Rabu, 19 September 2012

19th MERDEKA DAY OPEN REGATTA - CORETAN

19TH MERDEKA DAY OPEN REGATTA2012 telahpun menutup tirainya
Tahniah kepada peserta yang berjaya dan kepada yang tidak berjaya juga tahniah atas kesungguhan anda mengharungi keadaan tidak menentu di Tg Aru, Sabah.

Apa yang pasti keadaan di Sabah ni kerap dengan ombaknya yang agak mencabar tetapi 2 hari awal pertandingan ombaknya agak besar dan dikatakan kesan dari taufan yang melanda Jepun dan Filipina

Angin juga kelihatan menarik pada kejohanan ini. kecuali pada hari terakhir pertandingan tidak dapat dijalankan kerana ketiadaan angin. Hari pertama angin agak steady dengan sederhana perlahan pada awalnya sebelum kuat pada lewat petangnya dengan gust hingga ke-14kts. Hari kedua pula keadaan angin kelihatan tidak menentu datang sekejap kiri dan sekejap kanan memberikan persaingan yang agak menarik dengan tiupan seperti hari semalamnya menjadi agak kuat pada perlumbaan ke-3 tetapi drop semula pada pertandingan terakhir (ke-4) harian hingga kadang-kadang di bawah 5kts.

Oleh kerana pertandingan ini merupakan perlumbaan ranking yang tidak boleh di discard maka kejohanan ini agak penting dan juga merupakan satu-satunya kesemua pasukan terpaksa menyewa bot maka kemudahan bot merupakan satu faktor yang penting. Bot Optimist yang disewakan bolehlah dikatakan amat memuaskan, manakala bagi kelas-kelas lain agak teruk terutama bot-bot lama Laser dan Int 420. Kadang-kadang merasakan setahun sekali datang Sabah untuk pastikan bot-bot tersebut boleh belayar semula dan buat cucian terhadap bot-bot lama ini termasuk bot-bot dari kelab navy juga kondisinya semakin teruk pada masa sekarang.  Mungkin harga sewapun patut diturunkan sikit pada tahun-tahun depan seperti Int 420 contohnya RM400.00 ma..

Lagi satu sekiranya kelas-kelas lain juga hendak diambilkira sebagai ranking...(apakah akan ada ranking pada tahun ini seperti janji En Halim semasa kejohanan Kebangsaan di Tasik Timah Tasoh pada tahun lepas) maka rasanya masalah bot-bot bagi kelas lain perlu diberi perhatian dan jalan penyelesaian. Apakah kaedah terbaik perlu diambilkira jika tidak jadikan ranking Sabah ini bagi kelas-kelas lain boleh di discard....macam mana?>>? apa-apa pun adakah ranking bagi kelas-kelas lain pada tahun ini???...Ayoh MYA ambil langkah anda satu 3 step ke depan...menjangkau kegagalan 2011....selepas berjaya pada tahun 2010...Siasat siapakah orangnya di belakang tabir yang menjayakan ranking bagi kelas-kelas lain.

KEPUTUSAN RINGKAS KEJOHANAN PADA POSTING BERIKUTNYA..



Tiada ulasan:

Catat Ulasan