Jumaat, 21 September 2012

Kembali Mengaruk

Aktiviti seperti yang terdapat di dalam Events calendar MYA telah berjalan dengan agak baik dan sedikit lancar pada tahun ini. Walaupun begitu ada beberapa aktiviti yang tak berjalan yang mana ianya agak penting seperti Kursus Jurulatih Tahap III nampaknya seperti akan mengalami nasib yang sama seperti tahun lepas juga tertangguh. Khabarnya semua dah ready bahan-bahannya hanya tunggu kursus pengenalannya sahaja (pilot course) apa dah jadi????

Selain itu LITC klinik pada bulan Julai juga nampaknya tidak berjaya dijalankan. Klinik kendalian KSA ini memang dari awal lagi sudah boleh diagak akan kegagalannya memandangkan acara dirancang sebaik sahaja habis SUKMA. Apa-apa pun klinik antarabangsa ini yang sepatutnya menjadi sesuatu yang lebih bersifat nasional dan sepatutnya MYA patut mengendalikannya supaya penyertaan lebih menyeluruh dan beberapa pertolongan boleh diberikan terutamanya untuk penyertaan negeri-negeri. Nampaknya klinik ini juga sudah menjadi sedikit lesu dan hilang serinya.

Acara match racing juga nampaknya berjalan lancar...2 acara sebelum ini (tak termasuk acara di Langkawi-betulkah hanya 2 atau dah 3?) telah diadakan berasingan dengan lain-lain kejohanan negeri (KFC Regatta) kecuali yang ke-3 bakal diadakan bersama dengan kejohanan KFC-Johor Open Regatta. Apakah penyertaan pada kali ini oleh pasukan yang sama dengan dengan 2 kejohanan lepas? Apakah ada penglibatan pasukan baru dan apakah masih terbuka peluang untuk masuk ke final MMRT untuk pasukan baru? Apakah akan berlaku pecahan kepada peserta-peserta yang sebelum ini yang juga mengambil bahagian pada fleet race kepada match race? Mana yang lebih untung kepada pelayar antara fleet race peringkat KFC tetapi non ranking (kalau berdasarkan status terkini)  berbanding dengan Match Race. Ke manakah halatujunya, apakah dah jelas visi dan misinya? Jangan nanti yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran. Harapkan dapat berteduh di pohon beringin jangan terberak si gagak emas. Pelaut dari negeri atas angin pun suka bebenor nampaknya, dapat memberi angin. Dah ada anginnya hasil mereka ini, apadah jadi dengan kursus/klinik helmsman RYA...Apa-apa pun kita sama-sama menyokong apa langkah baik yang akan memajukan sukan pelayaran ke tahap yang lebih tinggi dan ......apa lagi...... berjumpa nanti di Pulau Duyong untuk final MMRT sebelum WMRT. Andai WMRT dah tak lagi dapat bersaing di Malaysia apakah.....ohh tidak...? Final WMRT adalah yang terbaik dan tertinggi ratingnya, maklumlah final.

Kebanyakan baki kejohanan dalam negara telahpun keluar NORnya. Kepada yang berminat dan belum ada makluman klik sahaja pada (NOR Published) kejohanan tersebut di Events calendar MYA sebelah.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan