Selasa, 27 September 2011

Lagi komen dari tanpa nama
.......................  dan satu lagi cerita yang terbaru, ada atlit yang akan mewakili negara ke kejohanan di INDIA, harap ada penjelasan bagaimana pemilihan atlit ke sana.


Rasanya ini bolehlah minta ulasan dari coach Sahir atau coach-coach MYA/MSN (berapa orang coach sekarang yo?) mungkin mereka lebih tahu. Tanpa nama tidak memperincikan dari sumber mana ia mendapat maklumat tersebut. Saya juga tidak mendapat makluman dari persatuan saya berkenaan hal ini.


Apa-apa pun ulasan saya seperti berikut:

  1. Program ini mungkin telah terdapat di dalam jadual latihan dan pertandingan berjadual untuk atlet-atlet kebangsaan elit atau pelapis. So kalau khas untuk mereka-mereka ini yang telah dikenalpasti maka kita x leh nak complainlah malah rasanya kita kena support. Malahan kebanyakan program mereka ini adalah ditanggung oleh MSN atas nama atlet tersebut
  2. Sekiranya  MSN tiba-tiba x mahu tanggung atau tak sepenuhnya tanggung bagi saya tiada menjadi masalah untuk MYA menanggung mereka ini dengan syarat aktiviti yang menggunakan duit MYA (duit kita juga melalui persatuan gabungan) ini dijalankan oleh semua pihak termasuk atlet dan pengurusan dengan  penuh tanggungjawab dan komitmen tinggi dengan dedikasi dan diterminasi yang tinggi. Kerana kejayaan mereka dipersada antarabangsa akan menaikkan nama kita (MYA) dan akan memberi pulangan kepada persatuan dan kita dari segi kelicinan program latihan dan pembangunan terutamanya melibatkan kelulusan dan penajaan.
  3. Tetapi sekiranya tidak dikhaskan kepada atlet-atlet kebangsaan yang sedia ada (telah dikenalpasti) maka pemilihan-pemilihan pertandingan seperti ini yang akan memakan belanja MYA haruslah telus akan prosedur pemilihannya. Bagaimana dengan prosedur dan proses pemilihan perlulah dimaklumkan kepada semua supaya setiap pihak berpuashati dan juga jika mereka mereka layak untuk mengikuti proses pemilihan tersebut mereka akan turut serta. Perlulah jelas akan keperluan kenapa atlet dihantar ke kejohanan tersebut samada untuk pertandingan prestasi tinggi seperti kejohanan peringkat Asia, Asean, Serantau, mahupun untuk perhubungan dua hala antara negara seperti pertukaran program dan sebagainya. Penglibatan terhadap kejohanan luar negara adalah perlu sekiranya kita ingin maju dengan lebih jauh terutamanya pada peringkat dunia dan Olimpik
  4. Akhirnya mungkin proses pemilihannya telah dijalankan oleh pakar-pakarnya seperti cadangan nama diberikan oleh jurulatih kebangsaan berdasarkan kriteria-kriteria yang telah dikenalpasti mengikut kehendak sasaran jangka pendek mahupun sasaran jangka panjang dan jawatankuasa memutuskan berdasarkan cadangan tersebut....telah mendapat makluman oleh persatuan gabungan negeri tetapi tidak sampai kepada kita
Penutupnya sekali lagi saya menekankan kepada polisi/syarat-syarat pemilihan yang perlu disediakan lebih awal kepada semua pihak. Bermakna dari awal lagi semua orang tahu apakah pelan perancangan MYA untuk menghantar atlet ke Kejohanan luar negara sudahpun ada jadual programnya (dalam bentuk kalendar) kepada semua. Contoh terbaik adalah seperti yang nyatakan dalam post sebelumnya berkaitan dengan pemilihan atlet untuk kejohanan ASC perlulah telah dirangka polisi pemilihannya dan telahpun sepatutnya dimaklumi kepada semua supaya setiap orang bersedia dan berpeluang sama rata untuk melalui proses pemilihannya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan