Isnin, 24 September 2012

Sekalung Tahniah, Beban Bertambah, Khidmat ditagih-Hasil diraih


ZAINAL ABIDIN (tengah) yang memenangi jawatan Presiden KOM bergambar dengan barisan kepimpinan baharu kesatuan itu selepas majlis pemilihan di Bukit Jalil semalam. Turut kelihatan, Naib Presiden, Mumtaz (kiri), Timbalan Presiden, Wan Hisham (dua dari kiri) serta dua lagi Naib Presiden, Anamalai (dua dari kanan) dan Yogeswaran.

SailMast'x' mengucapkan sekalung tahniah buat Naib Presiden Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) Datuk Wan Hisham Wan Salleh atas kejayaan beliau memenangi jawatan Timbalan Presiden ke atas bekas timbalan Presiden kontroversi Datuk Karim Ibrahim dalam pertembungan 1 lawan 1. Kemenangan 25undi berbanding 19undi

Pemilihan ini juga turut menumbangkan mantan Presiden KOM, Datuk Seri Sahidan juga 1 lawan 1 dengan perbezaan undi amat kecil 23 undi lawan 21 undi.

Datuk Wan Hisham yang juga adalah Presiden Persatuan Olahraga Amatur Terengganu bermakna setakat yang saya tahu telah 3 jawatan penting dalam bidang sukan yang dipegang beliau. Bermakna ketokohan dan kepimpinan beliau dalam bidang sukan adalah terserlah terutama dalam sukan olahraga yang sering dilanda kontroversi dan kemelut itu. Juga bermakna beban dan tanggungjawab beliau juga semakin besar. Orang yang tampak agak pendiam dalam sukan pelayaran ini...(berdasarkan jarang atau belum lagi saya lihat komentar beliau berkaitan pembangunan sukan perahu layar ini-but not Monsoon Cup) rupa-rupanya mempunyai ketokohan yang tinggi...tahniah Datuk. Kita mengharapkan sesuatu dapat dibawa oleh Datuk Wan Hisham dalam sukan perahu layar bukan sekadar dengan penglibatan datuk  dengan Monsoon Cup sahaja yang pada persepsi sesetengah warga lebih bersifat personal. Kerana kita maklum dengan penajaan dari kerajaan melalui KBS kepada Monsoon Cup lebih bersifat terus kepada T-Best. Apa-apa pun terimakasih juga atas sumbangan T-Best pada majlis insentif baru-baru ini. Juga dengan kedudukan Datuk sebagai orang penting dalam MYA akan memberikan impak kepada pembangunan sukan perahu layar negeri tereengganu di bawah persatuan negeri gabungan MYA (TESA). Sudah ada desas-desus yang tidak begitu sedap halwa, tidak begitu nampak kesan positif yang diperolehi/raih oleh persatuan negeri dalam melipat gandakan pembangunan sukan perahu layar anak negeri. Apakah persatuan negeri kurang berinteraksi dengan Datuk...? Ayuh TESA ambil langkah kanan kerana nampaknya datuk lebih bekerja dari bercakap kan datuk? Mungkin ada visi dan misi datuk boleh diterjemahkan dalam praktikal yang sebenar melalui cubaan ke atas TESA. tetapi..... tidak hanya match race sahaja tetapi lebih bersifat keseluruhan.

Antara Petikan dari Utusan Malaysia:

Shahidan, Karim tumbang

KUALA LUMPUR - Politik dan drama menyelubungi pemilihan Kesatuan Olahraga Amatur Malaysia (KOM) semalam dengan kemuncak pertandingan, Datuk Seri Shahidan Kassim kalah kepada pencabarnya, Datuk Zainal Abidin Ahmad dalam perebutan jawatan Presiden.
(Bayangkan untuk memegang jawatan dalam bidang sukan pun begitu sekali jadinya sedangkan kemelut dalam sukan olahraga antara yang terhangat dalam sukan negara, adakah masing-masing dah ada jalan penyelesaian, dakwa Sahidan perancangannya sebelum ini hanya menunggu masa untuk dituai itu pun dalam kemelut yang melanda)
 
Pada masa yang sama, Datuk Karim Ibrahim gagal mempertahankan kedudukan Timbalan Presiden selepas tewas kepada pencabarnya, Datuk Wan Hisyam Wan Salleh.

Pucuk pimpinan badan olahraga penuh kontroversi itu kini dipegang dua muka baru manakala empat Naib Presiden pula menampilkan dua penyandang jawatan, Datuk Annamalai Ramasamy (25 undi) dan Datuk Mumtaz Jaafar (24), selain orang lama, K. Yogeswaran (32) serta muka baru, Datuk Paiman Abdul Karim dari Sabah 28 undi. 

Dalam pemilihan yang cukup mencuri tumpuan itu, Shahidan hanya tewas dua undi kepada Zainal.
Bekas Menteri Besar Perlis yang telah memegang jawatan Presiden KOM selama dua penggal itu menerima 21 undi, berbanding 23 yang memihak lawannya. 

Wan Hisyam pula meraih kelebihan enam undi ke atas Karim.Beliau yang juga Naib Presiden Persatuan Kapal Layar Malaysia (MYA) menerima 25 undi dan Karim, 19. 
Sejurus keputusan diumumkan Shahidan terus meninggalkan Dewan Komanwel, Bukit Jalil walaupun penyerahan kuasa kepada Presiden baru belum dibuat.Tindakan Shahidan menimbulkan rasa tidak senang Zainal. 

Begitupun ketika Zainal, yang pernah menjadi Naib Presiden KOM, 10 tahun lalu mempersoalkan tindakan Shahidan, beliau sebaliknya enggan mengadakan sidang akhbar sejurus tamat mesyuarat, sedangkan ia merupakan satu amalan biasa setiap kali persidangan berakhir. 

Selepas diekori sekumpulan pemberita dan didesak beberapa kali, beliau akhirnya memberhentikan langkah, sebelum mengakui sudah menjangkakan kemenangan.  Ditanya mengapa beliau begitu yakin, jawabnya: "Saya sudah jangka saya mampu menang dan sebab apa saya yakin akan menang, itu anda kena tanya ahli majlis." Keyakinan Zainal juga boleh dilihat dengan jelas ketika beliau tampil berucap.

Presiden Persatuan Olahraga Amatur Negeri Sembilan (POANS) itu mengeluarkan kertas ucapan yang telah disediakan dengan begitu sempurna.Antara kandungan ucapannya yang cukup bermotivasi: "Kita kena kenal pasti jurulatih dan atlet serta menghargai mereka. Kita memerlukan jurulatih dan atlet sepenuh masa kerana kita mahu jurulatih sentiasa ada bersama atlet. Kita tidak mahu mereka (jurulatih) hanya berada di situ kerana wang.
(Aihh..sama aje nada ucapannya dengan posting saya semalam berkaitan dengan kepentingan jurulatih dan atlet-nih ada gaya ni nak jadi presiden...kena tunggu dapat datuk dululah).
"Kita juga memerlukan pegawai yang tahu bagaimana hendak mengendalikan kejohanan, negeri-negeri perlu menunjukkan prestasi dan mereka kena menganjurkan kejohanan di peringkat negeri... Itu KPI (Indeks Petunjuk Prestasi ) yang diberi kepada pegawai. 
(Inilah yang kita perlukan dengan pegawai-pegawai dan pengerusi-pengerusi dalam jawatankuasa MYA...Adakah KPI untuk anda semua...tercapaikah....Laporan masa AGM baru-baru ni nampak macam copy paste je...)

Sebelum pemilihan dijalankan delegasi AGM terpaksa mengundi menentukan sama ada mesyuarat perlu diteruskan atau ditangguh ke hari yang lain ekoran ada bantahan yang diterima sebelum itu.
Sehari sebelum pemilihan, calon Presiden, Datuk Danyal Balagopal menegaskan bahawa AGM 2012 tidak sah kerana melanggar perlembagaan. Danyal tidak bertanding pada pemilihan semalam. 

Sementara itu, Wan Hisyam berkata, barisan baru dalam kepimpinan KOM mungkin memberi isyarat lebih banyak perubahan akan berlaku dalam olahraga negara.

Link-link Lain:
Karim cabar atlet
“SAYA cabar atlet untuk hasilkan keputusan yang baik.” Itu cabaran yang dilontarkan bekas Timbalan Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim selepas tewas pada pemilihan puncuk pimpinan sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan induk sukan olahraga negara itu semalam.


Kosmo! Online - Sukan

KEPIMPINAN Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM) kini berwajah baharu. Pada pemilihan pucuk pimpinan KOM penggal 2012/2014 sempena Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) badan ... “SAYA cabar atlet untuk hasilkan keputusan yang baik.

1 ulasan:

  1. politik dan drama terlalu kuat dalam persatuan pelayaran malaysia kini.

    BalasPadam