Management juga di tempat yang sama anjuran bersama MYA dan Kementerian Pelajaran. 4 peserta 2 dari jabatan pelajaran Negeri (MSS) dan 2 dari persatuan negeri akan berkampung di Langkawi bersamaan dengan atlet Optimist melapor diri....ok smart juga...dah ada orang nak menghantar depa ke Langkawi noo...

1 ulasan: