Khamis, 5 Ogos 2010

Liscom week 1 Ogos

Hari ni Khamis 1 minggu lepas update yang lepas:
Tak banyak perkembangan atlet balik dari Putrajaya pada hari Isnin.
  1. Hari Selasa belum nampak Qaedi masih di KL menguruskan hal penangguhan sekolahnya masih belum settle.
  2. Nizam hari ini suruh siapkan bot kerana semasa balik itu dari Larg dia tak bawa rigging kerana nak elak dari overweight, so siapkan lagi satu rigging. Khairul turun sailing dengan group Byte di bawah kendalian Balok & Sahril
  3. Rabu: Qaedi dah kelihatan buat PT pagi sama dengan bebudak lain. Nizam macam biasa ke sekolah. Petang mereka turun Byte (Qaedi & Rezaki juga) manakala Khairul turun dengan Laser Standard. Nizam turun agak lewat kerana baru balik dari sekolah dan turun Laser Standard di bawah kendalian Sahril. Balok siapkan proposal utk pemilihan atlet ke Asian Beach Games (ABG) gua biasaaalah bantu sikit-sikit dan settlekan beberapa pembayaran tiket utk 17hb ni untuk atlet dan MYA Langkawi ke majlis berbuka puasa bersama menteri.
  4. Khamis: Pagi tak nampak Qaedi dan Khairul.....ohh lupa hari ni mereka ke Lumut untuk pemilihan atlet ke Sukan Asia bagi kelas Keel boat....ini mengingatkan gua pada Sukan Sea 2007 lepas tau apa jadi..semasa nak buat selection Sea Games bagi keel boat dia orang (sape dia orang tu lu orang agaklah) tak bagi team gemilang ambik bahagian...apalah punya gabla...macam mana nak buat selection nak cari yang terbaik kalau dihalang untuk mengambil bahagian...harap-harap kali ini tak lah lagi kalau tak pergi makan anginlah dia orang dahlah terganggu latihan Laser kat sini...nak pergi world lagi berapa hari saja lagi si Qaedi..harap-harap biarlah berbaloi selection ni.
So Nizam petang ni lepas sekolah suruh dia buat exercise core kat gym kira-kira 45 minit dan kemudiannya berkayuh melalui jalan tg Lembung ke jalan arah Pantai Chenang dan balik semula ke Komplek Gua pun ikut bersama dengan Mie MSN. Naik crem kakilah jugak nak layan dia orang..biasalah kena tinggalah...mana boleh ikut..1 jam 45 minit hooo

Apalagi...ari ni juga dah buat bayaran 470 European untuk Razman dan Hakimi.
Laser Standard World:
  1. Tunggu confirmation untuk penginapan belum ada jawapan
  2. tiket belum ada kepastian lagi bila harap-harap dapat jawapan cepat kerana kena tally dengan penginapan dan lepas tu baru boleh tahu kena sewa kereta atau tak.
  3. Sharing coach boat dah minta dengan ILCA tolong carikan...tunggu jawapan sahaja
  4. apa lagi...oh tunggu surat confirmation dari MSN untuk minta MYA bagi advance
Kalau di tengokkan item 2, 3 dan 4 ini selalu menyebabkan kegangguan kepada melakukan perkara-perkara lain...mana boleh confirmation untuk penginapan kalau tiket pun belum tahu dan macam mana nak beli tiket belum ada.....and so on.

Last but not least hari ini dapat tengok NOR Asian games bagi satu copy kat Andrew Brown dan dan Sahir tapi tak nampak pun Sahir letak atas meja aje lah....rupa-rupanya mereka (termasuk Rezaki dan Sahril) ke Lumut jugak terlibat dengan pemilihan keel boat tak tau lah sebagai apa atlet jugak ke atau official.....itu kena tanya GM lah kot......Zaki ada bagitau gua nak pergi Lumut katanya arahan GM...tak apelah asalkan bahagia.

Kertas cadangan pemilihan dah siap Balok buat dan dah minta antarkan ke setiausaha MYA untuk buat tindakan susulan....Almost cost free MYA oooi....kecuali mungkin akan minta duit makan sikit kot untuk peserta....nak buat pembangunan kenalah berbelanja sikit. Penginapan kita mintaklah dengan MSN. Detail untuk pemilihan ini akan dipostkan bila MYA dah bersetuju untuk melakukannya.

Sekian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan