Ahad, 25 September 2011

Yo What up

Ape cite sailing Malaysia

Lama tak dengar berita; sejak musim dingin pada awal tahun macam program kat luar negara jugak ye...post season dan memasuki pra musim....

Khabarnya sudah mula aktif? dengan aktifnya....

Tapi ade beberapa perkara gua terasa makin jauh dari program pada peringkat kebangsaan...
Mungkin MYA dan program lebih kepada hak milik eksekutif Komiti-komiti dan ahlinya.....ape tidak:

Ranking kebangsaan sunyi sepi terus.......

Cuba nak surf web MYA...x dapat masuk langsung.....apa gua punya lat top/internet ada masalah kot
kalau tak boleh lah dapat info sikit....TOLONG TENGOK TE-NGOK SIKIT kerana web ini sahajalah kami orang bawahan (grass root) dapat info.

Tau-tau IODA Asia dah lama abis...tak tau pun....apa-apa pun tahniah kepada Kiki (7th kot).....siaran terlewat

Dengarnya Nizam dan Romzi juga beraksi baik pada circuit latihan dan pertandingan di Eropah pada Jun-August lepas. Nizam dengan Radial di Kejohanan ISAF Volvo Youth dan Romzi di Kejohanan Radial Eropah.

Tapi berita dari Weymouth venue Olimpik masih tidak menarik dan tidak banyak perubahan kita masih jauh di kebelakanggg..

Apa-apa pun kita lihat forward untuk Sukan Sea pulak supaya atlet kita boleh beraksi cemerlang....tetapinye???
sudahkah atlet kita bersedia dan didedahkan kepada kejohanan ini.?
Dah kah bersedia dari segi fizikalnya?
Lebih penting dahkah bersedia dengan keadaan venue di Indonesia. Telahkah mereka didedahkan dengan keadaan laut di sana?

Sukan Sea satu tanda aras yang akan diperkatakan oleh umum...jadi apa-apa hal jadi ianya akan dinilai nanti walaupun kita katakan sebagai pertandingan pendedahan atlet pelapis sahaja dihantar dan sebagainya ke arah kelayakan Olimpiklah dan apa lagi lah

Lagi satu dengar kata kita akan anjur ASC tahun depan? Dah bersediakah kita dari kesemua seginya Pengurusannya terutama melibat penajaan dan pengurusan pertandingan..jangan nanti by the end cerita rugi lagi kedengaran....dan kambing hitam akan dicari untuk meletakkan kesalahan ini...kalau merasakan masih jauh sahlah ulangan IODA World dan IODA Asian akan berulang.
Juga bagaimana dengan pemilihan atlet untuk kejohanan tersebut. Hingga kini tiada dengar berita. Adakah kejohanan ini hanya eklusif kepada pelayar kebangsaan di Langkawi sahaja. Adakah akan ada format atau polisi pemilihan....kalau ada kenapa masih belum ada apa-apa lagi...kedengaran atau tau-tau Pengerusi Pemilihan dah ada pilihannya

Itu yang maleh akau nak layan blog ni,,,,ada lagi beberapa isu...nantiiiiiiiiiii

Opps. Balok/Sahir/Rezaki apa info untuk kita orang kek bawah ni.....blog korang mana....aurora2020sailing.blogspot.com pun nampak macam gua aje lama tak update @ ada new blog ke atau web lain...,Korang tau tak ape cite web MYA....huhhh ...hu


2 ulasan:

  1. entah lah coach, sekarang ni memang kebanyakan coach2 negeri tidak tahu langsung tentang rangking kebangsaan. dan sistem rangking yang betul diguna pakai, rasanya sistem rangking sekarang tidak betul. mana tidaknyer setahu saya hanya kejohanan yang di iktiraf MYA dan negeri yang pernah menganjurkan kejohanan baru di ambil point untuk rangking kebangsaan. dan pemilihan atlit mengikut rangking telah disalah gunakan, dan menyebabkan atlit yang layak telah disingkirkan. mgkn pengetahuan saya tidak luas atau mgkn saya silap, harap pada sesiapa yang lebih mengetahui sistem rangking dapat memberi penjelasan dan saya lebih memahaminya. supaya tiada salah faham kepada mana2 pihak.

    dan satu lagi cerita yang terbaru, ada atlit yang akan mewakili negara ke kejohanan di INDIA, harap ada penjelasan bagaimana pemilihan atlit ke sana.

    BalasPadam
  2. Salam,

    blog aurora ditutup sebab-sebab yg tersendiri, cuma update dlm group facebook sahaja, "aurora group".
    -----> let check new info kt sini, cspelayaran.blogspot.com

    tolong-tolonglah promote juga. hehe.

    saya budak baru belajar.

    BalasPadam