-
cadangan mengadakan mmrc circuit adalah sangat bagus bagi memantapkan
lagi pelayar-pelayar malaysia. dapat di lihat dimana aksi MMRC lebih
baik dari AMRC menunjukkan pelayar pelayar malaysia mempunyai potensi
untuk lebih maju di dalam sukan ini. tetapi :-
-adakah liputan pertandingan seperti mmrc.. sebab takder sponsor yang nak taja kalau buat game setakat melepaskan batuk di tangga.
-adakah mya sudah bersedia? atau sekadar mengaut keuntungan???
-bagaimana dengan penggunaan bot pula? adakah bot bot yang digunakan mempunyai setting/berat/dan layar yang sama?
-Juri (umpire) yang bakal di lantik adakah dari yang berpengalaman? atau hanya diambil dari mereka yang pergi mengikuti kursus juri?. kerana biarpun mereka telah pun mengikuti kursus mereka tidak pernah menjadi salah seorang umpire semasa mana mana kejohanan Match racing.
-Damage deposit untuk kerosakan boat pula bagaimana?
-Adakah cash prize yang dijanjikan akan diterima oleh pemenang. atau akan ditukarkan kepada barang barang pelayaran yang terdapat di MYA?
- Masih banyak lagi persiapan dan perkara yang perlu di bincangkan bagi menjayakan MMRC circuit saya harap, MYA membuat persiapan lebih awal dan memastikan kejohanan ini berjalan dengan lancar dan cemerlang.
-ulasan bukan untuk menjatuhkan mana-mana pihak, sekadar mengingatkan bahawa pelayar pelayar juga mempunyai impian juga mempunyai tugas dan tanggungjawab kepada sesebuah organisasi. ada yang sanggup mengobankan cuti bagi menyertai sesebuah kejohanan. biarlah apa yang mereka korbankan berbaloi kepada mereka.
My comment next...
Ahad, 23 Oktober 2011
Circuit Kebangsaan MMRC
Khamis, 20 Oktober 2011
Cari kerja - Peluang kerja
Kepada sesiapa yang berminat untuk menjadi jurulatih kebangsaan, semalam saya menerima 2 email yang mengandungi message yang sama menawarkan jawatan kosong sebagai jurulatih kebangsaan.
Surat yang dikeluarkan oleh Pengerusi Kejurulatihan MYA tersebut amat ringkas menawarkan jawatan jurulatih tanpa mengandungi butiran lengkap berkaitan dengan keperluan-keperluan dan syarat-syarat yang diletakkan beserta dengan apa yang ditawarkan sepeti mana surat tawaran dari Sandakan Yacht Club yang paparkan pada beberapa posting lalu rasanya lebih detail. Jadi kepada sesiapa yang berminat sila hubungi MYA sendiri ye..
Jangan lupa passkan info ni kepada kawan-kawan mungkin ada yang berminat.
Berikut adalah suntingan dari email yang saya terima:
So Berminat? Jangan tunggu lagi nombor dan contact boleh di dapati dari MYA melalui email yang di sertakan atau boleh bertanya kepada saya....kalau susah sangat nak dapat.

Kepada : Semua Persatuan Negeri/Kelab dan Jurulatih
Tuan/Puan yang dihormati,
JAWATAN KOSONG SEBAGAI JURULATIH KEBANGSAAN
Dengan segala hormatnya pihak kami rujuk dengan perkara di atas.
2. Sedia maklum bahawa Persatuan Pelayaran Malaysia memerlukan dua orang untuk menyandang jawatan jurulatih Kebangsaan. Sehubungan dengan itu, sesiapa yang berminat boleh menghantar CV anda kepada alamat berikut seperti tetapan dibawah:-.
PERSATUAN PELAYARAN MALAYSIA
C/O : Royal Port Dickson Yacht Club
Batu 4 1/2, Jalan Pantai, 71050 Port Dickson
Negeri Sembilan Darul Khusus, Malaysia.
So Berminat? Jangan tunggu lagi nombor dan contact boleh di dapati dari MYA melalui email yang di sertakan atau boleh bertanya kepada saya....kalau susah sangat nak dapat.
National Circuit Match Racing
Berlanjutan posting semalam berikut adalah maklumat berkaitan yang saya katakan diterima dari MYA. Adakah ianya bermakna pada tahun hadapan MYA dalam langkah awal akan mengambil alih penganjuran acara match racing MMRC dan mungkin seterusnya AMRC dan WMRC Monsoon Cup? Ianya bermula dengan kerjasama dari syarikat T-Best yang sebelum ini menjadi penganjur bagi ketiga-tiga acara tersebut.
Juga bermakna tidak lagi seperti tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya maka setiap pasukan yang berhajat untuk mengambil bahagian dalam Malaysian Match Racing Championship (MMRC) bagi kelayakan World Match Racing Championship (WMRC) Monsoon Cup perlulah mengikuti circuit kebangsaan ini kerana hanya 8 pasukan terbaik keputusan 4 ranking tersebut sahaja layak ke MMRC.
Jadi setiap team yang hendak dibentuk perlulah bekerja sekarang memikirkan perihal sponsor, program latihan dan pertandingan serta pelepasan majikan/sekolah/institusi dan juga lain-lainnya. MYA juga perlu memikirkan apakah setiap pasukan yang berdaftar hanyalah nama pasukan atau nama pasukan dan skipper sahaja perlu berdaftar sebagai pasukan pada kesemua circuit atau kesemua ahli pasukan perlu berada pada setiap circuit tanpa boleh ditukar. Memandangkan komitmen untuk menjayakan acara match racing ini agak besar dan ada peserta yang berkemungkinan tidak dapat mengambil bahagian sebagai contohnya kita lihat team Hazim baru-baru ini, tidak dapat menyertai AMRC apabila crewnya tidak mendapat pelepasan cuti.
Berikut saya sertakan suntingan daripada email yang dihantar ke email box saya.
Kesemua 4 kejohanan ini adalah ranking kebangsaan bagi kelayakan ke pertandingan akhir iaitu "Malaysia Qualifier". Hanya 8 pasukan terbaik sahaja yang akan layak ke pusingan akhir. Bagi pasukan yang tidak mengikuti circuit ini tidak di benarkan mengambil bahagian dalam Malaysia Qualifier .

Tarikh : 18 Oktober 2011
Kepada : Semua Setiausaha Kehormat Persatuan Negeri dan Kelab
YBhg.Dato' /Tuan dan Puan yang dihormati,
KALENDAR SUKAN PERAHU LAYAR TAHUN 2012
Perkara di atas adalah dengan hormatnya dirujuk.
2.
Sukacita dimaklumkan bahawa Persatuan Pelayaran Malayasia dengan kerja
sama Syarikat T-Best Sdn Bhd akan menganjurkan “Circuit Match Racing”
pada tahun 2012. Bagi tujuan tersebut Sebanyak Empat kejohanan KFC Peringkat negeri telah dipilih seperti berikut:
1. KFC Langkawi International Regatta Perdana -Kedah
2. KFC Lumut Open Regatta - TLDM
3. KFC Selangor Open Regatta - RSYC
4. KFC Terengganu Open Regatta – Tereangganu
Kesemua 4 kejohanan ini adalah ranking kebangsaan bagi kelayakan ke pertandingan akhir iaitu "Malaysia Qualifier". Hanya 8 pasukan terbaik sahaja yang akan layak ke pusingan akhir. Bagi pasukan yang tidak mengikuti circuit ini tidak di benarkan mengambil bahagian dalam Malaysia Qualifier .
Rabu, 19 Oktober 2011
Malaysia- ISAF Grade events??
Seperti yang dijanjikan pada post bertajuk Info Awal Aktiviti MYA Tahun Depan 2012 saya telah menyelongkar beberapa sumber untuk mendapatkan kepastian perkara ini.
Ya memang benar bukan setakat tercatat dalam kalendar MYA tetapi juga terdapat di dalam kalendar ISAF boleh di cari di www.sailing.org di bawah kolum events & ranking telah mencatatkan
Isu Match Racing ni baru kejap tadi satu email masuk berkaitan dengan acara ini nantilah akan dipostkan kalau berkesempatan.
Risikan dalaman MYA juga menyatakan bahawa acara Match Racing ini tidak menggunakan dana sedia ada MYA malah ianya akan mendapat suntikan dana yang lebih besar memandangkan MYA akan mengambil alih acara penganjuran Monsoon Cup seperti yang di war-warkan dalam media baru-baru ini. Saya juga dimaklumkan bahawa dana ini juga akan turut digunakan untuk membangunkan sukan pelayaran secara keseluruhan. Kita tunggu dan lihat sahaja...harap-harap menjadi bagai dikata. So ini telah menjawab keraguan saya pada posting yang sama berkenaan berkemungkinan dana MYA akan melayang ke keel boat setelah pembangunan kelas small dinghy pun masih tidak dibangunkan seperti apa yang diharapkan.
Apa-apa pun saya tidaklah begitu berbangga sangat dengan kejayaan mendapat ISAF Grade 3 bagi kelas keel boat match racing ini memandangkan MYA hanya meneruskan atau menangguh di air jernih terang benderang yang telah dijalankan oleh pihak lain sebelum ini.
Apa yang saya banggakan adalah kejayaan Langkawi International Regatta Perdana mendapatkan kelayakan ISAF Grase 3. Tahniah kepada Kedah Sailing Association (KSA) atas usaha keras ini. Saya telah sekian lama menyatakan bahawa usaha harus dilakukan untuk mendapatkan/memohon untuk graded event di mana apabila penganjuran acara yang mendapat grade ISAF bermakna akan mendapat penyertaan peserta luar negara, termasuk penganjuran yang lebih profesional dan akhir sekali secara automatik mampu membawa tahap pelayar kita kepada satu tahap yang lebih tinggi. Ini bemakna KSA telahpun sebelum ini sekurang-kurang 2 atau 3 tahun berturut-turut melakukan beberapa perkara pokok yang menjadi syarat-syarat ISAF:
Banyak lagi ingin dikongsi rasa...bersambung ke lain posting....
Ya memang benar bukan setakat tercatat dalam kalendar MYA tetapi juga terdapat di dalam kalendar ISAF boleh di cari di www.sailing.org di bawah kolum events & ranking telah mencatatkan
- Pertandingan Langkawi International Regatta Perdana sebagai ISAF Grade 3 events untuk acara-acara kelas Olimpik yang dipertandingkan.
- Asian Sailing Championship sebagai ISAF Grade 4 untuk match Race dan ISAF Grade 3 untuk acara kelas-kelas Olimpik yang lain.
27.1.5 Grade 3 events
All-Olympic Class events
International Olympic Class events (other than those included as Grade 2)
Additional Criteria
- 10 or more competitors from at least 2 nations
- Standard notice of race to be used and distributed six (6) months before event
- Where an International Jury cannot be established, the Chairman of the Protest Committee shall be an International Judge.
Points for each grade of event are multiplied by a factor to reflect the
importance of the event. This multiplier is called 'F'. The grade of
the regatta also determines the percentage of competitors who receive
ranking points. For 'W ' regattas the top 90% of competitors are
awarded points; Grade 1 & Grade C1 - 70%; Grade 2 & Grade C2 -
50%; and Grade 3 - 20%.
Isu Match Racing ni baru kejap tadi satu email masuk berkaitan dengan acara ini nantilah akan dipostkan kalau berkesempatan.
Risikan dalaman MYA juga menyatakan bahawa acara Match Racing ini tidak menggunakan dana sedia ada MYA malah ianya akan mendapat suntikan dana yang lebih besar memandangkan MYA akan mengambil alih acara penganjuran Monsoon Cup seperti yang di war-warkan dalam media baru-baru ini. Saya juga dimaklumkan bahawa dana ini juga akan turut digunakan untuk membangunkan sukan pelayaran secara keseluruhan. Kita tunggu dan lihat sahaja...harap-harap menjadi bagai dikata. So ini telah menjawab keraguan saya pada posting yang sama berkenaan berkemungkinan dana MYA akan melayang ke keel boat setelah pembangunan kelas small dinghy pun masih tidak dibangunkan seperti apa yang diharapkan.
Apa-apa pun saya tidaklah begitu berbangga sangat dengan kejayaan mendapat ISAF Grade 3 bagi kelas keel boat match racing ini memandangkan MYA hanya meneruskan atau menangguh di air jernih terang benderang yang telah dijalankan oleh pihak lain sebelum ini.
Apa yang saya banggakan adalah kejayaan Langkawi International Regatta Perdana mendapatkan kelayakan ISAF Grase 3. Tahniah kepada Kedah Sailing Association (KSA) atas usaha keras ini. Saya telah sekian lama menyatakan bahawa usaha harus dilakukan untuk mendapatkan/memohon untuk graded event di mana apabila penganjuran acara yang mendapat grade ISAF bermakna akan mendapat penyertaan peserta luar negara, termasuk penganjuran yang lebih profesional dan akhir sekali secara automatik mampu membawa tahap pelayar kita kepada satu tahap yang lebih tinggi. Ini bemakna KSA telahpun sebelum ini sekurang-kurang 2 atau 3 tahun berturut-turut melakukan beberapa perkara pokok yang menjadi syarat-syarat ISAF:
- Mengeluarkan NOR lebih awal 6 bulan awal secara konsisten beberapa tahun kebelakangan ini
- Laporan setiap tahun kepada ISAF berkenaan dengan penganjuran dan keputusan
- Penyertaan luar negara yang mencukupi mengikut kehendaki ISAF
- Mempunyai sekurang-kurangnya International juri dalam pengurusan kejohanannya
- Kelas-kelas Olimpik yang dipertandingkan seperti Int 470 L & P, Laser Standard, Laser Radial Perempuan, Windsurf RSX Lelaki dan Perempuan mempunyai jumlah penyertaan yang memberangsang:
- Penyertaan peserta luar negara harus diusahakan dengan lebih giat untuk kelas-kelas di atas
- Menyediakan bot yang mencukupi bagi kelas-kelas tersebut untuk disewa terutamanya bot Int 470 yang sangat terhad (perlu bekerjasama dengan PPLATM/TLDM kalau perlu
- Menggalakkan penyertaan dalam negara oleh atlet tempatan supaya program pembangunan menuju ke kelas Olimpik tercapai
- Menganjurkan kejohanan mengikut kehendak-kehendak ISAF terutama menyediakan IJ malah lebih baik jika ada IRO.
Banyak lagi ingin dikongsi rasa...bersambung ke lain posting....
Isnin, 17 Oktober 2011
Kursus Bot Penyelamat dan Bot Jurulatih
Kursus telah pun berakhir semalam. Semuanya berjalan lancar kecuali acara pemberian lesen agak tergendala dengan tidak kesemua lesen dapat diserahkan dalam masa dan ada beberapa peserta terpaksa menunggu.
Cadangan supaya dapat disediakan dengan sijil sekali beserta dengan lesen seperti kursus-kursus yang lain
Cadangan supaya dapat disediakan dengan sijil sekali beserta dengan lesen seperti kursus-kursus yang lain
Ujian praktikal mengkehendaki para peserta melalui secara zig-zag mengelilingi 4 boya menuju ke depan secara forward dan bergerak balik secara reverse dan seterusnya melakukan alongside di pontoon.
Ahad, 16 Oktober 2011
2nd Day Kursus Bot Penyelamat dan Bot Jurulatih
Hari kedua kursus Bot Jurulatih dan Bot penyelamat semakin memberat..
Esok hari terakhir kursus dan setiap peserta akan menjalani ujian latihan praktikal di air kita tunggu....
Jumaat, 14 Oktober 2011
Kursus Bot Jurulatih dan Bot Penyelamat
Masih lagi mencari beberapa info untuk post yang terakhir sebelum menjawap beberapa persoalan? Untuk sementara waktu kita tinggalkan isu Match Racing tour/ISAF Grade 3 buat sementara waktu.
Kursus Bot Jurulatihd an Bot Penyelamat sedang berlangsung mulai pagi tadi agak ramai juga peserta kursus kira-kira seramai 47 peserta hadir dari jumlah kira-kira 50 yang mendaftar awal.
Antara yang tak kelihatan wakil dari Melaka, dari Johor hanya 1 orang dari 4 yang mendaftar. Dari Sabah juga hanya wakil dari Tawau (Albert) yang hadir, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya juga tidak hadir. Kedah mendominasi jumalh besar peserta kursus.
Isi kandungan mengikut kepada manual dari RYA, walaupun baru kali pertama tetapi isi kandungannya adalah merupakan apa yang telah dilakukan oleh jurulatih kita dalam rutin harian melatih dan mengajar menjadikan tiada masalah besar kecuali kepada beberapa peserta yang tidak aktif mengajar dan menggunakan bot jurulatih dalam latihan mereka.

Hasilnya....pening kepala nampak berat sangat ke. Tengok coach Sahir selamber aje...siap jadi adviser lagi.
steadylah bu....hehh.he
Kursus Bot Jurulatihd an Bot Penyelamat sedang berlangsung mulai pagi tadi agak ramai juga peserta kursus kira-kira seramai 47 peserta hadir dari jumlah kira-kira 50 yang mendaftar awal.
Antara yang tak kelihatan wakil dari Melaka, dari Johor hanya 1 orang dari 4 yang mendaftar. Dari Sabah juga hanya wakil dari Tawau (Albert) yang hadir, Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya juga tidak hadir. Kedah mendominasi jumalh besar peserta kursus.
Isi kandungan mengikut kepada manual dari RYA, walaupun baru kali pertama tetapi isi kandungannya adalah merupakan apa yang telah dilakukan oleh jurulatih kita dalam rutin harian melatih dan mengajar menjadikan tiada masalah besar kecuali kepada beberapa peserta yang tidak aktif mengajar dan menggunakan bot jurulatih dalam latihan mereka.
Mr penceramah utama kita En Afendi GM MYA sedang memberikan lecture. Para peserta pula sedang tekun dan khusyuk mendengar lecture dari Mr GM
steadylah bu....hehh.he
Langgan:
Catatan (Atom)