Rabu, 26 September 2012

AKTIVITI MYA Menghangat Kembali-"Oktober ku Berbekas Sudah" -KURSUS PENGENALAN RACE MANAGEMENT

Surat Tawaran dari Persatuan Pelayaran Malaysia (MYA) telah diterima pada awal petang ini menawarkan satu kursus yang amat baik bagi sesiapa yang ingin melibatkan diri dalam bidang pengurusan dan pengendalian pertandingan terutamanya melibatkan pengendalian pertandingan di air; pendek katanya pegawai teknikallah ataupun nama sinonimnya OOD & the gangs.

So teringat saya pada tahun lepas agak hangat blog saya dengan isu ketidak puasan hati dengan tugasan geng-geng teknikal nih... terutamanya komen dari minah gatal miang kalau x silap..dah lupa namanya; lama sangat tak dengar komentar darinya lagi. Mungkin dah menyepi diri se-sepi blog ini beberapa ketika dulu...so apa kata minah miang gatal cuba joint tengok klinik ni.. apa yang tak kena...boleh komen.

Di bawah disertakan salinan surat tawaran dari MYA tersebut.


Tarikh  :  26 September 2012                                   

Rujukan Kami : MYA/012/073

Salam Sejahtera dari Persatuan Pelayaran Malaysia!
Kepada : Semua Setiausaha Kehormat Persatuan Negeri yang dihormati.
YBhg Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan yang dihormati,
PANGGILAN UNTUK KURSUS PENGENALAN "RACE MANAGEMENT"
            Adalah dengan hormatnya merujuk kepada perkara di atas.
2.         Sukacita di maklumkan bahawa Persatuan Pelayaran Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pelajaran Malaysia akan mengelolakan Kursus Pengenalan "Race Management" yang akan diadakan seperti berikut:

            Tarikh                          :           15-19 Oktober 2012

            Tempat                      :           Pusat Latihan Perahu layar Kebangsaan
                                                            Lot 3662 Pokok Asam
                                                            Kuah, 07000 Langkawi
                                                            Kedah Darul Aman

3.   Bersama-sama ini dilampirkan surat dan jadual kursus tersebut untuk perhatian dan tindakan selanjut pihak YBhg Tan Sri/Dato’/Tuan dan Puan.

4.      Segala kerjasama dan jasabaik dari pihak YBhg. Tan Sri/Dato’/Tuan/Puan amatlah dihargai dan kami dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.

Sekian.   

Yang menurut perintah,
VPrieya
Eksekutif Pentadbiran
PPM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan