Selasa, 30 Oktober 2012

Lagi Info Lanjut Pemilihan Atlet - Minggu-minggu akhir

Merujuk kepada blog cs pelayaran penyertaan atlet yang berminat untuk menyertai KEM  PEMILIHAN  ATLET  DAN  LATIHAN  UNTUK  SEMUA KELAS PADA 13-21 NOVEMBER 2012 BERTEMPAT DI PUSAT LATIHAN PERAHU LAYAR KEBANGSAAN, LANGKAWI secara tidak resminya update sehingga 23hb Oktober adalah seperti di bawah:

Bil
Negeri
Acara
Bilangan Atlet
1.
Terengganu
International 470 (Lelaki)
2
Laser Standard (Lelaki)
1
Laser 4.7 (Lelaki)
1
Windsurfing (Lelaki)
1
Windsurfing (Perempuan)
1
2.
Sabah
Laser Radial (Wanita)
1
Laser Radial (Lelaki)
1
Laser 4.7 (Wanita)
1
Laser 4.7 (Lelaki)
1
International 420 (Wanita)
2
International 420 (Lelaki)
2
3.
Perak
Windsurfing
1
4. Selangor Laser 4.7 ( Wanita ; Lelaki) 2
International 420 (Lelaki)
2
Jumlah
19 Orang

Juga merujuk kepada catatan makluman saya pada posting yang berkaitan dengan surat panggilan kem pemilihan ini. Ada beberapa persoalan:
  1. Nampak seperti tidak menggalakkan dan hanya 4 negeri sahaja yang memberi response dari 14 negeri (1 Wilayah) termasuk negeri Kedah juga tidak memberikan maklum balas. 
  2. Adakah kerana sikap kita yang hanya suka komplain tetapi bila adanya sesuatu yang diusahakan oleh MYA kita tidak memberi kerjasama... juga masih nak komplain, berbeza pendapat dan fahaman adalah perkara biasa tetapi kalau sampai kepada tidak mahu bekerjasama bersama-sama berusaha memajukan sukan pelayaran ini payahlah.
  3. Atau masih belum memberi jawapan..Biasalah salah satu sikap kita suka last minutekan termasuklah saya sendirikan....kan..kan. Lepas tu sekali lagi kita buat apa...komplain dan jarang-jarang kita nak kata ...apa...sorry!
  4. Adakah terdapat pelayar-pelayar yang masih tidak mendapat maklumat berkaitan kem ini seperti contoh kes Hanafi dalam fb Aurora Sailing. Apakah masih terdapat pelayar-pelayar lain yang masih belum mendapat maklumat. Kebanyakan bekas pelayar terutamanya bekas pelayar kebangsaan apabila telah keluar dari pasukan kebangsaan agak terputus hubungan dengan persatuan negeri atas sebab seperti meneruskan pengajian, atau tidak lagi aktif kerana tiada kelas yang ia boleh meneruskan latihan (seperti crew tiada kelas Int 470 selepas sudah tua untuk kelas Int 420)
  5. Apakah pembangunan sukan bagi negeri-negeri lain selain kelas Optimist adalah lemah dan lembab. 
    1. Bagi negeri Terengganu misalnya bagi kelas-kelas lain adalah agak sukar untuk mendapatkan pelayar yang baik untuk kelas-kelas Int 420 contoh dalam had umur yang ditetapkan kerana seperti berlaku pengosongan kumpulan baru selepas kumpulan sedia ada. Boleh dikatakan agak lembablah kotkan?
    2. Juga kalau kita lihat kepada negeri-negeri (persatuan-persatuan) yang boleh dikategorikan agak baru dalam sukan ini dan majoriti ahli persatuan negerinya adalah rata-rata dari kalangan guru sahaja adalah agak susah untuk melihat perkembangan bagi kelas-kelas yang tiada dalam acara MSSM, contohnya bagi kelas Int 420 juga kelas windsurf. Penumpuan kepada hanya kepada bot-bot mereka ada (bot-bot MSSM) merupakan faktor yang menyumbang sampaikan board windsurf yang diberikan hanya disimpan atau sudah menjadi hak milik (pengunaan dan penjagaan) pelayar senior. Ataupun keaktifan lebih tertunpu semasa kehangatan MSSM dan kembali menyepi, menghangat semula kurang lebih 6 bulan sebelum SUKMA ataupun next MSSM, kejohanan MSS negeri pun tak terbuat.
    3. Saya pernah membaca laporan minit mesyuarat AGM MYA 2010 kalau tak silap, Pengerusi Pembangunan dan juga merangkap Pengerusi Teknik MSSM (Mr Lawrence) pernah menyatakan akan menambah kelas-kelas bot lain dalam acara MSSM? Kita berharap akan ada usaha ke arah tersebut...Mungkin tunggu kelulusan kot? Maklumlah kadang-kadang satu acara baru yang nak ditambah memakan masa...bertahunnnn taun.
    4. Isu pembangunan bagi kelas-kelas yang tiada dalam acara MSSM perlu dilihat dengan lebih mendalam oleh MYA untuk bukan lagi menambahbaik tetapi menghidupkannya pada peringkat negeri. 
    5. Penubuhan persatuan windsurfing kebangsaan juga nampaknya tidak memberikan impak besar seperti yang diharapkan dalam membangunkan kelas windsurfing kerana kelihatan rentaknya sama sahaja baik sebelum ianya ditubuhkan...
    6. Apa-apa pun kesudahannya akan berbalik kepada persatuan negeri itu sendiri untuk merencanakan program latihan dan mencari usaha alternatif bagi membolehkan dan  menghidupkan kelas-kelas lain yang nampaknya seperti hidup segan mati tak mahu, kerana kalau negeri tak mampu maka MYA terpaksa melakukan tugas-tugas menyelamat seperti yang berlaku kepada atlet-atlet kebangsaan bekas Optimist yang lepas-lepas dan sekali lagi kita akan komplain....ini tak adil....tidak adil kepada atlet lain...kenapa tak buat selection....kenapa terus ambik....bla...bla.. dan bla...
  6. Adakah masa yang dipilih tidak bersesuaian dan kebanyakan atlet sedang sibuk contohnya seperti pelayar Int 470 dari Terengganu terpaksa menarik diri kerana tidak dapat hadir kerana sibuk dengan persediaan pengajian terlibat dengan peperiksaan.
  7. Sedikit pertanyaan dalam surat panggilan dan tawaran disebutkan kelas Laser Radial hanyalah untuk wanita sahaja tetapi kita lihat penyertaan dari Sabah melibatkan peserta lelaki juga
    1. Adakah ini dibenarkan dan bolehkah negeri-negeri lain atau atlet-atlet lain turut serta  bagi kelas Laser Radial tersebut. Ini saya timbulkan kerana terdapat seorang bekas pelayar kebangsaan masih berangan-angan (selalunya kejayaan itu bermula dengan angan-angan dulukan, dari khayalan kepada impian membawa kepada kenyataan membina kejayaan?) tetapi katanya ia terlampau ringan utk Laser Standard boleh kah ia ambil bahagian dalam Laser Radial?
    2. Kos semuanya free so bolehlah kita tumpang tui termasuk tambang, penginapan dan makan minum...bukan senang nak dapat tunjuk ajar jurulatih kebangsaan...Itu ari saya antar team mau RM6000.00 lebih abis. Ini free tau dan lepaih tu boleh terus joint kejohanan KFC-Perlis...cam no? Boleh kah?
  8. Apakah halatuju kem ini masih kabur; tampaknya seperti gitu
    1. berkenaan adakah pemilihan ini kepada pemiilihan terus sebagai atlet kebangsaan yang nampaknya tiada masalah sangat kepada atlet-atlet bersekolah seperti Laser 4.7, windsurf dan sedikit sahaja masalah kepada kelas Int 420 tetapi mungkin bermasalah kepada kelas Int 470, Laser Standard dan Laser Radial.
    2. Belum dipilih jadi apakah seterusnya yang akan berlaku.
    3. Apakah terma dan syarat-syarat yang perlu dilakukan seperti mesti bersetuju untuk terpilih sebagai atlet kebangsaan dan mesti menjalani latihan sepenuh masa
    4. Konflik dengan komitmen lain seperti pengajian dan sebagainya.
    5. Adakah boleh hadir sebagai salah satu dari fasa-fasa latihan terancang secara individu atau menghangat dan memeriahkan suasana kem dan altihan pusat dengan kehadiran ramai
  9. Ada lagi...belum bernoktah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan