Sabtu, 28 Ogos 2010

Perkembangan Latihan Persediaan Laser Senior World

27hb Ogos;
Pagi ke club dalam keadaan hujan rintik-rintik; sejuk seperti biasa dan angin bertiup kira-kira 12-15kts datang dari arah utara bertentangan dari semalam.

Hari pertama Nizam sampai dan pada hari ini juga Measurement dan Registration telah dibuka. Qaedi melakukan measurement terlebih dahulu; Nizam terpaksa menunggu Thailand (Keerati-Top) kerana riggingnya ditinggal bersama Thailand (Top) selepas Kejohanan Laser Radial Youth World hari itu.

Nizam melakukan measurement sedikit lewat bersama dengan Thailand dan selepas itu keduanya (Qaedi & Nizam) melakukan registration. Tiada masalah kecuali Qaedi yang mana sticker sponsor Harken sepatutnya dipasang di stbd boom tetapi ia memasangnya di port side.

Mengadakan perbincangan dengan On the Water group. Banyak mendengar sahaja cerita berkenaan dengan company ini yang selain mengadakan sewa coach boat (yang saya reject hari tu kerana harga sedikit mahal dan langkah berjimat cermat) juga mengadakan coaching, development program untuk kelab, association dan untuk negara yang berminat; kononnya mereka mengadakan program pembangunan di middle east terutamanya Bahrain. Agak tally dengan program yang sedang saya jalankan dengan KSA sekarang ini. Juga approach mereka cuba untuk work dengan ISAF dan ILCA bagi pembangunan pelayaran di negara-negara yang baru hendak membangun. Adalah sekitar 1jam 30 minit bersembang.

Sekitar jam 1500pm pelayar turun ke air untuk menjalani latihan kelihatan angin sudah sedikit perlahan kira-kira 12-13kts.

Coach turun sedikit lewat....satu lagi hari kejayaan....berjaya mendapatkan coach boat pada awal petang; agak baik dan harganya pun berpatutan dengan 100 pound sehari. Coach turun sekitar 1545pm. Angin semakin perlahan di gelanggang tetapi most of time masih dalam keadaan hiking position. Kelihatan bayak patch angin. Prestasi Qaedi kelihatan kurang membanggakan dengan sailing yang tidak sepenuhnya dalam speed yang baik juga kelihatan selalu miss gust dan shift. Manakala Nizam lebih baik tetapi juga kelihatan ketinggalan beberapa gust dan windshift yang kelihatan banyak sekali berterabur di kiri dan juga kanan gelanggang. Speed Nizam lebih lama sedikit berbanding Qaedi selepas start tetapi selepas itu masih kena leebow dengan pelayar lain. Kelihatan Paul Goodison dan Korea, Thailand , Japan, India berlatih dalam gelanggang yang sama.

Latihan dijalankan dengan intensiti yang rendah memandangkan pertandingan akan bermual tak kurang dari 3 hari dan keadaan Nizam yang tidak pulih sepenuhnya dari kecederaannya.

Keadaan cuaca petang lebih baik dan lebih cerah dengan sinaran matahari kelihatan berbanding pagi yang mendung dan berhujan.

Semasa balik terpaksa melakukan towing memandangkan arus yang sangat kuat melebihi kekuatan angin di mana Qaedi tak sempat ke coach boat dan terpaksa menarik bot melalui pantai ke HISC. Arus lebih kuat dari Port Kelang rasanya.

Sekian laporan hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan