Ahad, 23 September 2012

Terhantuk Jenang: sebelum kopi 'O' minum pagi

2 atau 3 hari lepas saya ada menonton dan melihat di slot berita di TV 9 dan terbaca di tagline bawahnya yang MYA ingin memohon untuk pertambahan atlet kebangsaan (kepada MSN tentunya).

Ada tak yang perasan? dan ada tak yang tahu berkaitan dengan hal ini...? Sayang tiada dinyatakan dari mana sumber ini diperolehi.

Pada pandangan saya rasanya elok sangatlah untuk pertambahan atlet ini, lagipun tahun hadapan ada beberapa kejohanan penting seperti Sukan Sea dan juga tahun depan akan masuk tahun ke 3 sebelum Sukan Asia 2014 (dari program 4 tahunnya). Nampaknya bagi persediaan Sukan Asia 2014 nampak macam agak lama pengendali  sukan negara ketiduran. Begitu juga dengan MYA yang sepatutnya selepas Sukan Asia bagi tahun 2010-2011 fokus sepatutnya perlu dipergandakan dengan aktiviti pada peringkat akar umbi supaya peningkatan grass root ini akan mampu untuk melonjak apabila masuk tahun 2013 dan 2014. Tampaknya aktiviti yang dijalankan seperti streotype sahaja....sama aje macam dah monotonous. Tidak dapat dinafikan dengan kejayaan penganjuran beberapa acara bertaraf dunia (IODA Asian, IODA World & ASC) dan juga kejayaan menamakan kejohanan perahu layar dalam negara di kalendar ISAF serta pengiktirafan  ISAF Graded untuk RPAL tetapi dimana program pembangunannya...dah tepu ke? Mungkin tahun depan kot agresif ckit...tahun mengundikan (bukan PRU 13 tetapi election MYA).

Apa-apa pun; bagaimanakah? apakah kelas-kelas yang akan dibuat pemilihannya? dan apakah cara-cara pemilihannya?. Teringat saya akan kalau tak silap pada bulan Januari awal tahun lepas ada MYA mengeluarkan surat tawaran kepada persatuan-persatuan negeri untuk memilih atlet bagi kelas Optimist, International 420, Laser 4.7 dan windsurf melalui kejohanan RPAL. Apakah perancangan pengambilan atlet ini adalah kesinambungan dari surat tawaran tersebut. Lamanya masa nak decide dan nampak selepas surat tawaran tersebut dan selepas kejohanan RPAL sehingga ke hari ini tiada apa-apa langkah diambil yang memberi kesan kepada negeri-negeri atau dilihat memberi limpah ruah kepada pelaksanaan pengambilan atlet tersebut;
  1. tiada apa-apa makluman susulan kepada negeri-negeri apakah tindakan-tindakan yang akan dilakukan
  2. Apa yang kita nampak terus sahaja atlet kebangsaan sedia ada lepasan Optimist sekarang seperti Faizal dan Kiki, Aisyah dan Vela......(ye ke Vela di mana Vela kejap ada kejap tiada tetapi baru-baru ni ada ke Ireland kan?) terus mewakili negara bagi kelas-kelas 420 terutamanya.
  3. tiada dianjurkan beberapa kem atau klinik kepada atlet-atlet yang dikenalpasti terutamanya kepada atlet-atlet selain 420, Laser 4.7 dan windsurf. Jadi bakat atlet dari negeri lain tidak akan kelihatan, tidak dapat diasah dan dipupuk. Mungkin tak berapa lama lagi akan muncul juga atlet bekas Optimist kebangsaan bagi mewakili kelas-kelas berbaki yang belum kelihatan (Laser 4.7 dan windsurf) dan adakah itu tujuan penambahan atlet yang akan dan mungkin sedang dipohon?
  4. Bukan meragukan keupayaan mereka terutamanya kejayaan pasangan 420 negara semasa kejohanan remaja dunia baru-baru ini amat membanggakan dengan kejayaan di tempat ke-7 mampu menyaingi keupayaan pasangan Hazim semasa di Korea dahulu dalam kelas yang sama tetapi fleet yang lebih besar pada kali ini tentunya. Tetapi moral of storynya adalah dimanakah tindakan dan usaha MYA dalam membangunkan kelas-kelas ini pada peringkat akar umbinya..seolah-olah nil.
  5. Jangan pula kata tugas MYA hanya bagi duit RM30k suruh negeri buat games kemudian hanya memantau dan cari atlet dari situ. Lihat kejohanan SUKMA baru-baru ini bagi kelas-kelas yang tiada had limit umur selain bawah 21 tahun...dimanakah prestasi atlet 16tahun kebawah (kecuali bekas atlet kebangsaan yang dinyatakan) yang hendak dipantau/nilai oleh MYA dan dimanakah laporan pemantauannya sebelum pengambilan atlet terus dibuat.
  6. jadi kita nak juga lihat perancangan ...opps sorry bukan perancangan tetapi tindakan-tindakan terus tidak melalui negeri yang boleh membantu kita (negeri-negeri) dalam membangun dan memajukan sukan pelayaran negara. 
  7. penganjuran-penganjuran aktiviti (selain pertandingan, kursus jurulatih - itupun ada push dan kehendak dari pihak lain) yang dibuat oleh MYA bukan sekadar dapat membantu negeri tetapi dalam masa yang sama akan dapat membantu MYA menambahbaik diri mereka sendiri seperti contohnya penambahan aset seperti bot-bot dalam menganjurkan acara-acara, kem-kem,  klinik-klinik dan lain-lain.
  8. Persatuan windsurf kebangsaan apakah tindakan anda lakukan dalam membantu pengambilan bagi kelas windsurf ini? Menyediakan program..memberi khidmat nasihat dan sebagainya?
  9. Kenapa Laser 4.7 perempuan sahaja yang dicari bagi kelas Laser (berdasarkan surat tawaran bulan Januari). Adakah MYA sudah mempunyai cukup pelapis bagi kelas Laser untuk mencari pengganti bagi Nizam ataupun apabila Nizam sudah tidak mampu bereaksi baru nak cari pengganti?? Nizam juga memerlukan pacer, peneman dan pesaing dalam program latihannya semasa berlatih dalam negara.
Alhamdulillah.... diberi masa dan idea; asalnya nak mention dan maklumkan tentang cadangan penambahan atlet sahaja tiba-tiba dihening pagi ni mencurah-curah pulak idea yang masuk.
Apa-apa pun jurulatih kebangsaan ni cukupkah bersempena dengan penambahan atlet yang akan dibuat, sekarang ni pun 2 orang coach nak jaga semuanya. Mungkin nak jaga jumlah atlet x de masalah tetapi kelas-kelas bot yang perlu diberi tumpuan penting supaya pencapaian atlet tidak terjejas.

Apa-apa pun pada asalnya catatan dan pandangan kritis ini nak tunjuk lain padang lain belalang supaya setidak-tidaknya bisa mungkin untuk mengejutkan dan menggesa MYA supaya bertindak lebih agresif dan progresif dalam membangunkan sukan pelayaran diakar umbi pada baki masa yang ada. Harap tidak hanya melihat kepada bagaimana menyuburkan organisasi itu semata-mata tetapi bagaimana mengukuh dan mewajakan kerangka dan cabang utama kepada kewujudan MYA itu supaya teras dan tunjang itu menjadi seperti ianya tidak ia mereput dari dalam. Jurulatih sepatutnya menjadi aset yang sangat penting kepada MYA dan ianya perlu dihormati akan bagaimana mereka ini akan mewarnai gerak kerja MYA. Cetusan idea dan rasa mereka perlu dijadikan sebagai matlamat dan halatuju berteraskan visi dan misi MYA.


Terakhir: terdapat beberapa feedback dan pandangan dari warga pelayaran yang meraskan kebajikan atlet tidak begitu sesungguhnya dititik beratkan terutamanya dalam hal-hal keagamaan seperti penjagaan solat dan amal ibadat lainnya terutamanya kepada atlet-atlet muda (Optimist misal keutamaannya) yang sesungguhnya MYAlah yang akan bertanggung jawab terhadap apa yang akan berlaku kepada tingkah dan laku atlet itu kelak. Sehubungan itu MSN juga perlu dipertanggunjawabkan melalui tindakan gerak-kerja dan penguatkuasaan penyelia dan wardennya dalam membentuk siasah diri anak muda belia ini....wallahualam

Oh Ya Oktober ini apa aktivitinya ye..? Semua acara yang terdapat dalam kalendar MYA sudah berganjak tarikhnya lari dari bulan Oktober ye....kenapa...demam pilihanraya ke?...mungkin musim haji dengan Aidil Adha pada minggu ke-3nya. Kalau kita nak request MYA untuk buat klinik kejurulatihan Spesifik bagi negeri kita bagaimanakah caranya ye?  dan apakah bayaran-bayaran dan perbelanjaan yang perlu? ....saja nak test pengerusi Kejurulatihan ni.....? Jangan mare ye...info untuk semua jugak tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan