Ahad, 19 Januari 2014

Lanjutan Peraturan Pertandingan Perahu Layar SUKMA 2014 Perlis: Isu 1 Kelas di Pertandingankan

 Pertamanya tahniah dan terimakasih kita ucapkan kepada  Teknikal Delegate En Mohd Afendy yang bukan sahaja telah berjaya mengekalkan kelas-kelas yang ada pada SUKMA yang lepas tetapi juga berjaya menambah satu lagi acara iaitu Windsurfing Open. Walaupun beberapa cadangan telah tidak berjaya dimasukkan mungkin bertolak dari kerana beberapa tindakan strategi tidak dilakukan dengan berkesan termasuk dari semua pihak.

Seperti yang kebanyakan sedia maklum kelas yang tidak berjaya dimasukkan walaupun telah berjaya di bawa ke mesyuarat Jawatankuasa SUKMA November 2013 yang lepas adalah Optimist Bawah 12 Lelaki dan Perempuan.  Walaupun khabarnya rayuan telah dikemukan semula oleh teknikal delegate mengadakan perbincangan  dengan Pengarah Bahagian Acara Dato' Jalil berkaitan dengan hasil mesyuarat jawatankuasa SUKMA (pengarah-pengarah MSN) di Perlis tetapi tidak berjaya kecuali bagi kelas windsurfing Bic Techno kerana telah tersalah anggap telah diputuskan mereka.

Seperti yang dinyatakan kita semuanya menyumbang kepada kegagalan; mana mungkin ketua pengarah dan wakil kita pergi mesyuarat tanpa tahu apa-apa yang nak ditambah. Walaupun ada pro dan kontra dengan penambahan acara ini tetapi memikirkan masa depan pembangunan negara sekarang semakin berjaya dihimpit dan di atasi oleh Singapura, Thailand dan kadang-kadang Myanmar bagi negara asia tenggara, juga keperluan kepada pertambahan pingat bagi menyeimbangkan hasil pingat vs perbelanjaan pasukan maka saya merasakan keperluan penambahan pingat ini adalah wajar. Selepas ini rasanya penjenamaam bagi acara Optimist harus dijenamakan semula di dalam program kejohanan ranking kebangsaan. Tiada lagi Div A, B dan C tetapi Bawah 15 (U15), bawah 12 (U12) dan Bawah (10) bagi menunjukkan kita sememang dah bersedia dan mempunyai atlet. Selain itu setiap negeri perlulah support sebagaimana aktifnya beberapa negeri berdasarkan penyertaan kejohanan ranking kebangsaan.

Tetapi adakah Peraturan Pertandingan yang dipostkan adalah yang terkini dan sohih? Rasanya peraturan yang ini adalah yang sama yang terkini dihantar kepada setiap persatuan negeri untuk semakan pada awal Januari. Apakah ianya sudah difinalised kerana ada beberapa isu bertentangan dalam beberapa perkara yang diputuskan terutama dengan secara kelirunya diputuskan bagi acara Windsurfing Open pada mesyuarat jawatankuasa SUKMA (melibatkan pengarah-pengarah MSN).



Adakah ianya akan berjaya dikekalkan atau tidak. Kita kena tetap kena teruskan perancangan persediaan atlet. Segalanya walaupun tidak secara didokumentasikan dalam perancangan tetapi secara verbalnya beberapa kali telah diperbicangkan dalam perjumpaan-perjumpaan pada kebanyakan kali kejohanan diadakan.

Secara ringkasnya kemungkinan kelas-kelas lain tidak begitu sukar kita lihat kepada penyertaan dalam negeri termasuklah kelas Windsurfing Terbuka sekurang-kurangnya (Kedah, Pulau Pinang, Perlis, Johor dan Terengganu mempunyai peserta). Masalahnya Windsurfing Perempuan masih lagi agak samar-samar walaupun peluang bagi kelas ini agak terbuka kepada semua negeri yang mana tiada atlet tertentu mengungguli terutama dari atlet kebangsaan, tetapi rasanya masih slow. Begitu juga dengan kelas-kelas lain terutamanya bagi acara perempuan seperti double handed 420 dan Laser Radial kita tidak boleh meremehkan program pembangunan dan tidak boleh menggunakan kesempatan alasan sebagai sukan wajib untuk dapat mengadakan acara walaupun tidak cukup korum.

Acara-acara yang dipertandingkan:

Isu berikutnya: Syarat Penyertaan.

Sabtu, 18 Januari 2014

Acara di SUKMA melalui Peraturan Pertandingan Perahu Layar SUKMA 2014, Perlis

Posting ini diambil dari laman web kedahsail yang selalunya menjadi laman tak resmi menyalurkan maklumat-maklumat dari MYA.

Adakah ini yang terkini. Tarikh kemas kini adalah 17 Julai 2013. Ada beberapa versi sebelum ini berkitar secara dalaman MYA sebelum beredar ke meja setiausaha persatuan negeri.

Mana yang asallinya (maklumat terakhir semasa mesyuarat jawatankuasa pengarah-pengarah negeri adakah menggunakan versi ini yang rasanya tidak dan mensyuarat tersebut adalah November 2013)

Lain-lain komen menyusul untuk tatapan dahulu; apa yang bezanya dari SUKMA dahulu dan kini:

Open di new window:

Khamis, 16 Januari 2014

Senarai jurulatih peserta klinik jurulatih double handed telah disenarai pendek... Anda termasuk?

Lanjutan kepada seminar/klinik jurulatih double handed yang telah dipostkan pada 2 entry sebelum ini, kini dikemaskinkan dengan maklumat terkini dari MYA kepada persatuan-persatuan negeri:


Sementara itu senarai jurulatih yang telah di senaraipendekkan untuk seminar ini adalah seperti berikut:

BIL
NAMA
PERSATUAN NEGERI
1
Abdul Rani Idris
Terengganu
2
Ahmad Yusof bin Said
Sabah
3
Mohd Sharul  bin Abdul Razak
Selangor
4
M Zaidi bin Mohd Amin
Johor
5
Mohd Karimi bin Bakar
Kedah
6
Mohd Hamdan bin Mohd Rozi
Wilayah
7
Tg Khairuddin bin Mohamed
Perak
8
Ahmad Khambali bin Yadi
Melaka
9
Mohamad Razali bin Mansor
ATM
10
Ishak Bin Jab
ATM
11
Mohd Yusof bin Ibrahim
Pahang
12

Negeri  Sembilan
13

Pulau Pinang
14

Perlis
15

Kelantan
16

Sarawak
 
11 nama telah dinamakan berdasarkan kepada apa yang boleh kita lihat kepada keaktifan jurulatih-jurulatih melibatkan kelas double handed mungkin. Beberapa negeri nampaknya tidak dinamakan dan agak jelas juga negeri-negeri ini tidak nampak denga kelas double handednya sepanjang tahun lepas kecuali Pahang dan Perlis walaupun tidak aktif tetapi mempunyai pelayar di pusat kebangsaan. Terengganu dan Sabah rasanya yang paling aktif pada sepanjang tahun 2013 dan negeri-negeri lain ada juga 2-3 dalam beberapa kejohanan termasuk ATM.

Adakah nama anda termasuk? Masih berminat? Segera hubungi persatuan anda untuk memohon tempat dan peruntukan. Jika dilihat sebagai contohnya Negeri Sembilan juga mempunyai banyak bot Int 420 tetapi tidak aktif mengapa apakah kejurulatihan salah satu faktornya. Begitu juga dengan Gerak Khas mempunyai bot Int 470 terbaik rasanya. Sarawak juga mempunyai banyak bot Int 470 di Piasau Boat Clubnya. Manakala Pahang, Pulau Pinang pernah mendapat bot Int 420 malahan Pahang 2 x Int 420 pada SUKMA lepas sepatutnya boleh bergerak dan bersaing dengan negeri-negeri lain. Jadi seminar dan klinik ini perlu diambil kesempatan oleh semua untuk mengorak langkah ke arah menengahkan kelas ini dalam program pembangunan negara dengan lebih agresif.

Walaupun begitu kita masih menunggu keputusan MSN untuk menaja aktiviti ini supaya kehadiran penuh dapat dilakukan masih mengurangkan beban negeri. Dalam kepayahan dan kelembaban kelas double handed ini bergerak rasanya kena ada tolakan dan lonjakan kerjasama antara MYA dan MSN bagi membantu dengan mulai mengalih prioritas dari lebih kepada Optimist dan mulai memandang kelas doublehanded secara bersepadu. Hingga kini Kedah, Melaka, Terengganu dan Sabah mendapat sedikit limpahan dari kejohanan SUKMA tetapi tersangkut apabila tiba giliran Pahang yang lepas atas kesilapan teknikal dan strategi.

Sekian untuk halwa tatapan anda..


Rabu, 15 Januari 2014

Trajedi di Kejohanan Cape2Rio

Berita trajedi dalam sukan pelayaran agak membimbanhkan pada masa kini. Dengan pembinaan peralatan berteknolgi tinggi yang direka cipta supaya semuanya berada pada tahap tertinggi untuk membina kelajuan semaksima bagi tujuan menang kadang-kadang menjurus kepada kealpaan kepada ketahanan peralatan tersebut terhadap ancaman semula jadi seperti cuac buruk dan sebagai.
Selebihnya juga apabila kita gagal memastikan yang peralatan kita semuanya dalam keadaan baik dan sedia untuk menerima tekanan tinggi. Sedikit kelalaian menyebabkan trajedi, kerugian, kehilangan dari sekecilnya kepada kehilangan tak ternilai.... melibatkan nyawa!!!.

Selepas digemparkan dengan kematian semasa persediaan Ameican Cup pada tahun lepas, baru-baru ini sekali lagi kita digemparkan dengam walang yang menimpa di kejohanan di Cape2Rio.
Menjadi ingatan kepada semua kepada faktor keselamatan yang ahrus sentiasa perlu menjadi keutamaan dalam apa-apa jua situasi... Untuk tatapan anda:

Updated: Tragedy in the Cape2Rio


By Yachts and Yachting // 6th January 2014

The Cape2Rio organisers have confirmed the death of a crew member onboard the Bavaria 54 Bille as the race fleet was lashed by a forecast storm within hours of the start yesterday afternoon.

Maseratti_Cape2Rio

Maserati leading the fleet in the Cape2Rio

Update, 07 Jan 2014: The sailor killed two days ago during the 14th Cape2Rio race has been named as António João Bartolomeu, a 47 year old sound technician on Angolan national radio with a passion for sailing in his blood. Bartolomeu was thrown overboard off Cape Town. The incident occurred during the ferocious storm that hit the fleet with 50 to 60 knot winds almost immediately after the start. The Angolan was eventually pulled back aboard by his companions but was already unconscious and died shortly afterwards, probably as a result of hypothermia.

Posted 06 January 2014:

At around 15.00 hours local time, the Angolan crew onboard Billie, skippered by Luis Manuel De Oliveira Da Silva and with owner Sybille Marion Doeker Correira Da Silva also aboard, informed the race committee that there had been injuries aboard after the yacht dismasted in winds gusting 50 knots and also that one crew member had died, although the identity of the latter has not yet been announced. At the time, the crew were over 100 miles off Cape Town.

The South African navy frigate, SAS Islandwana has reached Bille off Cape Town and is providing assistance.

Aside from Bille, several other boats in the fleet have alerted the authorities to damage caused by the storm and requested assistance. The South African Miura Ava sent out an SOS via EPIRB at around 16.00 yesterday and the organisers have been unable to raise direct communications with her since.  Black Cat (a South African Didi 38) broke a rudder blade and has had to pull out of the race, while Peekay (a South Africa Bénéteau 51) is on her way to Saldanha Bay under engine power after developing problems with her sails, as is the South African Charger FTI Flyer. Aboard Isla (a South African Wilderness) a small electrical fire was quickly dealt with and the Vickers 41 Avanti (South Africa) is making for Cape Town also.

“All of us here aboard Maserati are greatly dismayed by the news,” commented Giovanni Soldini by sat phone on the leading boat, a modified VO70. “Our thoughts are with all of Bille’s crew members and their families. And also with all the boats that were or are in difficulty. Given that the Cape2Rio fleet includes small cruising yachts ill-prepared to cope with such violent ocean storms, it might have been wiser to postpone the start. But it’s always easy to evaluate these things in hindsight. On the other hand, this deep depression with winds of 50-60 knots was forecast well in advance of the start.”

Lanjutan kepada Seminar Jurulatih Int 470/420

Lanjutan kepada posting semalam, berhubung dengan jemputan klinik dari MYA dipamirkan  sokongan jemputan dari Pengerusi Kejurulatihan kepada persatuan-persatuan negeri juga melalui email:

ASSALAMUALAIKUM, SALAM SEJAHTERA DAN SALAM 1 MALAYSIA
LANJUTAN KEPADA JEMPUTAN UNTUK SEMINAR JURULATIH DOUBLE HANDED INT 470/420
Merujuk kepada perkara di atas lanjutan dari surat jemputan MYA: MYA2/KUR/010/2014 bertarikh 13 Januari 2014 kepada persatuan-persatuan negeri melalui email.
Sehubungan dengan itu saya sebagai Pengerusi Kejurulatihan mengambil kesempatan untuk menggalakkan tuan-tuan mengambil peluang ini dengan mengahantar jurulatih tuan-tuan bagi memastikan kesinambungan program pembangunan di negeri tuan-tuan dan puan-puan.
Untuk makluman seminar ini adalah diakui oleh ISAF dan juga Int 470 Class Internationale. Jurulatih yang dilantik adalah dipilih dari Int 470 Internationale Saya juga dimaklumkan sijil akan dikeluarkan sendiri oleh 470 Class Association.
Adakah persatuan tuan mempunyai salah satu dari masalah berikut:
  1. Menyertai pertandingan tetapi masih tidak berubah kedudukan pelayar anda
  2. Mempunyai atlet yang baik tetapi tidak tahu bagaimana nak rig, tune dan teknik untuk laju dalam double handed.
  3. Mempunyai bot tetapi jurulatih kurang berpengalaman dan perlu tingkatkan kemahiran
  4. Mempunyai bot tetapi tiada mampu menjalankan program latihan berkesan
Jika ada saya mencadangkan anda mengambil peluang untuk menyertai seminar ini. Kenalpasti jurulatih anda. Pastikan jurulatih yang anda hantar adalah mampu untuk seterusnya menjalankan program double handed di negeri anda; seorang yang komited, ada pengalaman dengan setidak-tidaknya asas double handed dan pentingnya mampu menjalankan program latihan yang persatuan anda sediakan selepas itu.
Sekian

ABDUL RANI BIN IDRIS

Sebagaimana sedia maklum sebelum ini telah beberapa klinik telah diadakan tetapi kadang-kadang sambutannya amat kurang menggalakkan. pelbagai alasan yang mana kekadang tu benar juga logiknya...time frame... masa dikeluarkan...kesibukan dengan tugasan lain dan sebagainya

Pada masa yang lain pulak kita sering menyalahkan pihak bertanggungjawab terutamanya MYA sebagai badan induk tidak menyediakan apa-apa program pembangunan termasuklah untuk kejurulatihan. 

Tetapi kadang-kadang tidak dapat dinafikan juga beberapa kekangan dan aral menyebabkan secara remehnya beberapa perkara tidak sampai ke bawah, termasuklah antaranya persatuan melalui orang-orang yang sepatutnya tidak menyampaikan sehingga ke akar-umbi. Antara alasan kadang-kadang tu betul juga...lama sangat dah tak buka email persatuan....tetapi kadang-kadang sebaliknya  tiada sikap ambil berat atau terlampau berat kerana persatuan perlu mengeluarkan ongkosnya bagi menjayakan program-program aktiviti yang disediakan.

Setidak-tidaknya beberapa info yang berada di alam maya mampu menolong untuk sesuatu isu sampai ke sasaran bagi yang terhalang/terhadang. Sebaran dari seorang kepada seorang yang lain dari info-info yang keudara akan sedikit  sebanyak membantu.
 
Apa yang penting selepas ini kemanakah directionnya hendak di bawa, apakah akan berlalu begitu sahaja.... bagaimanakah kita nak memastikan apa yang kita sediakan mampu membawa pulangan tentunya bukan dari ringgit dan sen tetapi  perkembangan kepada next step. kalau tidak dari segi nilai prestasinya tetapi setidak-tidaknya dari segi perkembangan partisipasi?.
 

Selasa, 14 Januari 2014

Maklumat Kursus kejurulatihan: Jemputan Menyertai Seminar Kejurulatihan Bagi Kelas Int 470 dan Int 420

Sorry lama tak memperhangatkan isu. Ini pun terpaksa terkocoh-kocoh:

Maklumat ini disalurkan kepada penjengok-penjengo untuk dimajukan kepada kawan-kawan jurulatih negeri yang berminat, kemungkinan persatuan tuan-tuan terlepas pandang surat ini yang dihantar kepada setiap persatuan melalui email sahaja.

Maklumat Ringkas:
  1. Tarikh: 01hb Februari hingga 16hb Februari
  2. Tempat: seperti biasa Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan
  3. Kena Bayar: sehingga kini RM780.00 sehingga jika MSNegara nak sponsor bukan MYA heh. (ada usaha untuk mendapatkan MYA menaja)
  4. Jika berminat sila hubungi persatuan masing-masing untuk tindakan lanjut
Surat tawaran tersebut adalah seperti berikut: