Selasa, 27 September 2011

Yo What's up 2


Tanpa Nama memberi komen pada post lepas...
entah lah coach, sekarang ni memang kebanyakan coach2 negeri tidak tahu langsung tentang rangking kebangsaan. dan sistem rangking yang betul diguna pakai, rasanya sistem rangking sekarang tidak betul. mana tidaknyer setahu saya hanya kejohanan yang di iktiraf MYA dan negeri yang pernah menganjurkan kejohanan baru di ambil point untuk rangking kebangsaan. dan pemilihan atlit mengikut rangking telah disalah gunakan, dan menyebabkan atlit yang layak telah disingkirkan. mgkn pengetahuan saya tidak luas atau mgkn saya silap, harap pada sesiapa yang lebih mengetahui sistem rangking dapat memberi penjelasan dan saya lebih memahaminya. supaya tiada salah faham kepada mana2 pihak.

dan satu lagi cerita yang terbaru, ada atlit yang akan mewakili negara ke kejohanan di INDIA, harap ada penjelasan bagaimana pemilihan atlit ke sana.



Response ini menunjukkan bahawa perkara ini juga menjadi perhatian negeri-negeri...tanpa nama mungkin mewakili negeri bagi pihak jurulatih, yang mana kedudukan ranking akan menjadi panduan dan tanda aras penting bagi jurulatih dalam merangka latihan seperti meletak sasaran untuk pertandingan juga di dalam memberi penerangan dan pandangan kepada pihak pengurusan seperti MSN dan persatuan.

Tanpa nama juga memohon penjelasan dari pihak-pihak yang mengetahui...si-siapa... yang arif untuk memberi penjelasan
  1. Siapa yang menguruskan kedudukan ranking di dalam MYA
  2. Siapa dan siapa-siapa yang mempengerusikan juga ahli jawatankuasa bertanggung jawab dalam kedudukan ranking
  3. Siapakah yang menentukan pertandingan-pertandingan dikira ranking dan mana yang tidak
  4. Siapakah yang menentukan jumlah mata yang akan diberi kalau pertandingan itu hanya penyertaannya sedikit dan penyertaan yang lain lebih banyak penyertaan dan lebih kompetitif
  5. Siapkah yang menentukan hala tuju akan kedudukan ranking ini untuk apa?
  6. Siapakah yang menentukan insentif kepada pemenang ranking bagi setiap kelas dan apakah kelas-kelas bot tersebut? Adakah piala pusingan ranking bagi setiap kelas atau hanya menumpukan kepada kelas Optimist sahaja?
  7. Siapakah yang menentukan pemenang ranking tercatat pada setiap piala pusingan
  8. Secara keseluruhannya siapakah yang menentukan peraturan tetap/am kejohanan ini ranking ini sentiasa diupdate dan memenuhi kehendak yang dipersetujui?
  9. Apa-apa pun adakah peraturan tetap tersebut?? atau ianya sentiasa berubah-ubah mengikut selera si-siapa yang menguasai peraturan acara ranking ini.
Tanpa nama sendiri mengakui ianya mungkin tersilap berkenaan pemahamannya berdasarkan pengetahuannya sebelum ini dan mungkin MYA telah membuat pindaan melalui mesyuarat-mesyuaratnya, tetapi apalah salah mengeluarkan satu peraturan tetap supaya ianya tdak menjadi kekeliruan dan seterus kecelaruan yang membawa tuduhan/tanggapan seperti kata tanpa nama pemilihan atlet mengikut ranking telah disalah gunakan oleh si-siapa. Saya juga mungkin tesilap mungkin MYA dan AJK persatuan telah begitu aktif mengadakan mesyuarat demi mesyuarat tetapi tidak semua negeri yang bertanggung jawab menyalurkan maklumat-maklumat kepada pihak yang menjalankan aktiviti itu sebenarnya.
Inilah kenapa penggunaan bahan-bahan sebaran seperti website, buletin adalah perlu supaya MYA sentiasa menjadi badan sukan kebangsaan yang dipercayai ramai akan ketelusannya dan membawa kepada kesepakatan bukannya berpuak-puak dan dengan ketelusan ini akan memberikan kita kefahaman dan seterusnya semua bersatupadu menyokong dasar dan halatuju MYA...ada ka....?

Untuk tujuan mencari dan menjelaskan kesamaran ini saya akan usahakan untuk mendapatkan maklumat-maklumat bertulis dari MYA berkaitan kejohanan ranking ini.Tetapi dalam masa yang sama panjangkan blog ini kepada teman-teman supaya mereka mungkin terlibat dalam perkara ini boleh membantu.

Ulasan untuk pemilihan atlet ke India oleh tanpa nama akan kita ulaskan pada paparan berikutnya..

Adios

Tiada ulasan:

Catat Ulasan