Selasa, 9 Oktober 2012

Posting ke 100

Saja....je...ni...Posting ini merupakan posting ke-100. Bermula februari 2010 memasuki tahun ke-3 dengan angin sekejap baik sekejap mendung sekejap tiada angin menyebabkan kelembapan berblog.

Bertujuan pada mulanya sekadar untuk merangsang dan membuka minda kita, memandang sesuatu isu dan perkara dari berbagai sudut dan pandangan mengikut ikut rasa dan hati; juga mendapatkan komen-komen supaya ianya menjadi tatapan dan dibawa angin lalu ke pengetahuan pihak yang berkewajipan dalam menjaga hal ehwal warga pelayaran kebangsaan. Kerana pada masa itu merasakan seperti bapa kita macam bapa orang lain saja....x begitu mengambil tahu hal anak-anak keseluruhan; kerisauan bermain dihati melihat MYA seolah akan di bawa belayar jauh dari pelayaran itu sendiri. Pelayar-pelayar negara juga agak terbiar terkial-kial mengemudikan layar dengan mainsheet dan layar yang usang dan carik,apatah lagi warga pelayaran yang lain. Pada masa tersebut seperti dikata yang di atas tiada Kelayak Helmsman Proficiency, Orang no 2 juga begitu, adu-domba berlaku, duit bagaikan berurusan dengan bisness untung dan rugi; kini kurang sudah masih berbau sepintas lalu

Fasa berikutnya mendapati sumber maklumat kepada warga pelayaran semakin menyempit. Asalnya ada website MYA selepas itu sepi..se sepinya hinggalah kini. Jadi wadah baru blog ini cuba untuk menyalurkan maklumat sekadar yang termampu yang terlintas dan terpintas. masih lagi dengan view kritis bagi menghangatkan beberapa isu. Beberapa isu mendapat komen yang rancak

Berhenti-henti atas kepayahan, kudrat ditagih kepada bebanan harian yang tak kunjung padam, menggalas beban kekadang terasa sendirian. Bermula balik menghangatkan kembali ruang bicara. Mendapati kebelakangan ini suasana kembali menghangat. Kata bicara diblog ini jika mendapat response positif next step akan dilakukan. Menggegar membuka buah bicara dan mengorak langkah yang lebih ke depan. Step untuk ranking kebangsaan telah berjalan, testing pasaran tetap dilakukan supaya isu-isu terlindung mula tersua.... Terimakah FB Aurora Sailing Malaysia banyak response kini terarah ke situ tetapi masih berkisar kepada orang yang sama...mungkin yang lain masih malu-malu..mengikuti dari jauh. tetapi sekurang-kurangnya beberapa isu dapat dilihat.

Untuk makluman posting ke-98 telah berjaya memecah rekod menjuarai tatapan penjengok semenjak ianya dibuka walaupun baru 4 hari dipaparkan dan kini sedang hangat diperkatakan/diperdebatkan dengan hujah-hujah dan pandangan yang boleh diambil iktibar oleh semua dalam mengorak langkah maju ke hadapan walaupun terdapat bait-bait yang agak mengusik ketenangan tasik oleh puff dan gust monsun yang mulai merentasi halaman. Setidak-tidaknya ini menunjukkan isu pemilihan atlet/latihan pusat dan aktiviti yang melibatkan keseluruhan warga pelayaran adalah satu isu yang agak sebenarnya menarik minat, mungkin sesuatu yang ditunggu-tunggu selain dari aktiviti pertandingan yang sudah mula dianggap monotonous atas sifatnya yang tiada tarikan dan sama sahaja. Atau sesuatu yang dirasakan dengan pelbagai rasa yang lain...

Response komen yang terdapat dalam Aurora Sailing Malaysia tentang isu pemilihan dan kaitan yang sedang hangat diperkatakan dengan izin saya akan ulas lanjut dengan meminjam guna idea-idea dan pandangan anda pada posting berikutnya....oraitkan. jadi teruskanlah dengan step berikutnya...apakah tindakan yang akan anda ambil...sekiranya anda ingin memajukan diri anda atas permasalahan yang dibangkitkan sebelum yang lain dapat membantu.

ADA TAK SURVEY DILAKUKAN BERAPA INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI YANG TERDAPAT TOP RANK SAILORS ATLEAST EX OPTI...QAEDI, RAZMAN, ROMZI, HAKIMI APA KATA KORANG LEAD THE TASK FORCE...NAMPAKNYA SAILORS DI UITM ARAU AGAK MENYEPI APAKAH ANDA RASA...TIADA RASA...BELUM ADA RASA. MENGAPA TEAM UPM HANYA SEKALI SAJA DALAM MMRC TAHUN LEPAS...SEPATUTNYA TAHUN INI ANDA MENGHANGAT BARU TERASA KONTINUITINYA BERJALAN TERUS SEPANJANG TAHUN?
  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan