Selasa, 27 September 2011

MAKLUMAT KURSUS BOT JURULATIH DAN BOT PENYELAMAT “SAFETY BOAT”

Kepada jurulatih-jurulatih sila ambil perhatian: surat tawaran dikeluarkan oleh MYA dan dipaparkan ringkasan berkaitan dengan kursus ini

  • Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) akan mengelolakan Kursus Bot Jurulatih dan Bot Penyelamat “Safety Boat” yang akan diadakan seperti berikut:  
             Tarikh            :           14hb – 16hb Oktober 2011
           
            Tempat          :           Pusat Latihan Perahu Layar Kebangsaan
                                                Lot 3662, Pokok Asam, Kuah,
                                                07000 Langkawi,
                                                Kedah Darul Aman
  •  Kursus ini akan diadakan dengan kerjasama Jabatan Laut. Semua Jurulatih Kebangsaan, Negeri dan Pegawai Teknikal di jemput menghadiri kursus ini bagi mendapatkan sijil serta lesen memandu bot penyelamat
  • Yuran penyertaan adalah RM150.00 sahaja. 
    • Yuran ini termasuk kos lesen memandu bot, makan & minum selama 3 hari, sijil penyertaan dan yuran  tenaga pengajar. 
    • Perbelanjaan perjalanan pergi dan balik adalah dibawah tanggungan sendiri
  • Lesen memandu bot penyelamat ini sangat penting dan diperlukan oleh semua jurulatih-jurulatih yang mengambil bahagian dalam kejohanan mahupun latihan di luar negara

Tiada ulasan:

Catat Ulasan