Rabu, 2 Januari 2013

CHECK LIST UNTUK TAHUN 2013

Sambil memikirkan mengenai tahun baru 2013 ini.. beberapa perkara yang agaknya perlu dilakukan samada penambahbaikan, perkara-perkara baru dan agak-agaknya perkara yang perlu disegera. Marilah sama-sama kita memikirkan beberapa isu yang anda rasakan perlu dilakukan tetapi seboleh-bolehnya bukan sekadar melontarkan cadangan/persoalan tetapi tiada apa-apa pelan cadangan bagaimana kita boleh merealisasikannya

Biarlah saya memulakkannya:
  1. Perkara pertama saya rasakan kita perlu segerakan adalah Malaysian Ranking Regatta
    1. Memastikan Polisi/peraturan Tetap/Peraturan pertandingan dikeluarkan secara lebih efisien
      1. Untuk itu kena setkan mensyuarat bersama JK untuk melihat deraf polisi. 
      2. ini mungkin tidak boleh dilakukan dalam mesyuarat 1 jam sahaja jadi setkan masa yang lebih terluang dan hanya melibatkan AJK. Deraf Ranking harus dikeluarkanawal kepada JK yang dilantik
      3. Cadangan JK samada dinamakan awal seperti mana yang cuba dilakukan sekarang semasa di Kejohanan Kebangsaan.
      4. JK juga boleh dinamakan dimana sebelum sesuatu perjumpaan MYA (pengerusi berkaitan-cikgu Halim) contact negeri dan pinta negeri namakan orangnya yang sah mewakili negeri. 
    2. Antara yang menarik untuk diperhalusi berkaitan dengan halatuju dan pemilihan atlet dari ranking untuk samada pemilihan atlet kebangsaan untuk sesuatu kejohanan besar mahupun untuk  kejohanan pendedahan luar negara.
    3. Insentif dan hadiah kepada pemenang... dalam memastikan kejohanan  ranking ini akan menjadi daya tarikan dan keutamaan negeri dalam melahirkan atlet berwibawa
    4. Penjenamaan semula ranking regatta supaya lebih menarik minat termasuk 
    5. Penajaan dari apa yang telah sedia ada, samada dalam bentuk kewangan mahupun material
  2. Semakan status cadangan penambahan pingat untuk acara SUKMA mengikut seperti apa yang dicadangkan semasa AGM lepas. keperluan ini agak penting bagi memastikan sukan perahu layar boleh berterusan menjadi sukan wajib dalam SUKMA dan juga bagi membolehkan MSN negeri membebrikan lebih perhatian selari dengan jumlah pingat yang ditambah berbaloi dengan pelaburan yang dilakukan kepada sukan ini.
  3. ....

3 ulasan:

  1. Cadangan terbaik dari orang yang terbaik...

    BalasPadam
  2. Dari Meja GM,

    Nampaknya Musim tengkujuh Coach Rani tak ada kerja, mungkin banjir pelayar tak dapat datang untuk Latihan maka banyak masa terluang .Oleh yang demikian, kita mintalah Coach Rani buat satu draf Cadangan berhubung dengan Polisi Ranking kebangsaan. Saya sendiri tak cukup masa , memang saya nak Draf tapi banyak kerja lain yang perlu di selesaikan. kalau harap orang lain 5 tahun lagi lah kita kena tunggu.... Aap pendapat and tentang cadangan ini.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. 90% TELAH DIBINCANG SEMASA KEJOHANAN KEBANGSAANKAN... HANYA MENUNGGU BAGAIMANA CIKGU HALIM NAK FINALISEDKANNYA KEDALAM BENTUK PERATURAN RANKING SEBENAR DAN DIBENTANGKAN SEMULA SEMASA RPAL UNTUK KETETAPAN KALAULAH BELUM DISERAHKAN KEPADA MYA?. MUSIM TENGKUJUH PUN TURUN BOSSH... CURI TIME REHAT NI...

      Padam